Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

May 26, 2013

Chemistry Night Annual Dinner ;)

Assalamualaikum. Afternoon ;)

Dok tengah-tengah study tetiba pulak teringat kat annual dinner aku punye pusat pengajian haritu. Disebabkan dinner tu la, aku xdapat buat pape selama dua hari. Assignment tak buat, revision pon tak. Dok kalut nak pakai tudung macam mana la, sape nk tolong touch up la, nk pergi dengan sape la. Well, girls are always like that. Haha.

Nasib baik ade org nk tolong touch up. Kalau tak, memang pucat lesi ler muka. Dah ler time tu tgh ade problem. Huks. Dua hari kot dok belek youtube semata-mata nak tengok tutorial tudung. Tapi ended pakai macam biasa je wakaka. Well, simple is nicer right? wihii.

#throwback
 
chemistry night 2012/2013
Make up by Ilah, roomate kak Ila. haha
My soul
orang kata kami kembaq. ye ke?


kat tangga pon boley

this is the family of CHEMISTRY <3
  c ya!

May 22, 2013

Give me a rainbow after the rain please

Assalamualaikum.

Dah lama xblogging. Seriously, last entry tahun bila lagi entah. Haha. Dah tade rupa macam blogger pon. But today tetiba rasa macam nk hapdate blog *mengigau mungkin*

Now i'm already 21. Actually not 21 yet but im approaching 21 this upcoming october. Dah kenapa yer tetiba hapdate blog ni? Mungkin sebab aku dah tade tempat nk luah perasaan kot. Twitter, Facebook semua dah tade privacy. Sekampus, sekampung semua dah add, dah follow aku ha. T.T

Banyak benda nak luahkan tp cukup la separuh je luah kat sini, separuh lagi biarlah antara aku dan Dia. Tapi kadang-kadang soal hati dah perasaan ni kalau pendam, lama-lama boleh jadi sewel. Frankly speaking, aku ni bukanlah seorang yang kuat, tambah-tambah pulak anak bungggsu (takde kaitan) , so sensitif la sikit. Mata aku ni tak pernah kering, asyik keluaq ayaqq ja. Achaner nk buat entah. Hmm.

Dugaan kan dalam berkawan. Banyak hati kena jaga sampai kadang-kadang hati sendiri tak sempat nak cek sihat ke tak. Sedih kenang nasib sendiri. Tapi memang aku akui semua benda jadi sebab aku, semua salah aku. Aku yang mulakan. Aku yang salah. Put the blame on me. Aku terima. :( Dah berapa hati dah sedih sebab aku. Aku cuma nak semua orang happy, tapi aku xberdaya.. Kalaulah aku boleh lari sejauh mungkin dari semua ni, dah lama aku buat. Nak pergi jejauhhhhhhhhh sangat. Biarlah aku seorang diri. Tapi lari xdapat selesaikan masalah.
Sekarang cuma berserah..

Masalah cinta bersegi-segi ni memang merumitkan. It is tooooooooooo complicated. So ive made decision, lepaskan semua. Tak payah pilih sesape, senang! Aku ni dah la rupa mcm muka makcik yg jual etak salai tepi jalan tu (yg ni sgt femes kt kelantan), jerawat berketul-ketul, lepas tu takde la baik, caring, penyayang like other woman.
I am not worth waiting for. Im not :'(

Malas dah conteng kt sini. Ayaq mata dah bercucuran dh (kan dah kata ayaq mata aku murah, 50sen sekilo).

p/s : U ask me not to blame myself because everything that happens comes from Allah, but then u never act like u dont blame me. I need to see ur smile, sahabat. I really want. :(

c ya!

Oct 31, 2011

Pengalaman blog diremove. Oh damn!

Hai. Assalamualaikum.

Dua hari (kot) blog aku di remove Google, atas alasan ape entah. Aku tak baca sangat pon Google cakap ape, aku dok sibuk dah suruh Google recheck and bagi balik blog ak je. Haha. Tapi kiranya aku ni melanggar hak asasi segala bagai la kot sebab spam link dalam blog.
#alasan common untuk sesape je yang blog dia kena remove

Hilang terus mood aku, nak study pon asyik dok terfikir aje, pasai pa blog aku malang sangat sampai blacklisted. Maybe sebab aku join banyak GA and segmen kot dulu, then diorang ne pulak suka sangat kan tinggalkan link dekat comment box. Uh takpe la, mende dah lepas. Blog aku pon dah dapat balik.

#senyuman kegembiraan :)

BTW, a special gratitude to En Shah sebab dah tolong aku via email. #Naseb baik saya tak nanges kan kan? T_T Thanks jugak to Ifwat sebab tolong dengar masalah saya *padahal tak tolong sangat pon haha :P


OWH OK, for those yang lepas ni dapat pengalaman 'manis' macam aku ni :

* firstly jangan nak sibuk nak nanges (aku lettew :P), cool je ok. blog hangpa bukan kena delete terus, still ada lagi dalam data cuma dia hide kejap je, saje nak test emosi hangpa kehkehkeh

* next, click aje dekat I can't find my blog on the Web, where is it? and ikut aje steps yang ada kat situ.

* kalau tak taw nak buat jugak, click dekat contact us #ade dekat bawah sekali. Hantar aje verification tu sebanyak mana yang hangpa mahu sampai Google activekan balik blog hangpa.

Okeh, nak pergi makan dah. Baru lepas test calculus tadi, Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang. *sigh of relief*

c ya!

p/s : maseh belum terlambat nak congrates to all nogori-an sebab menang 2-1 heeee!

Sep 5, 2011

new life begin, masa untuk tutup buku lama :D

Hai.

Raya kata BYEBYE
Study kata HAIHAI

Bila dah nak pergi dari rumah ni, mood raya baru la nak datang. Ni yang buat aku sedih ni. Dua tiga hari ni aku rasa macam cepat giler pulak masa berlalu. Esok nak bertolak ke Penang, pagi-pagi lagi. Tapi aku packing pon belum siap. Beratnyerrr hati ni..

Kelantan kata PERGI
Penang kata MARI

Dulu beria nak masuk U la konon, tapi bila dah tiba masa rasa macam nak gantung diri kat pokok la pulak. Serious cuak giler, first time masuk U la katakan. kehkehkeh.


Hari selasa ni, I will officially be an USM-ian. Bangga? Tak kot. Cuak + nervous + takut semua bercampur baur. Rasa macam diri tak layak nak masuk sana, tapi rezeki dah memang kat situ kan. Mungkin ada hikmah aku dapat masuk sana. Dapat jumpa jodoh maybe? kehkehkeh *tadak mende lain nak pikir :P

New life begin. Bukan bermakna semua yang dah berlaku kita kena lupakan, cuma jadikan setiap yang dah lepas tu sebagai bekalan untuk masa depan. Learn lessons form mistakes. Bukan dari kesalahan kita jer, dari kesalahan orang lain jugak. :)
Minggu depan ORENTASI! wargh. tak boleh ke kalau tak de mende alah tu. Rasa macam nak demam pulak *tiba-tiba, haha. Mesti busy giler kan? Mesti aku tak sempat nak blogging selalu macam dulu-dulu. *padahal dulu pon bukannya rajin blogging sangat, haha. 

c ya!


Aug 18, 2011

Kata yang bermakna, tapi sukar di lafaz!

Hai !


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta



Tiga kata -KRU

Pernah dengar lagu ni tak? Aku suka lagu ni, giler kentang punyer suka. Bagi aku ni bukan lagu gedik dari seorang kekasih untuk kekasih dia aje. Ehem. It is universal.

Tak caya? Hayati lirik dia.

Ok, aku taknak cerita pasal i lap u, u lap me, between lovers. Tapi, between friends and family.
Sama ada korang perasan atau tak, lidah kita memang terkelu untuk cakap

' I love u, my fren'  'I love u mak' 'I love u abah'

Jarang didengar dan jarang disebut. Ye dak?

Mungkin ada antara kita yang memang dah terbiasa dengan semua ni. Tapi aku sendiri admit yang aku pon kadang-kadang susah nak cakap mende-mende cenggini. Ehem. Setakat cakap dalam hati je.


Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa


Kalau nak cakap-cakap 'aku sayang kau' kat wall FB kawan tu memang tadak hal la. Tapi bila berdepan, semua tu cuma hadir dalam hati je, tak terzahir di mulut.

Kenapa susah sangat yer? Sedangkan diorang adalah orang yang kita sayang..

Korang pernah rasa cenggitu tak? Aku 100% yakin, lelaki lagi la susah nak cakap-cakap mende cenggini kat kawan-kawan and family diorang. Kalau kat awek tu boleh pulak kan, dah cakap 100 kali dalam sehari pon still nak cakap lagi.


Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar



Kadang-kadang kita tak sedar betapa berharganya orang sekeliling kita. Kita tak hiraukan perasaan diorang. Kadang-kadang bila nak tegur, kita main tegur je. Maklumla dah lama kenal kan. Mungkin kita terlalu selesa dengan title KAWAN tu. Tanpa kita sedar, dah banyak perasaan kita guris. 


Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah



So, kawan-kawan aku, andai tiada hari esok untuk kita, aku nak korang tau aku sayang korang *malu
Tak cakap woaini tak bermakna aku tak sayang korang, tapi mungkin aku terlepas pandang tentang ni. Aku taw ade je kawan yang berjauh hati dengan aku. Aku tak sengaja ^_______________________^



c ya!

Untuk kawan-kawan blogger : saya sayang awak semua. tima kaseh support saya! hee :D

Aug 15, 2011

SEGMEN : GUA KIDAL KE GUA KANAN KE, GUA PUNYER SUKA LAH!

Hai !

Nak join segmen lagi. Kali ni kawan baek+sengal aku punyer segmen. Entah pape la segmen dia. Aku saje join, saje nak amik hati dia kan. Kang menangis tak berlagu sampai jadi macam Kasem Selamat pulak kalau aku takmo join. Ngahahahahha~


Well, Azeelia Azman , macam yang dah kau taw, aku ni orang kanan. Tak maen laahh kidal-kidal ni. Takde makna nyer orang kidal ni superb macam yang ko cakap tu. Kahkahkah !

And one more thing, aku rasa aku lagi ramai peminat dari mung! Sila jangan muntah. Kehkehkeh.

FYI, aku memang menyampah giler kentang ngan tangan kiri. tadak satu kerja pon aku boleh buat dengan sempurna pakai tangan kiri. Rasa macam nak boikot je tangan kiri. Ngahahaha !

Aug 14, 2011

takut ker dengan hantu?

Hai !

Disarankan baca entri ni dalam gelap. Lebih afdhal la katakan.. kihkih ^_^

Korang percaya ker kat dunia kita ni wujudnya makhluk Allah yang di panggil HANTU tu? Dulu aku tak percaya mende alah tu wujud, tapi sekarang ni bila dah semakin besar, dah macam-macam mende aku lalui kat sekolah. Now, dah percaya kot sikit-skit. Kihkihkih ^.^

Betul-betul wujud atau tak, Wallahualam. 

So, back to my question. Takut tak dengan hantu? Kalau pompuan jawab 'YA' tu memang aku tak heran la, tapi kalau lelaki jawab camtu, boleh dikira sebagai LEMBIK ke? HAHA. Just joking okay.












p/s : jangan ingat pocong takde dalam bulan pose ni. hi hi hi !

c ya!


Eh, aku dapat kad raya la!

Hai!

Alhamdulillah, hari ni hari yang ke-14 kita berpuasa (bagi yang puasa penoh la). Aku? Biarlah rahsia.
Hi hi hi !

Macam-macam dugaan berpuasa kan? Nak-nak lagi ada budak kecik kat rumah. Hamekau! Sekali diorang makan aiskrim, mau nanar aku sekejap. Grrr.

Ok, drop the subject.

Hari ni posmen yang hensem lagi kiut datang rumah. Bukan datang meminang okay. Ehem. You know what, aku dapat kad raya! Excited giler kentang kan? Mesti la sebab ni kad raya pertama yang aku terima sejak dua tahun lalu. Last dapat masa kat sekolah dulu.

See, sedih kan? Maklumlah sekarang ni semua orang dah maju kan. Greet Selamat Hari Raya pon pakai mesej je. Ape kelas, bila inbox full, kena delete la mesej tu. Ye dak? Lagi teruk, buat satu entri pasal hari raya kat blog dia je. Terasa tak? Ehem. *aku terasa ni.


Kad raya special dari kak Jiejah yang gorjes ! Tak sangka betul request yang main-main tu dia hantar betol-betol. Walaupon simple aje, tapi aku sangat menghargainya. Nak simpan sampai tujuh keturunan la. Boleh tunjuk kat cucu cicit nanti. Ek?

Ngeee. kak Jiejah! TIMA KASEH daun keladi, Next year nak lagi ek? hahax!
Jom kawan-kawan kita terjah site dia, bleh mintak kueh raya pulak. Ngeh3~

c ya!

Tahniah untuk Yusry dan Lisa Surihani yang akan kawen tahun depan.

Aug 11, 2011

bila senang lupakan kawan!

Hello. Assalamualaikum.


Nak duit 10,000 tak?


As for me, friends are the people that are willing to lend their shoulders when we need them to cry on, friends are the people that share the happiness and the mournfulness. They are not just friends, they are like a family to us. These are what friends for, for me.

Ter-speaking pulak. Ehem. Ehem.

Aku sayang kawan-kawan aku. Diorang la tempat aku mengadu kalau aku kena marah dengan mak aku. Diorang la yang selalu tolong aku bila aku jauh ngan family aku.

Korang? Mesti korang pon sama gak kan. Tak ada nya orang yang benci kawan dia, melainkan dia simpan perasaan hasad dengki dekat kawan dia tu.

Aku paling pantang bila ada kawan yang lupakan kawan bila dia dah senang. Amboi. Masa susah pandai pulak terkedek-kedek cari kawan, tapi bila dah senang terus lupakan yer. Sungguh sopan santun kan dia. Grrrr.

Alhamdulillah, setakat ni aku tak jumpa lagi orang yang buat perangai tak senonoh macam tu dengan aku. Kawan aku tiada gantinya. Yang lama tetap di hati, meski pun yang baru dalah silih berganti. Bermadah pulak. Ehem.

Nape senang sangat korang nak lupakan kawan ek. Tak sedar ke korang yang  kawan tu dah bermacam pengorbanan diorang buat kat korang. Nak berkawan dengan orang lain tu tak salah, tapi jangan la sampai tinggalkan kawan yang dah lalui susah dengan korang tu.


Berbalik pada orang yang mudah lupakan kawan ni, andainya korang salah seorang dari diorang, cepat-cepat la mintak maaf dengan kawan korang tu. Aku sedar aku bukan kawan terbaek yang pernah kawan-kawan aku dapat. Tapi kalau diorang nak tahu, itulah aku. Aku mudah mengalah bila berkawan. Tapi tidak la bermakna kawan-kawan senang nak pijak kepala aku kan.

Nak cari seorang kawan yang baik, lagi susah dari mencari cinta. Kalau korang tak percaya, berkawan la seramai yang mungkin. Last sekali nanti, kawan yang kamu tinggalkan tu jugak yang akan kamu cari nanti.

c ya!

Tolong doakan saya cepat kurus yer!

Jul 25, 2011

Ubat Musuh Ketat!

Hello. Assalamualaikum.


Sejak akhir-akhir ni, kerap jugak aku sakit kepala. Tak taw pe penyakit pulak yang datang. Kadang-kadang sakit mengejut, tetibe aje. Risau jugak, tapi aku buat tak taw je.

Malas nak cakap kat mak aku, nanti dia bising suruh makan ubat lak kan. BTW, aku nak tanya korang,

suka tak makan ubat?

Haha. Silly question right? Majoriti memang orang tak suka makan ubat, tapi ade jugak yang suka. For instance, anak sedara aku. Walaupun tak demam, sanggup dia ngaku dia demam sebab nak makan ubat. Pelik tapi benar ;)


Kalau aku ni korang tak payah nak tanya la. Tengok aje mende biji-biji macam coklat tu, aku dah rasa mual dah. Tak taw la kenapa, aku memang susah sangat nak makan ubat. Yang tak boleh blah nyer, dulu cita-cita nak jadi pharmacist. Eceh, berlagak hoho.

Pernah ada suatu hari aku demam, batuk-batuk teruk dan selesema. Mak aku ajak pergi klinik, but I refuse to go. Haa ni satu lagi masalah. Aku memang tak suka jumpa doktor. Sebab dia banyak mulut, banyak tanya. Then, mak aku suruh telan panadol. Dengan perasaan tak bersalah, aku buat-buat telan. Lepas mak aku blah, terus aku campak masuk dalam tong sampah. Haha. Sampai macam tu aku tak mau makan ubat.
_____________________________________________________


Masa dok kat matriks dulu-dulu, memang selalu jugak aku kena makan kelepek free ngan kiubmate aku. Sakit yang tak boleh nak bangun pon belum tentu lagi aku akan makan ubat. Sampai kena paksa habis-habisan, baru la aku makan. 

Setahun dok kat matriks. Tapi panadol yang mak aku belikan masa dok kat kolej sebagai preparation kot-kot tetiba sakit kan, dua tiga biji aje baru dimakan. Tu pon bukan aku yang makan, aku derma kat kawan-kawan yang memerlukan. Kang nanti bawak balik sebotol penuh kang, mak aku marah lak. =.='

Satu je, bila gastrik menyerang, tak perlu ade sape-sape perlu paksa aku makan ubat, memang aku akan makan. Tapi yang pastinyer, bukan ubat gastrik yang kaler putih n cair macam antibiotik tu! Yang biji-biji aje okay huhu.

c ya!

Jul 16, 2011

resepi baru !

Hello. Assalamualaikum.

FFuhhh~ Penat giler dowh aku hari ni. Penat ape korang taw tak? Penat sebab join bapak punyer banyak contest haha. Aku dah settle-kan semua contest yang aku dah TER-jumpa masa godekgodek blog orang lain. Aku ingat takde orang perasan rupanya ada jugak yang stalk aku yer, haha *perasan >.<

korang faham tak tu? 'kakah' tu refer pada aku la. HAHA
Owww, Alia stalk aku rupenya. HAHAHA. Btw, wish me best of luck keyh? Dah banyak GA join ni, kalau tak melekat jugak memang muka tak bertuah la aku ni. =.=' Melalut pulak dah. Just ignore this (X)

Ok, hari neh dua orang akak aku ada kat rumah. So, aktiviti masak-memasak hari ni agak meriah la sikit. Aku pulak belaja resepi baru *baru untuk aku la, untuk orang lain maybe dah lame :p* dengan akak aku.

IKAN KELI GULAI TEMPOYAK.

Nak taw macam mana nak wat?
  • blender bawang merah + tempoyak + cili (tempoyak tu ikot korang la nak banyak ke sikit. Kalau nak pekat letak la banyanbanyak)
  • Masukkan bahan yang di-blender tadi dalam air yang mendidih.
  • Masukkan ikan keli ( sila take note yang ikan keli perlu direndam dalam air asam jawa dahulu untuk mengelakkan bau hanyir ikan )
  • Masukkan 1@2 batang serai dan tambahkan garam secukup rasa.
  • DONE !
Perggggh~ bau yang sangat menyelerakan. Gulp! Gulp! aku telan ayer liur masa tengah masak. Hakikat sebenar, aku memang tak makan pon ikan keli. Yerkkk! Geli dowh haha. Maaf yer kepada penggemar ikan keli sekalian. 

Tapi ramai kan yang tak suka tempoyak. Aku tak tahu la kenapa mungkin sebab bau dia yang kuat kot. Tapi aku memang suka laaah. Tambah-tambah yang pedas punyer. Hm. Dah lama tak menyantap durian. Korang suka tak? Aku takde la fanatik sangat ngan durian tapi bolehh la ajak aku kalau nak wat partner makan durian haha.

gtg~
c ya !


Jul 15, 2011

Jangan Cepat Melatah.

Hello. Assalamualaikum.

Salam hari Jumaat. Pertama-tama sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak kat teman-teman blogger yang dah datang golek-golek kat blog aku, tapi aku belom sempat lagi nak balas kunjungan korang. Semalam aku tengah sibuk buat header baru, and then bila dah nak siap laptop aku pulak takde pasal-pasal ter-restart. So, habis la terbang segala mood nak meng-update entri bagai. Hehehe.

Ok, yang keduanya, since hari ni result UPU dah keluar kan, aku nak congratulate la dekat sape-sape yang dapat kos yang diorang nak. Aku ade jugak dengar khabar angin memang ramai giler applicants yang dapat kos yang mengarut bagai tuh. Memang nak menjatuhkan bangsa ke ape. Hm.



Aku taw sebab ramai jugak kawan aku yang jadi mangsa. Even yang 3 pointer pon dapat kos yang memang takde dalam choices diorang, apatah lagi bagi orang yang dapat legi rendah dari tu kan. Sistem tahun ni memang pelik. Susah nak jangka. Tapi korang jangan mudah melatah, jangan salahkan takdir. Jangan cepat mengeluh dan menyesal dengan ketentuan-Nya. Insya-Allah apa yang korang dapat adalah yang terbaik dari Dia.

Kawan aku ade mesej, cakap dapat kos ngarut giler. Dia dah fedup giler, memang nak reject terus offer tu. So, nasihat aku dekat kawan-kawan, jangan terlalu cepat menyerah kalah. Try surf dulu pape yang korang perlu taw pasal kos yang korang dapat tu for instance cari pasal peluang kerjaya etc. Kalau korang rasa tak yakin korang boleh, mintak pertolongan dari Dia. Itulah yang sebaik-baiknya.

Aku bukan saja-saja cakap pasal ni. Tapi aku memang dah pernah rasa. Ya, dulu aku frust giler bila tak dapat wat farmasi dekat UIA. Berapa hari tah aku nangis. Masa tu aku tak sedar yang Tuhan nak aku masuk matriks. And you know what kat sana aku dapat score. Memang bukan yang TER-tinggi tapi Alhamdulillah aku manage to be one of USM-ians this Sept. See, Dia dah rancang yang sebaik-baiknya buat kita. So, terima la dengan redha. :)

Just bear in mind, tak dapat ape yang korang nak tak bermakna korang takde masa depan dah. Semuanya dah hancur dah. Ye, mungkin cita-cita korang terkubur tapi siapa tahu suatu hari nanti korang mampu jadi lebih baik dari yang korang nak kan?Ada kalanya kita perlu berkorban dulu sebelum dapat yang terbaik pada suatu hari nanti.

Aku taw, korang mesti cakap, 'ala, engkau cakap aje boleh la, beban atas bahu aku bukan bahu engkau' kan? Memang bercakap lebih senang dari membuat, tapi Tuhan takkan bagi dugaan yang hamba dia tak mampu untuk tempuhi. Percayalah, aku pon pernah rasai semua ni. Just pray the best for the future.

Ok, kawan-kawan ku sayang, jangan jadi macam kucing ni keyh?

comel pulak mende alah ni. HAHA
gtg~
c ya! 


Jul 9, 2011

Hari aku dan Pizza Hut.

Hello. Assalamualaikum.

Hari ni aku hangout dengan kawan-kawan dekat KB Mall, Kel *ak bajet korang kenal la. HAHA.
Motif utama keluar sebab member nak belanja. Disebabkan bufday dia yang lepas, 21st June kitorang tak boleh nak celebrate atas sebab-sebab aku terlalu sibuk babysitting anak sedara, so dia decide nak belanja kitorang makan Pizza. Yuhuuu ^____^

Sebelum tu, baca sini.

Piza pilihan hari ni :

Thai Seafood pizza

Royal Masala

Erkkkkkk. Alhamdulillah, kenyang hehe. Padat aje perut. Terima kaseh untuk orang yang belanja. Lain kali belanja lagi. ^_^

*terbalik-bufday girl yang belanja, patutnya kitorang yang belanja dia. HAHA :P

p/s : tiada pics yang boleh dikongsi untuk hari ini dan seterusnya sebab handfon 'canggih' dah rosak and DSLR belom dimiliki. :)

gtg~
c ya!

selipar jepun jadi pujaan hati?

Hello. Assalamualaikum.

Sama ada korang perasan ke tak sekarang ni memang dah jadi trend, kuar rumah pakai flip-flop je. Flip-flop atau nama yang sangat famous kat Malaysia ni, selipar jepun.


Korang taw tak macam mana selipar jepun ni dapat nama dia kat Malaysia ni. Dah aku tanya kat mak aku, dia cakap aku buang tabiat haha. So, dengan gigih aku meng-google, ni la jawapannya :


HAHAHA. Boleh caya ke? Entahla, yang penting selipar jepun memang terhangat dipasaran sekarang ni. Dah ade macam-macam pattern dah skang ni. And kalau korang nak taw, kadang-kadang selipar jepun yang orang dok tengok sebelah mata je tu, harga dia sama@lebih mahal dari wedges or heels bagai. Dahsyat kan?


masa mula-mula keluar *zaman mak nenek

Nah, ni selipar jepun zaman sekarang. Macam-macam betul HAHA.







Selalunya kredit kat pompuan la sebab ada banyak pilihan. Nah, xkan lelaki nak pakai selipar jepun katun yang bunga-bunga pink kot.*bajet kiut ke. haha

Kalau pergi mana-mana aje, sekarang ni dah jarang aku tengok yang pakai selipar && kasut yang ladies look tu. Mostly rembat selipar jepun aje. Aku ade je 1. Nak kata selipar jepun tu takde la sangat. Tapi more to sandal tapi yang plastik punyer macam selipar jepun tu. Pakai selipar jepun ni best aje sebab senang dan simple. Takyah nak belit-belit kaki dengan tali bagai macam heels and etc tu. Kalau nak jalan && lari pon senang, probability nak tersungkur tu takde la kan. hehe


gtg~
c ya!


Jun 30, 2011

bertarung nyawa =.='

Hello. Assalamualaikum.

Entri aku kali ni agak sedih. ^.^
Dah dekat setahun dia bersama aku. Suka duka pahit manis kehidupan dah kami lalui bersama. Dia jugak lah yang selalu menemani aku tika aku sedih, stress dll. Kemana aje aku pergi, mesti dia ikut sekali. Aku tido, dia pon tido. Aku makan, dia pon makan. Pendek kata, hidup dia hanya untuk aku laah. Tapi sekarang ni dia tengah sakit. Tengah bertarung nyawa. Aku tak taw ape sebenarnye sakit dia. Belum sempat lagi nak bawak jumpe specialist sebab aku tengah ke-pokai-an wang sekarang ni.










nie lahh 'dia'


Maaf yer sayang, tunggu sikit masa lagi saya bawak awak jumpe doctor walaupun saya taw peluang untuk awak sihat macam dulu sangat tipis.Tu laa, hari tu sape suruh awak terjun bangunan. Haa, kan dah lumpuh *padan muka awak. =.='

Sesungguhnya awak dah sangat berjasa kat saya sepanjang hidup awak. Hmm. Kalau awak nak mati pon, tunggu la saya cari pengganti dulu. Susah taw awak, kalau saya tak der partner species awak ni. Boleh lumpuh tangan dan kaki saya.

enuf~
mood berselerak.
c ya!

Jun 26, 2011

that date. 21st june.

Hello. Assalamualaikum.

OKAY, entry ini special untuk NURUL ALEEZA BT AHMAD sebab throughout this entry aku nak mengumpat, mengeji, dan mengutuk dia secara opennya tanpa menghiraukan entry ini akan menjadi tatapan public. HAHA

HEHE, saje nak mengarut je tu. actually, 21st June every year is a very special day for her. Btol tak za? :P
well, it's her birthday. Since this year is her last teen birthday and she is very special for me, why don't i post this event walopon dan melebihi TERlalu banyak hari, kan? -.-'

kesian kan dekat anda, aleeza sebab kitorang da sambut ur bufday sebulan before the exact date. HAHA. yela, tu salah satu insentif yang diambil sebab risau kalau2 mira boley masuk maktab. hemohemo~

amboih, aku pulak yang potong kek. HAHA

tieqah jadi camerawomen lak. padan muka. ekeke~

bufday girl tgh feelim ngan bifday gift from us.

kek yang nmpak sangat enak tapi ended xde orang nak habeskan. HAHA
nie la bufday girl tue. come x? lau nak tackle, roger n out okie?
take note : pic ini d-snap oleh beliau sendiri. HAHAHA
ok, to mcza :

  • sori la aku post lambat ckit. tp xpe la kan, sebab aku dah jadi orang ke-3 yang wish kt fb. *agak menyedihkan sedab juara adalah mc qah huhu.
  • again, HAPPY BELATED BIRTHDAY. jum blanje kitoram ahaxahaxx~ *kiddim ^^
  • lastly, kitoram sayang kamu sangatsangat. TQ sebab da banyak tolom aku mase kt kolej. huhu


enuf.
gtg~
nunite.

Nov 20, 2010

selamat untok KAMU ^_~

salam, HYE!

agak lewat untok aku post pasai ni. da nak masuk ary laen da pon..tapi ta kesah la sebab aku da wish awalawal agy kt tuan empunyer diri. HEHE.
ary neh adalah ary ulangtahun DUA orang SAHABAT KESAYANGAN aku.

FRIDAY ; 19 NOVEMBER 2010.

OK, the first one is NIK AFIQ NASRIN NIK ROSLI.
seorang kawan yang agak gilew2 dan menyengalkan. org klate kate " sumbakk". haha! first aku kenal dye mase form 4,  first year dye pindah masuk skolah aku ; smka melor. first tengok agak la menyampah aku ase, sbb cam sombong kot. tp bile da satu kelab (kelab taekwando), kitorang makin close n then kawan sampai skarang. OK, ta nak da cite panjang2..t dye pasan. haha.
ni la nik apiqq tg senget. ensem x ?
kalo suke, mintak izin ngn sy dulu. huahua~~
OK, the second one is NUR ASSYIFAQ M. NAZERI.
aku knal pon mase form 4, new student kt skolah aku. n seingat aku, aku sorang je yang suke panggil die 'assyi'. haha.
xpe,laen dari yang laen..kalo aku xde, mesti dye rndu ngan panggilan tu. hahax~
yg paling xley blah, assyi sememangnye seseorang yg sgt SUKAR untok FAHAM. hahahaha!.
ore klate oyak, 'arial pendek' wakakaka~
maseh lg single n xtaw la available o x. ask her urself lah. hahaha!
ni la assyi. comel kan? mesti la,,kawan aku, :D
OK, time to make a wish. haha!
to both of my beloved frens ~

gudluck n all da best in your life.
may luck be on your side always.
hope we'll friend till forever.
enjoy ur life, no worries till end OK?. haha :D

lastly . I LOVE YOU both damn much. muaxxxxx :)


Nov 4, 2010

long time no news..

haha.
salam.

lame gilew ta update blog.
cbuk ngat ngan final exam. then, lepas final lak, ive join a camp kt hutan belum. baleqbaleq umah jew, demam smpai ta leh bangun. hari ni baru ade kudrat nk update blog. hurmm.. since da lame aku ta update blog neh, so byk mende ak nk cite kt korang. either u like it or not, aku nk cite gak. muahaha ~

first cite ;
pasal final exam.
ergghhh, asalnye ak tanak cite sal mende neh tp tape lah. mende da jadik kan. study dah, usaha pon dah, so skang neh cume leh doa n tawakkal je la. btoi x ? actly, aku agak frust la ngan final exam ary tuh. entah nape, aku xleh jawab paper math padahal math la satusatu ye paper yg ak bleh score kalo compare ngan yg laen. entah la, ter-OVER confident kot. bio lak, aku xstudy sgt. mklumla, bio paper last. aku lak ta saba-saba nk cuti, so aku amik mudah je paper objektif tu. last2, hampeh. target ; 10/40 fer objective paper. ha-ha !
tapi walopon agak mustahil, omputih ckp ; IMPOSSIBLE, tp aku agak mengharapkan dpt 3.5pointer n above la. midsem ary tuh da melepas. tolong la TUHANKU :) palingpaling command pon, 4 flat da okei dh. hahaha :p malu giler kot ngan rumate aku, spm xla tggi sgt, tp manage to get 4 flat. ak neh ? ore klate oyak. RETI MAEN JAH. hahaks :p

second cite ;
pasal kem PPL
waa~~ sonok gilew kot nk citer pasal kem yg aku rase yg sgt menarik pernah aku join. best giler kot..kem PROGRAM PENDIDIKAN LUAR, kat hutan belum, PERAK. 27hb tue aku n the other camp members btolak dari kolej ke jeti tasik banding untuk tggu FERI tersayang kami.then baru la kitorang bertolak p pulau kitorang ; PULAU MARA a.k.a PULAU TIKUS. kat sana la macammacam yg kitorang wat.
banyak mende baru yg aku experience. berkayak, abselling, flying fox, berakit, jungle trekking, jumpe org asli ? haha. satu pengalaman yg agak menarik bagi aku. n aku berani kerat jari ah, orang laen pon feel the same way. nak2 plak 8 org je laki yang join. lagi la menarik. walopon habes muka aku sunburn n tangan aku saket2 n badan aku luke2, tapi kire berbaloi ah. agaknye bile lg la aku nk join lg kem cam ni. teringin nk ajak kawan2 skolah dulu p sana. tp bukan untuk camping, untok suke2. haha. best la kot dok tepi tasik.. tp yang paling mengerikan, 4 mari x mandi. hahahaha. *pengotor siot*
pengalaman yg paling aku xlupe, time abselling. tinggi gilew kot gunung tue, da la x rata. all the way turun, aku cume pikir kt umi aku jew. mane la taw kot2 pendek umo. haha. kayak lak mmg best tp agak sakit tuk aku nk mendayung. ye la, 3 jam kot kitorang kayak. ta leh blah la ckgu pon. igtkan balik tue diorang tunde, tp hampeh. angan2 hanye tinggal angan2. haha :p
tp 1 mende aku xsuke, kitorang kena wat report bertaip pasal kem tue.
arghhh. MR.burn, kamu sungguh byk songeh :P

menuju ke PULAU MARA.

malam last.

feri kesayangan KAMI .

sunggoh menarik :)

abselling. first time tu kot :p

naek bot bersama ABAH.

jungle trekking. TOK WAN as a guide.

okeh lu. stakat neh tu je la cite yg aku ade.
salam perantauan dari nadia.
haha :)
t8 care.
c ya!

Sep 18, 2010

sebelom pergi~

hai. assalamualaikum. ahlan wasahlan to my belog.
*entah kali ke berapa dh. haha!*

act, da lame nk post pasai neh. tapi selalu jew lupa..ermm,bila umo da meningkat neh, ingatan pon da tak seberapa dh. haha! *bajet tua*
so, sementara aku maseh ingat neh, aku nk wish
++ SELAMAT PERGI++
++SELAMAT BELAJAR++
++SELAMAT MENYESUAIKAN DIRI++
++SELAMAT BERJUANG++
n lastly
++SELAMAT KEMBALI++
to kawankawan, temanteman serta sahabat aku yang aku p mesir esop.
aku rase cam terkilan gilew sebab ta sempat nk jumpe diorang dulu sebelom pergi.
nyway, aku sentiasa doakan korang sentiasa baekbaek kat sana.
n korang ingatingat la kat kitorang kat cni selalu ek.
gonna mish all of u a lot :((


apih ++wanie++raz++pajana++azfar



azfar ^_~

hafiz :D

wanie :))


aku arap korang akan berjaya ky sana.
doakan kejayaan aku kt cni gak. walopon kt kmkulim x la se-tough kt tempat korang, tp paham2 je la. aku kan x pandai cam korang :((
INSYAALLAH, taon depan aku ikot jejak korang. fly p australia lak. hahaha.

nanite.
t8 care.
luv u lahh.
<3