Thank you for dropping by. Love you!

Jul 30, 2011

Blog akan di delete?

Hello. Assalamualaikum.

Dulu, pernah la bloggers dok bising-bising pasal ni. Almost semua bloggers yang famous amos ni post pasal ni. Tapi masa tu, aku jadi silent reader aje sebab aku tak taw sangat pasal ni. Tapi tadi aku ada terbaca satu entry dari blog sape tah, dah lupa lak. Hehe. Ramai gak yang risau akaun blogger diorang akan di remove tanpa notis atau warning dari pihak Google.

I guess, dah ramai yang taw pasal ni. Mungkin ada sesetengah aje yang tak taw. Aku pon taw gitu-gitu aje. Tak pernah kena pon. Tapi ade je kawan aku yang kena. Sampai sekarang blog dia maseh belum boleh diaktifkan semula.


Hish, memang menakutkan! Ce korang bayangkan, penat lelah kita update blog tiap-tiap hari, kasi cantik-cantik, tuptup blog kena remove! Pekejadahyer kan..

FYI, aku pernah terbaca pasal ni. Salah satu sebab kenapa blog kena remove ialah sebab kita letakkan link dekat comment box orang lain. Dan ade jugak ura-ura yang kata, blog yang diletakkan link tu pon ade potensi untuk di remove jugak. Haih. Habis tu, yang dok join contest, GA, segmen segala bagai tu macam mana? Aku risau jugak sebab aku pon ade join mende tu. Tapi Alhamdulillah sampai sekarang blog aku maseh lagi wujud.

Pihak Google remove blog diorang-diorang yang letakkan link ni sebab menganggap diorang telah SPAM. So, for the sake of ur blog, i think it is better sekarang ni stop dulu join sebarang aktiviti kontest mengontest ni. Haha. Aku sendiri pon berlambak GA nak join. Tetapi terpaksa batalkan hasrat, risau jugak kot-kot bila nak try buka page aku, kuar mende alah 'mishnadia.blogspot.com has been removed'. Mahu nyer gila meroyan aku sebulan. Haha.


p/s : ade orang kata blog yang diremove ni boleh diaktifkan kembali. tapi ada la steps yang pihak Google suruh dia wat.

Happy blogwalking. C ya!

No credits at 3 a.m? Jom topup kat sini. Doakan saya dapat Blackberry Playbook ni yer. ^_^

Jul 29, 2011

tips nak dapatkan pujaan hati.

Hello. Assalamualaikum.


Walaweyh, entri gedik ke ni? TAK la. Actually aku baru aje terbaca pasal ni dalam majalah. So, saje-saje nak share. Sharing is caring kan? Semoga korang berjaya dalam sesi meng-adjust awek @ pakwe! wink wink ^_^


Tips nak menge-date
Hehehe.

Buang rasa malu


Berusaha mendapatkan nombor telefon dia dari kawan-kawan

Sapa atau tegur si dia dengan sopan @ ajak berbual.

Jangan kelam kabut @ gabra depan dia (buat malu aje)

Jangan paksa si dia terima kehadiran korang, at least bagi dia sedikit masa untuk terima korang sebagai kenalan dia

 Kalau dia reject korang, tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan korang nak berkawan ngan dia

Kenali sikap/karakter dia, so that senang untuk korang dekati and amik hati dia

Be positive dan terima dia seadanya

Ajak dia keluar date bila korang dah beransur-ansur kenal. Jangan la pulak kenal hari ni, esok dah ajak date. Tu berburu-buru namanya.

Kalau korang berani, mintak la izin ngan family dia untuk ajak dia keluar. Ini akan menampakkan ke-siyes-an korang (ni dah tahap siyes kentang dah ni)


Ha, amacam? Dah bersedia nak ajak aku date? Haha. Just kidding :)

p/s : tak tau la tips boleh pakai ke tak. Aku sendiri pon belom pernah date mengedate ni. :P

c ya!

dah pandai wat header sendiri!

Hello. Assalamualaikum.

Semalam memang gegak giler kan pasal bola, pasal sandiwara si LION segala bagai tu. Hari ni aku dah taknak cakap pasal tu, KECEWA maseh lagi terasa. Siapa yang tak frust kan bila team lawan maen macam haram sedangkan team kita dah put on effort giler-giler untuk dapatkan paling kurang pon agregat 5-5 dengan si Lion tu semalam.

Ok, bola issue's dropped. Aku kembali menceriakan hari dengan wat header baru! Tengok la kat atas tu. Takde la se-lawa yang korang punyer, memang tak leh dinafikan, tapi kira okay la kan? Baru first time buat ni. Aku ni otak tak berapa kreatif sangat pon. Hehe.

Lama punyer.
Ni yang baru. 

Credit untuk entah sape yang dah komen header lama aku tak lawa. Anonymous. Huhu, agaknya dia takut nak kutuk depan-depan kot, so dia wat anon jek. Tape-tape, aku tak marah pon. Tu adalah kritikan membina! ^_^

Sebarang kritikan dan pujian untuk the latest header ni aku terima. BTW, comel tak doodle tu. Kihkihkih~

Singapura berlakon ke?

Hello. Assalamualaikum.

SENTAP. Tu yang aku rasa bila buka Facebook, dan most of them cakap Singapura maen kotor. Main macam haram. Berlakon? Pfffftttttt! Masa tengok diorang main tadi aku dah rasa pelik dah, asyik-asyik tumbang aje player diorang. Huh!

KECEWA. Tewas jugak akhirnya Malaysia. Harimau Malaya seri 1-1 dengan Singapura sekali gus melumpuhkan hasrat Malaysia nak masuk World Cup.

Lemah jejari runcing aku ni nak menaip. Khairul Fahmi memang dah beraksi superb giler malam ni. Walaupun semalam dah bising pasal kecurangan dia dekat media yang entah betul ke tak tu, dia tetap cemerlang malam ni.

Pape pon, credit untuk Safee Sali sebab dah jaringkan gol tunggal untuk Malaysia malam ni. Walaupun agregat 4-6 dengan Singapura tak mampu bawa Malaysia ke peringkat seterusnya, aku tetap sayang team Malaysia. Sedih kot tengok mula Safee Sali stress.

Walaupun Malaysia dah tewas, aku harap korang semua, player Malaysia especially tak give up. Mungkin rezeki kita belom tiba lagi kan. Go rimauu go! 



Jul 28, 2011

Dah boleh cash out churp churp.

Hello. Assalamualaikum.

Aku rasa korang semua dah taw pasal Churp Churp ni kan? Mengikut kata blogger-blogger yang famous amos la, join churp churp ni boleh dapat berlipat kali ganda untung dari Nuffnang. Nak join? Tekan sini.

Tak caya ke? Ce tengok aku punyer churp churp earning.

Pic kecik-kecik dah la. MALU ^_^
HEBAT kann?

Aduhh, macam mane ni. Tolong la aku. Sedih giler kot, asal buka aje tengok telur ayam tiga bijik kat situ. Haha.
Aku tak taw nak promosi churp churp ke ape ni ek?

Teman-teman tersayang, jom klik untuk saya. Nak sambung belajar dah ni. Hehehe. :p
Hmm, tak pon, awk klik saya punyer, saya klik awak punyer. Deal? ^_~

c ya!

Jom tengok kereta baru saya. OWESOME!

Jul 27, 2011

jom test anda normal ke tak.

Hello. Assalamulaikum.

Ha, korang mesti pernah dengar kan pasal optical illusion. Jom layan pic di bawah ni.

Tengok betul-betull...

Amacam? Ape yang korang nampak dari gambar kat atas ni? Kalau korang tak rasa apa-apa tu maknanya korang tak normal la. Hahaha.

Ok, ini pulak.


Ce fokus betul-betul. Ade rasa pening kan? Aku dah sebotol pakai minyak cap kapak sebab tengok gambar ni. Hehehe, hiperbola aje.

Jom baca sini pulak.

c ya!

wordless wednesday #3

Hello. Assalamualaikum.


p/s : macam tak boleh blah kan? cermin diri dulu la..

pengajaran : jangan nak sibuk-sibuk mengimpikan orang yang PERFECT, yang baik, kalau diri kita sendiri pon tidak berusaha untuk jadi seseorang seperti tu. :)

Jul 26, 2011

takde maknanye kalau ber-blogwalking dengan tinggal jejak kat shoutbox je.

Hello. Assalamualaikum.

Firstly, dah jarang sangat aku blog jogging kat blog korang and contengconteng kat comment box korang kan? 
Aku memang suka komen entri orang sebab aku taw bukan senang orang nak dapat idea untuk post satu-satu entri tu kan? That's why aku akan cuba jugak komen entri blogger lain kalau aku ade masa.

Tapi belakangan ni aku agak sibuk. Tambah-tambah pulak semenjak dua menjak ni aku tak boleh nak bertapa lama-lama depan lappy, nanti mula la rasa pening + mual. Entah wabak ape pulak yang menyerang. 


Back to the topic, aku tak kata kat semua, MUNGKIN ade jugak SESETENGAH blogger yang jenis drop by kat blog orang lain, tapi just tinggal jejak kat shoutbox je. Then, terus blah. Aku taw memang ade orang yang buat macam ni, sebab bila aku takde masa sangat-sangat nak berlama-lama kat blog korang kan. Tu pon sebab TERPAKSA okay. Bukan sebab malas ke ape.

Nak baca entri orang then nak komen lagi bukan senang kan? Nak-nak pulak bila tenet laju macam kura-kura praktis jalan ala-ala catwalk gitu. Tapi apa salahnye spend sikit masa untuk baca kan. 

Mungkin ade jugak sesetengah blogger ni yang jenis silent reader. Malas nak drop comments. Kalau aku la, aku memang konfirm 100% akan jejak balik orang yang tinggalkan komen dekat entri aku sebab dari situ aku boleh trace yang diorang ni baca entri aku. Kalau yang ber-Hai hai dekat shoutbox tu aku tak heran sangat. Mungkin diorang baca entri kita, mungkin tak. Tul tak?

WARNING !
Entri aku ni bukan nak raih simpati sebab takde pengomen tegar ke ape. Aku taw aku ni blogger newbie je. Follower pon baru berapa aje. Tapi aku nak berterima kasih sangat kat korang yang sudi komenkomen entri aku. THANK YOU ! Nah hadiah ,, Muahhhhh! :P

c ya!

Jul 25, 2011

Ubat Musuh Ketat!

Hello. Assalamualaikum.


Sejak akhir-akhir ni, kerap jugak aku sakit kepala. Tak taw pe penyakit pulak yang datang. Kadang-kadang sakit mengejut, tetibe aje. Risau jugak, tapi aku buat tak taw je.

Malas nak cakap kat mak aku, nanti dia bising suruh makan ubat lak kan. BTW, aku nak tanya korang,

suka tak makan ubat?

Haha. Silly question right? Majoriti memang orang tak suka makan ubat, tapi ade jugak yang suka. For instance, anak sedara aku. Walaupun tak demam, sanggup dia ngaku dia demam sebab nak makan ubat. Pelik tapi benar ;)


Kalau aku ni korang tak payah nak tanya la. Tengok aje mende biji-biji macam coklat tu, aku dah rasa mual dah. Tak taw la kenapa, aku memang susah sangat nak makan ubat. Yang tak boleh blah nyer, dulu cita-cita nak jadi pharmacist. Eceh, berlagak hoho.

Pernah ada suatu hari aku demam, batuk-batuk teruk dan selesema. Mak aku ajak pergi klinik, but I refuse to go. Haa ni satu lagi masalah. Aku memang tak suka jumpa doktor. Sebab dia banyak mulut, banyak tanya. Then, mak aku suruh telan panadol. Dengan perasaan tak bersalah, aku buat-buat telan. Lepas mak aku blah, terus aku campak masuk dalam tong sampah. Haha. Sampai macam tu aku tak mau makan ubat.
_____________________________________________________


Masa dok kat matriks dulu-dulu, memang selalu jugak aku kena makan kelepek free ngan kiubmate aku. Sakit yang tak boleh nak bangun pon belum tentu lagi aku akan makan ubat. Sampai kena paksa habis-habisan, baru la aku makan. 

Setahun dok kat matriks. Tapi panadol yang mak aku belikan masa dok kat kolej sebagai preparation kot-kot tetiba sakit kan, dua tiga biji aje baru dimakan. Tu pon bukan aku yang makan, aku derma kat kawan-kawan yang memerlukan. Kang nanti bawak balik sebotol penuh kang, mak aku marah lak. =.='

Satu je, bila gastrik menyerang, tak perlu ade sape-sape perlu paksa aku makan ubat, memang aku akan makan. Tapi yang pastinyer, bukan ubat gastrik yang kaler putih n cair macam antibiotik tu! Yang biji-biji aje okay huhu.

c ya!

Jul 23, 2011

Best ke kawen ?

Hello. Assalamualaikum.

OK, title entri aku kali ni kedengaran  agak gediks dek kerana aku nk maseh muda lagi untuk fikir pasal kawen bagai ni.

Prince Charming. Wujudkah??


Hari ni dan semalam aku sangat sibuk pergi ringan-ringankan tulang tolong mak sepupu aku yang wat kenduri sambut menantu hari ni. Majlis yang agak grand walaupun hanya majlis sambut menantu sebab dua pupu aku tu kawen dengan Mat Salleh. Walaweyh! Gempak satu kampung (hiperbola aje) :P

Macam-macam performance bole lihat hari ni. Silat, tomoi bagai ade. Agak teruja la, sebab 4 orang akak aku yang dah kawen tu, tak pernah pulak mak aku wat cenggini. Haih, dah lawan tokey (tauke) nampak. Haha.

Bila tengok orang pakai lawa-lawa, bersanding atas pelamin, terasa penyakit gedik di datang menyerang pulak. Gatai! Taw dek mak aku maunyer kena sembur. Degree pon tak habes lagi. Hehehe. Ok, drop the subject.

Back to topic, best ke kawen? Bukan ke kawen ni menjadikan kita lebih banyak tanggungjawab ke? Tanggungjawab kat suami/isteri, kat mertua, ipar duai bagai. Kecut pulak terasa bila fikir betul-betul pasal kawen kan? Risau giler kot-kot, calon suami aku nanti ni anak mak, haih, maunyer dia dengar kata mak dia aje. Kita ni tolak tepi.

Trend sekarang ni kawen laaammmbat sangat dan ceeeeepat sangat. Yang tengah-tengah tu jarang-jarang je. Haha. Kalau tak umo 20 dah kawen, umo 30 la pulak diorang kawen.

Yang umor 20 tu, most of them dah tak nak belajar, konon-kononnya dah pandai pikul tanggungjawab jadi suami/isteri. Yeke? Mak ayah pon belum tentu boleh tanggung lagi. Ni aku cerita bukan refer kat semua okay, kay sesetangah aje. Kang tak pasai-pasai ade yang melenting pulak. Peace =.='

Kalau yang umor 30 tu pulak, biasanya kalau laki orang tak pelik la kawen umo 30. Kira ikut piawaian antarabangsa la tu kot. Haha. Tapi kalau pompuan ni pelik sikit. Mostly, wanita yang sangat pentingkan kerjaya akan kawen lewat. Ekonomi mesti stabil dulu beb!

Kalau aku la, aku rela kawen lewat. Tolong kemaskan dulu poket mak ayah aku (insya-Allah panjang umor diorang) dulu, baru la aku akan fikir pasal kawen nikah ni. Tapi jodoh dan takdir semua kat tangan Tuhan. Kita cuma rancang je. Kalau jodoh sampai awal, alamatnyer kena redha jer lah kan. Tu namanya rezeki. Haha.



gtg~
c ya!

Jul 22, 2011

Sekali Lagi

Hello. Assalamualaikum.

Baru aje lepas tengok filem Sekali Lagi lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Aku taw korang dah lama tengok, aku aje yang ketinggalan. Tul tak? :p Aku letak 3 star untuk filem ni, sebab dah berjaya wat aku nangis. =.='

Sinopsis

“Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Jom tengok same-same :D

Trailer


p/s : frankly, aku dah muak tengok gandingan lisa and mia. :P

gtg~
c ya!

berbaloikah dengan 1 gol?

Hello. Assalamualaikum.


VS

Malam ni, isu bola maseh hangat diperkatakan. Hahaha. Aku tak tahan gelak kat Chelsea. Yeah. Menang 1-0 dengan Harimau Malaya malam ni tapi it was not a very impressive kick for me. Korang pn mesti rasa macam tu jugak kan?

Pengadil macam tak adil. HAHA. Bola macam dok atas line aje, tapi kira gol pulak. It's okay lah, friendly aje pon kan? Sorry to Chelsea's die hard fans, aku bukan nak boikot ke mogok ke kutuk bagai, cuma bagi pendapat aje. Kalau korang rasa nak sangkal pendapat aku ni, aku tak kisah. Just leave them in the comment box. :)


Credit to Didier Drogba for the only goal for tonight. Huh, minit ke 80? Wahhh, satu pencapaian yang membanggakan dari team Harimau Malaya. Hebat dowh. Aku rasa game malam ni adalah game terbaekk compare dengan last two game with Arsenal and Liverpool.

Sekali lagi, TAHNIAH untuk Harimau Malaya. Penonton pakai baju biru agak ramai malam ni. Lagaknya ramai rakyat yang tak sokong negara sendiri. Aku nak tanya kat korang-korang yang pakai baju biru ni ; awat tak p ikot tinggal kat negara depa teros? :p

gtg~
c ya!

Jul 20, 2011

wordless wednesday #2

Hello. Assalamualaikum.


p/s : hamekauu. malas sgt, jadi laki la. kihkih!

pic : gugle

Anti polis trafik!

Hello. Assalamualaikum.


Aku nak wat confession sikit hari ni. Memang geram + sakit hati bagai aku dah tak tahan. Nak luahkan jugak dekat sini. Biar semua orang tahu betapa aku anti dekat polis trafik ngan JPJ. Maaf la kalau ade sape-sape antara saudara mara korang bagai tuh polis trafik. =.='

Semalam hari yang sangat malang bagi aku sebab kena SAMAN. First time dalam hidup tu kot. Maybe korang kata ' Ala, saman je pon. Nak kecoh-kecoh lak' . Whatever ! 

TAHNIAH buat pachek polis trafik tua for successfully wat mak aku tak cakap dengan aku semalaman. TQ ! TQ !

Geram betol, nasib baik aku tak snap pic polis tu, then upload kat Facebook. WANTED. Haha. Haihh. Geram! Geram! Tambah-tambah pulak zaman ekonomi tengah gawat ni kott. 

Kalau aku boleh amik pakcik tu letak dalam
blender macam ni kan bagus.
MUAHAHAHA (gelak jahat)
p/s : memang salah aku pon. tapi consider la sikit. dah sah-sah aku ni muka budak-budak lagi (nak menang jugakk. haha ) >.<

c ya!

Jul 18, 2011

Alamak, jerawat lagii !

Hello. Assalamualaikum.

Korang mesti taw kan pasal musuh utama wanita. Si jerawat yang kiut miut tu. Memang tak semestinyer pompuan je yang ada jerawat, laki pon ade. Laki ni kadang-kadang tak kesah pon dengan jerawat dia tu. Tapi ade jugak lelaki metroseksual yang sangat-sangat kisah dengan mende alah ni. Macam abang aku, tapi dia takde la metroseksual sangat. Tapi dah macam-macam produk yang dia guna untuk muka jerawat dia tu (macam pompuan pulak kan).



Aku memang sangat-sangat alah dengan encik Jerawat ni. Kalau dia datang aje bertenggek kat muka aku ni,mula la aku rase sakit hati,geram. Yalah,datang tak diundang. Rasa macam nak keluar rumah pon malas. Malu kott nak jumpa orang. Haihh.

Lebih menyedihkan lagi bila resdung aku menyerang. Kalau korang nak taw encik Jerawat ni datang bawak geng taw. Fffuhhh, memang tak nampak rupa sebenar aku. Time ni la jugak kalau korang nak tengok aku nangis sensorang dalam bilik. Haha.

Susah aku nak describe how i feel kalau naik jerawat, tapi something for sure, hanya orang yang pernah dok kat tempat aku je yang taw macam mana terukya perasaan tu. Alahai, sabarla hati. Nak mintak SK II dengan mak pon tak mampu(berlagak).

Tapi sepatutnya kita tak boleh la nak merungut sangat bila tetamu tak diundang ni datang melawat. Ye,memang nampak hodoh giler kan, tapi jerawat ni merupakan penyeri wajah, wat kita lagi bertambah manis (untuk bagi semangat) haha.

Janagn la terlalu rendah diri dengan kekurangan kita. Dan orang-orang yang kulit dia flawless tanpa cela,jerawat bagai tuh jangan la pulak nak pandang serong kat orang yang ada masalah kulit macam aku ni. Malu engkau taw tak.


p/s : Aku teringin giler la nak dapat kulit yang flawless ala-ala artis tu. Mesti bestt kan. Hehehe.

gtg~
c ya!

Jul 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban.

Hello. Assalamualaikum.

Ahaiiii, bising pasal bola lagi ek? Hmm. Tadi dah cite pasal bola, laa ni pulak aku nak cakap pasal kita orang Islam pulak.

Hmm, dok bising-bising pasal bola ni, tadi korang bace Yaasin tak? Korang taw tak malam ni malam Nisfu Syaaban? Mungkin ade sesetengah taw, mungkin jugak de yang tak taw.

To be frank, aku sebenarnya lupa and tak notice pon esok 15Syaaban, maksudnya malam ni kena baca Yaasin 3 kali kan. 1 family aku tak ingat. Dahsyat kan? Astaghfirullah, lalainya hamba Allah ini. Tapi Alhamdulillah sempat jugak habiskan Yaasin 3 kali.

Aku nak tima kaseh sangat-sangat dekat seorang facebooker ni. Dia sangat mulia sebab dah beramal sambil ber-FB. (cewah)


Sebab ter-tengok komen tuh la, baru aku tersedar malam ni malam yang sangat baik. Insyaallah kita akan sentiasa panjang umur (sentiasa boleh beramal), murah rezeki dah sentiasa dalam iman. :)

setakat ini sahaja tazkirah malam ni. Ustazah Nadia ni belom graduate lagi pasal-pasal agama ni. Sekadar peringatan buat semua >.<

gtg~
c ya!

Malaysia Menang!

Hello. Assalamualaikum.

Malaysia atau Harimau Malaya menang 3-6 menentang Liverpool. Hahaha. Taw tak kenapa aku cakap Malaysia menang? Sebab dah berjaya jaringkan 3 gol dengan Liverpool. Liverpool tu beb! Memang aku salute la dengan player Malaysia. Even though game ni cuma friendly game je, tapi tu dah membuktikan Malaysia layak untuk bertanding kat peringkat lebih tinggi.

Semangat kan aku? Hehehe. Tapi malam ni aku sedih tengok buah hati aku (khairulfahmi) sebab performance dia lemah sikit malam ni. Mungkin penat sebab banyak sangat game dalam masa terdekat ni. Jangan salahkan dia okay. Setiap orang akan ada buat silap. Adat permainan la kan menang and kalah tu.

Aku tabik springggg la dekat Harimau Malaya punyer supporter. Terbaekk. Korang tetap bangga dengan diorang walaupun kalah kat negeri sendiri. Bila aku bukan aje Facebook, makkAi, semua dok update pasal bola. Semangat tu la yang kita perlu untuk Malaysia terus majuu.

Ok, now let the pics talk.






Nah, hamekkauuu. Bapak besar gambar aku letak! Semangat dowh. Haha. Papepon, Go HARIMAU MALAYA Go!

gtg~
c ya !

resepi baru !

Hello. Assalamualaikum.

FFuhhh~ Penat giler dowh aku hari ni. Penat ape korang taw tak? Penat sebab join bapak punyer banyak contest haha. Aku dah settle-kan semua contest yang aku dah TER-jumpa masa godekgodek blog orang lain. Aku ingat takde orang perasan rupanya ada jugak yang stalk aku yer, haha *perasan >.<

korang faham tak tu? 'kakah' tu refer pada aku la. HAHA
Owww, Alia stalk aku rupenya. HAHAHA. Btw, wish me best of luck keyh? Dah banyak GA join ni, kalau tak melekat jugak memang muka tak bertuah la aku ni. =.=' Melalut pulak dah. Just ignore this (X)

Ok, hari neh dua orang akak aku ada kat rumah. So, aktiviti masak-memasak hari ni agak meriah la sikit. Aku pulak belaja resepi baru *baru untuk aku la, untuk orang lain maybe dah lame :p* dengan akak aku.

IKAN KELI GULAI TEMPOYAK.

Nak taw macam mana nak wat?
  • blender bawang merah + tempoyak + cili (tempoyak tu ikot korang la nak banyak ke sikit. Kalau nak pekat letak la banyanbanyak)
  • Masukkan bahan yang di-blender tadi dalam air yang mendidih.
  • Masukkan ikan keli ( sila take note yang ikan keli perlu direndam dalam air asam jawa dahulu untuk mengelakkan bau hanyir ikan )
  • Masukkan 1@2 batang serai dan tambahkan garam secukup rasa.
  • DONE !
Perggggh~ bau yang sangat menyelerakan. Gulp! Gulp! aku telan ayer liur masa tengah masak. Hakikat sebenar, aku memang tak makan pon ikan keli. Yerkkk! Geli dowh haha. Maaf yer kepada penggemar ikan keli sekalian. 

Tapi ramai kan yang tak suka tempoyak. Aku tak tahu la kenapa mungkin sebab bau dia yang kuat kot. Tapi aku memang suka laaah. Tambah-tambah yang pedas punyer. Hm. Dah lama tak menyantap durian. Korang suka tak? Aku takde la fanatik sangat ngan durian tapi bolehh la ajak aku kalau nak wat partner makan durian haha.

gtg~
c ya !


GA Sempena Ramadhan by Cik Gugu

Hello. Assalamualaikum.


Cik Gugu nak anjurkan satu kontest sempena bulan pose ni. Aku join jugak. Hm. Korang nk join gak ke? Eceh, cbuk aje. Haha, tak la, gurau aje. Nak join tekantekan pada banner okei?

Ok, masa untuk melengkapkan syarat.

Nama :
Nurnadia Fatihah bt Shamsudin

Umur :
19 tahun *muda lg :)

Pekerjaan :
Student USM*tengah tunggu intake bulan 9 :D

DONE !
p/s : doakan saya menang. ngeeee~!

c ya!


Contest Blog Saya Comel

Hello. Assalamualaikum.

Entri kali ni pon nak join kontest lagi. Alahai, berapa kontest da join hari ni daa~

Macam biasa, kalau nk join klik pada banner yang cute tu ok?
^_^

Ok, this time nk join kontest yang unknonymous yang comel lote ni anjurkan. Hadiahnye bapak punyer lumayan. Hehehe.

Tempat pertama : RM 100 cash

Tempat kedua : RM 50 top up

Tempat ketiga : RM 30 top up
(dicopy dari beliau)



Menang kalah lain kira. Yang penting cuba nasib ye dak? 

Then, aku nak tag :


DONE!
Happy joining ;)

c ya!

Sling Denim Bag Giveaway

Hello. Assalamualaikum.


Sape-sape nak join sila tekan pada banner yer.
Jangan segan-segan, melepas laa hang. *tolong promote. :)
GA eksklusif untuk kaum ibu-ibu tapi kalau kaum bapa nak join pon takpe. Hehehe.

Oh ya, tarikh tutup adalah 19 Ogos. Sempat lagi kalau korang nak join ^_^

Done!
cya!

Contest Blog Paling Cun

Hello. Assalamualaikum.


Click pada banner untuk join. Atau korang boleh klik dekat sini ->> JOIN

Nah, amik engkau besar giler banner aku letak. HAHA. Nampak tak Ratu Lissa ? Maaf yer, ni bukan sebab protes ke ape, tapi sebab bersemangat sangat. First time join contest yang ade kaitan dengan blog aku. Hehehe.

Syarat-syaratnye (aku copy dari dia je ni) :

  1. wajib follow blog nie dan blog Ieyja.. *blog ieyja tak tahu blognya akan difollow. jadi biarkan dia suprise, haha..
  2. buat satu entry pasal 'Contest Blog Paling Cun'.. 
  3. dah siap letak link entry di kotak komen. *kalau tak jumpa sila klik tajuk entry, then scroll ke bawah dan anda akan jumpa.
  4. copy banner nie, sila klik>copy>paste kan ia dekat blog anda.
  5. tarihk tutup: 30 julai 2011 jam 11:59 pm.         
  6. tag sekurang-kurangnya 3 orang blogger dan pastikan mereka tau.
So, to complete all the conditions, aku nak tag 3 member :



c ya!

Jul 15, 2011

Jangan Cepat Melatah.

Hello. Assalamualaikum.

Salam hari Jumaat. Pertama-tama sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak kat teman-teman blogger yang dah datang golek-golek kat blog aku, tapi aku belom sempat lagi nak balas kunjungan korang. Semalam aku tengah sibuk buat header baru, and then bila dah nak siap laptop aku pulak takde pasal-pasal ter-restart. So, habis la terbang segala mood nak meng-update entri bagai. Hehehe.

Ok, yang keduanya, since hari ni result UPU dah keluar kan, aku nak congratulate la dekat sape-sape yang dapat kos yang diorang nak. Aku ade jugak dengar khabar angin memang ramai giler applicants yang dapat kos yang mengarut bagai tuh. Memang nak menjatuhkan bangsa ke ape. Hm.



Aku taw sebab ramai jugak kawan aku yang jadi mangsa. Even yang 3 pointer pon dapat kos yang memang takde dalam choices diorang, apatah lagi bagi orang yang dapat legi rendah dari tu kan. Sistem tahun ni memang pelik. Susah nak jangka. Tapi korang jangan mudah melatah, jangan salahkan takdir. Jangan cepat mengeluh dan menyesal dengan ketentuan-Nya. Insya-Allah apa yang korang dapat adalah yang terbaik dari Dia.

Kawan aku ade mesej, cakap dapat kos ngarut giler. Dia dah fedup giler, memang nak reject terus offer tu. So, nasihat aku dekat kawan-kawan, jangan terlalu cepat menyerah kalah. Try surf dulu pape yang korang perlu taw pasal kos yang korang dapat tu for instance cari pasal peluang kerjaya etc. Kalau korang rasa tak yakin korang boleh, mintak pertolongan dari Dia. Itulah yang sebaik-baiknya.

Aku bukan saja-saja cakap pasal ni. Tapi aku memang dah pernah rasa. Ya, dulu aku frust giler bila tak dapat wat farmasi dekat UIA. Berapa hari tah aku nangis. Masa tu aku tak sedar yang Tuhan nak aku masuk matriks. And you know what kat sana aku dapat score. Memang bukan yang TER-tinggi tapi Alhamdulillah aku manage to be one of USM-ians this Sept. See, Dia dah rancang yang sebaik-baiknya buat kita. So, terima la dengan redha. :)

Just bear in mind, tak dapat ape yang korang nak tak bermakna korang takde masa depan dah. Semuanya dah hancur dah. Ye, mungkin cita-cita korang terkubur tapi siapa tahu suatu hari nanti korang mampu jadi lebih baik dari yang korang nak kan?Ada kalanya kita perlu berkorban dulu sebelum dapat yang terbaik pada suatu hari nanti.

Aku taw, korang mesti cakap, 'ala, engkau cakap aje boleh la, beban atas bahu aku bukan bahu engkau' kan? Memang bercakap lebih senang dari membuat, tapi Tuhan takkan bagi dugaan yang hamba dia tak mampu untuk tempuhi. Percayalah, aku pon pernah rasai semua ni. Just pray the best for the future.

Ok, kawan-kawan ku sayang, jangan jadi macam kucing ni keyh?

comel pulak mende alah ni. HAHA
gtg~
c ya! 


Jul 14, 2011

Saya Nak GA dari Korea dan Bandung

Hello. Assalamualaikum.

Aku nak join GA lagikk. Ni dah GA ketiga yang ak join dalam masa sebulan kott. Maklumla, tadek kerja kan hehe. Kali ni GA ni di-organise oleh Mrs farhan dengan Kakak dia.



Jom kita tengok hadiah apekah yang menanti.
Tadaaa~
  • 5 hadiah utama dari Bandung dan Korea.
  • 10 hadiah saguhati dari Bandung.
  • 1 hadiah istimewa untuk peserta yang tag paling ramai. (Fridge Magnet dari Korea)
Menarik kan? Since tarikh tutup lambat lagi, jom la kita pakat-pakat join. Mana taw menang hadiah dari Korea @ Bandung ni kan. Hehehe.

Ok, dua-dua blog Mrs Farhan and kakak dia aku dah follow. Sekarang ni aku nak tag :


c ya!



Jul 13, 2011

wordless wednesday #1

Hello. Assalamualaikum.


P/s : ada ke orang yang body dia betul-betul macam ni? eii, menyeramkan :p

c ya!

Jul 11, 2011

Facebook Account Hilang!

Hello. Assalamualaikum.

Mark Zukerberg tengah renovate dia punya Facebook ke? Tranjatt gegul bila bukak aje Facebook kuar mende alah ni.


Huh, baru aje nak tinjau FB sebelom pergi bukak puasa dengan parents. Ni mesti kes Zukerberg nak lawan Google ni. Maklumla Facebook dan Google social web yang paling laris sekarang ni. Google pon dah renew profile blogger bagai, Zukerberg pon ape lagi kan?

gtg~
c ya!

kesihatan : rokok elektronik!

Hello. Assalamualaikum.

Aku memang seorang yang amat anti dengan asap. Kalau aku TER-hidu aje bau asap memang aku rasa dunia ku gelap dah, mulalah takleh bernafasdan pening bagai. Famili aku pon takde yang merokok kecuali abang aku (pengaruh rakan sebaya nih!) tapi sekarang ni pon aku rasa dia dah jarang dah (harap-harap) haha.

Bila dah start smoking memang susah nak berhenti kan. Thid is due to nicotine & tar yang ada dalam rokok yang boleh wat someone addicted, nie aku ingat aku belajar masa zaman sekolah dulu (eh betol ke ni korang?). 

Dan sebagai alternatif untuk bantu perokok yang dah mengalami addiction ni, korang tahu tak sekarang ni rokok elektronik dah ade sebagai pengganti rokok tembakau. Nah, macam-macam ada sekarang ni, zaman teknologi la katakan. Jom kita usha macam maca rupa rokok elektronik.

Macam peluru pon ada daa =.='

Hishh, macam-macam bahan kimia ada.
rokok elektronik boleh menyebabkan
pengewapan.


Rokok elektronik @ e-cigarette beroperasi menggunakan bateri. Wap yang dihasilkan akan masuk dalam tubuh perokok. Jadi, rokok ini tidak akan menghasilkan asap and will not endanger other people macam rokok tembakau.

Rokok ni jugak boleh bantu perokok hentikan tabiat diorang tu. Sejauh mana kebenarannya tak la pulak aku taw sebab aku pon tak pernah try. Sesetengah orang kata rokok elektronik ni tak bahaya sebab takde bahan kimia yg banyak macam dalam rokok biasa tu. Tapi ade researh mengatakan rokok ni sama aje bahayanya.

Hm, entah la. In conclusion, rokok elektronik, rokok tembakau bagai tu memang bahaya. Paling senang, jauhkan terud diri dari rokok. Hidup pon selamat, ye dak? Peace =.='

p/s : pics di-google dari internet. Entri ini tidak bermaksud untuk menyinggung para perokok ke ape eh, jangan salah faham ^_^

gtg~
c ya!

Jul 10, 2011

Mega Giveaway by Yana & Cik putih

Hello. Assalamualaikum.

Ok, kali ni aku nak join GA lagi. This is my second GA. Yang first, click sini. FYI, GA pertama tu pon belom lagi ada pemenang. So, doakan aku berjaya kehkeh ~

Kali ni aku di tag oleh teman tapi mesra aku, si senget MIRA *jangan mara eaa peace =.='. Disebabkan ekonomi tengah gawat sekarang ni, purse pon kering kontang so kalau ada sape-sape aje yang organise GA or contest, mesti aku takkan lepaskan peluang la. Apa salahnya kan. Lagipon bukannya kena beratur pi beli tiket pon untuk join kan hoho. 


sape-sape yang nak join jugak sila klik pada banner ye.

Hadiah yang ditawarkan memang superb giler. Gua cakap lu memang owesome babe. That's why aku excited sangat. *dapat barang free la katakan. kehkehkeh ~

Berikut adalah senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 

Gempak giler kan? Now,
Jom kita tengok syarat-syaratnya pulak:

1) Follow blog Yana dan juga Cik Putih
2) Buat entry "Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"
3) Copy banner diatas dan linkkan ke entry ini
4) Tag 3 orang rakan korang. Make sure tahu pasal Giveaway ni
5) Like fan page Yana & Cik Putih *kalao sudi ye*
6) WAJIB tinggal link entry korang di ruang komen
7) Copy senarai sponsor

Senang aje kan? So jom la kita join ramai-ramai. Tapi kalau korang taknak join pon takpe. Kurang sikit competition nanti. Ahakxx
Last, aku nak meng-tag :

HEHEH, selamat men-join-kan diri. :)

gtg~
c ya!