Thank you for dropping by. Love you!

Jul 4, 2011

Bola lagi.

Hello. Assalamualaikum.

pic : ehsan google

Ok, before that aku nak congratulate dekat players Malaysia sebab dah berjaya mara ke pusingan kedua pada Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia malam tadi. Tahniah jugak untuk Rajagobal walaupun semalam defend Malaysia agak teruk. Menang dengan agregate 4-4 dengan Taiwan memang agak membanggakan, kot hoho.

Sebenarnya aku ni takde la arif sangat pasal bolabola ni kan, sekadar bersorak bila dah gol tu boleh la haha. Dulu aku bukannya minat sangat tengok bola. First time aku tengok bola dengan ghairahya *errr,,hehe mase  dok kat Kulim dulu. Tengok ngan kawan-kawan kan, biasa lah, memang gegak bilik TV huhu. Sekarang ni, bila dok kat umah, ade pulak geng nak ajak tengok bola. Dalam diam rupanya mak aku pon suka bola, aisehhh hebad kan mak aku. Kadang-kadang update pasal bola ni dia yang lebih tahu dari aku. Second lak, anak sedara aku. Kalau aku tak tahu pape pasal bola, dia la yang jadi kaunter pertanyaan aku. Nama-nama player ni semua dia kenal. Huh, kalau nak harapkan aku, player Kelantan je la yang aku kenal. Maklumla anak jati Kelantan la katakan hohoho.

Walaweyh, dah melalut ni. Aku sebenarnye nak cite pasal bola semalam. Betul la orang kata, Penyokong ni bagi impak yang besar kat pemain. Takde sokongan dan sorakan dari penyokong boleh buat satu team jadi lemah, tak bersemangat. Tak caya, cuba tengok team Taiwan masa lawan kat Malaysia. Diorang main hampeh giler, kalau korang perasan la, macam lembik semacam aje. Tapi bila main kat Taipei, ha siap boleh score 3-2 lagi. Hebat kan penangan para penyokong ni? huhu

Last dari aku, sokong la sukan tanah air kita. Ni tak, kalau kalah dok kata lembik la, team Malaysia ni haprak la ape la, tapi kalau menang lak dok kata 'ala, gol sebab defend pihak lawan longgar je tu' . Semua kata-kata negatif aje, cubacuba la sokong team kita. Sorry ye, aku tak kata kat semua, tapi kat sesetengah orang aje. Bersatu teguh, bercerai roboh kan? *ehh, perumpamaan ni ade kaitan ke?

oklah, gtg~
c ya!

4 comments:

nurfatiha blacky said...

uwaa. penat tgk bola male.aduiii.

nadia fatihah said...

hahah, mmg pon. sero nk cekik pengadil.

Belalang Hijau said...

bola sepak kita sedang meneuju ke zaman kebangkitannya kembali.

kalau bukan kita, sape lagi yg nak support harimau malaya ye x?

nak tggu masuk world cup baru nak ngaku anak malaysia mmg hampeh! :)

nadia fatihah said...

haa, betul tu. kalau bukan kita, sapa lagi yang nak sokong harimau malaya. kalah menang adat pertandingan. semangat tu penting! :)