Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Aug 25, 2011

Muda Tapi Tua ?

Hai !

comel giler kentang nenek ni. HAHA.
Pernah tak orang meneka umur korang lebih tua dari umur yang sebenar? So, how do you feel? Geram tak?
kehkehkeh.

Kalau nak suruh orang tengok korang ni awek muda, cun melecun aje, korang kena la
jaga kesihatan dah kebersihan gigi. 

Dengan senyum yang menampilkan gigi putih, otomatik akan menampakkan korang lebih sihat dan muda.
Ini tak, gigi pon gosok sekali dua hari jer, mane nak nampak cun nyer. kehkehkeh.

 Untuk mendapatkan senyum gigi putih yang menawan
  • jangan minum air kopi dan anggur merah
  • stop merokok!  


Kalau korang perasan gigi smokers ni memang teruk. Hitam, lebam segala bagai. Ei, tak suka den menengoknyer :P

So, konklusinyer, kalau nk jadi awet muda, kena selalu-selalu la jaga gigi. Macam korang jaga muka jugak. Lakukan flossing setiap hari, buang sisa-sisa makanan yang lekat tu. 

Bila gigi dah cantek, korang pon mesti tak teragak-agak nak senyum.
Senyum tu kan awek muda ! 


Ish. Loya pulak cakap pasal gigi ni.. *sebab tu tak leh jadi dentist :p

c ya!

Aug 23, 2011

Fact : Orang bujang pendek umur !

Hai !


Urghhh! gambar ter-EMO pulak. =p

Anda BUJANG dan LONELY macam saya? Jom baca fakta di bawah.

 Ni merupakan kajian oleh penyelidik di Universiti Louisville, Kentucky.


Kajian mendapati bahawa orang yang berkahwin hidup lebih lama berbanding mereka yang single.



Wanita bujang berisiko meninggal dunia 7-15 tahun lebih awal.



Lelaki bujang berisiko meninggal 17 tahun lebih awal dari lelaki berkahwin.


 

Penemuan menunjukkan risiko kematian lelaki bujang mencapai 32% berbanding lelaki berkahwin, dan wanita bujang pula berisiko 23% lebih tinggi dari wanita berkahwin.



Jangka hayat pasangan yang sudah berkahwin lebih lama kerana memiliki sokongan yang lebih kuat. Bila dah berkahwin, pasangannya lebih menjaga kesihatan dan pemakanan mereka.


wahhhh! Nak kawen sekarang lah *pengsan mak aku

Anyway, I share this as a knowledge. Aku harap korang tak percaya sangat. Mungkin betul mungkin tak. Lagipon, jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan tuhan. Peace ^_^

c ya!

Aug 17, 2011

wordless wednesday #5

Hai. !


Aaaa-choo! Penatnya bila dapat virus bulan-bulan pose ni.

p/s : sape komen dia tak kena selesema setahun. kihkih~

Aug 4, 2011

Alhamdulillah, nenek tak seteruk yang di sangka.

Hai!



Alhamdulillah sebab maseh sempat jumpa nenek aku. Tengah malam semalam kitorang sampai, tapi disebabkan dah terlalu lewat, budak-budak pon dah penat, so malam tadi mak aku syorkan tido kat rumah akak aku dulu. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umor nenek. Petang tadi baru berkesempatan jumpa nenek dekat hospital.

Syukur sebab dia tak seteruk yang aku bayangkan. Nenek maseh boleh bercakap segala bagai. Cuma kitorang tak berapa nak faham butir bicara nenek. Nenek diserang stroke. Tapi alhamdulillah Allah tak bagi dugaan yang terlalu berat untuk nenek, cuma bahagian kiri aje nenek tak boleh bergerak. Kata mak sedara aku, nenek tak teruk. Memang sebelah badan dia tak boleh bergerak, tapi nenek maseh boleh rasa bila nyamuk gigit, atau bila kena cubit.

Akhirnya, mak aku mampu tersenyum. Walaupun agak terasa sebab tak dimaklumkan lebih awal dengan keadaan nenek, tapi mak aku faham. Mungkin sebab kami dok jauh, so diorang taknak susahkan kami balik sebab nenek masih belum nazak.

TAPI, tapi yang sedihnya nenek dah tak kenal aku. Parents aku dia kenal aje. Mungkin sebab proses tumbesaran yang berlaku menyebabkan nenek tak cam aku. Yela, dah lama tak balik kampung kan. Bila plan nak balik, ada-ada aje kekangan yang datang.

Tapi yang lagi sedih, bukan setakat nenek tak cam aku, mak sedara aku yang lain pon dah tak berapa ingat aku ni sape. Haih, kena balik kampung selalu-selalu la kalau macam ni. :P

p/s : sekarang aku on9 di rumah nenek, pakai berukband. so, i have to postpone all the blogwalking activities sebab line laju sangat macam kura-kura jalan catwalk. grrrr! i'll view ur site soon!

c ya!

Jom tengok kot-kot korang salah seorang blogger yang wat salah macam ini.

Jul 18, 2011

Alamak, jerawat lagii !

Hello. Assalamualaikum.

Korang mesti taw kan pasal musuh utama wanita. Si jerawat yang kiut miut tu. Memang tak semestinyer pompuan je yang ada jerawat, laki pon ade. Laki ni kadang-kadang tak kesah pon dengan jerawat dia tu. Tapi ade jugak lelaki metroseksual yang sangat-sangat kisah dengan mende alah ni. Macam abang aku, tapi dia takde la metroseksual sangat. Tapi dah macam-macam produk yang dia guna untuk muka jerawat dia tu (macam pompuan pulak kan).



Aku memang sangat-sangat alah dengan encik Jerawat ni. Kalau dia datang aje bertenggek kat muka aku ni,mula la aku rase sakit hati,geram. Yalah,datang tak diundang. Rasa macam nak keluar rumah pon malas. Malu kott nak jumpa orang. Haihh.

Lebih menyedihkan lagi bila resdung aku menyerang. Kalau korang nak taw encik Jerawat ni datang bawak geng taw. Fffuhhh, memang tak nampak rupa sebenar aku. Time ni la jugak kalau korang nak tengok aku nangis sensorang dalam bilik. Haha.

Susah aku nak describe how i feel kalau naik jerawat, tapi something for sure, hanya orang yang pernah dok kat tempat aku je yang taw macam mana terukya perasaan tu. Alahai, sabarla hati. Nak mintak SK II dengan mak pon tak mampu(berlagak).

Tapi sepatutnya kita tak boleh la nak merungut sangat bila tetamu tak diundang ni datang melawat. Ye,memang nampak hodoh giler kan, tapi jerawat ni merupakan penyeri wajah, wat kita lagi bertambah manis (untuk bagi semangat) haha.

Janagn la terlalu rendah diri dengan kekurangan kita. Dan orang-orang yang kulit dia flawless tanpa cela,jerawat bagai tuh jangan la pulak nak pandang serong kat orang yang ada masalah kulit macam aku ni. Malu engkau taw tak.


p/s : Aku teringin giler la nak dapat kulit yang flawless ala-ala artis tu. Mesti bestt kan. Hehehe.

gtg~
c ya!

Jul 11, 2011

kesihatan : rokok elektronik!

Hello. Assalamualaikum.

Aku memang seorang yang amat anti dengan asap. Kalau aku TER-hidu aje bau asap memang aku rasa dunia ku gelap dah, mulalah takleh bernafasdan pening bagai. Famili aku pon takde yang merokok kecuali abang aku (pengaruh rakan sebaya nih!) tapi sekarang ni pon aku rasa dia dah jarang dah (harap-harap) haha.

Bila dah start smoking memang susah nak berhenti kan. Thid is due to nicotine & tar yang ada dalam rokok yang boleh wat someone addicted, nie aku ingat aku belajar masa zaman sekolah dulu (eh betol ke ni korang?). 

Dan sebagai alternatif untuk bantu perokok yang dah mengalami addiction ni, korang tahu tak sekarang ni rokok elektronik dah ade sebagai pengganti rokok tembakau. Nah, macam-macam ada sekarang ni, zaman teknologi la katakan. Jom kita usha macam maca rupa rokok elektronik.

Macam peluru pon ada daa =.='

Hishh, macam-macam bahan kimia ada.
rokok elektronik boleh menyebabkan
pengewapan.


Rokok elektronik @ e-cigarette beroperasi menggunakan bateri. Wap yang dihasilkan akan masuk dalam tubuh perokok. Jadi, rokok ini tidak akan menghasilkan asap and will not endanger other people macam rokok tembakau.

Rokok ni jugak boleh bantu perokok hentikan tabiat diorang tu. Sejauh mana kebenarannya tak la pulak aku taw sebab aku pon tak pernah try. Sesetengah orang kata rokok elektronik ni tak bahaya sebab takde bahan kimia yg banyak macam dalam rokok biasa tu. Tapi ade researh mengatakan rokok ni sama aje bahayanya.

Hm, entah la. In conclusion, rokok elektronik, rokok tembakau bagai tu memang bahaya. Paling senang, jauhkan terud diri dari rokok. Hidup pon selamat, ye dak? Peace =.='

p/s : pics di-google dari internet. Entri ini tidak bermaksud untuk menyinggung para perokok ke ape eh, jangan salah faham ^_^

gtg~
c ya!

Jul 7, 2011

kesihatan : coklat - baik ke tak?

Hello. Assalamualaikum.

Sape tak suka makan coklat?


Majoriti orang memang suka makan coklat. Tapi ade jugak yang tak suka, sebenarnya diorang ni bukan tak suka. Tapi lebih kepada nak jaga kesihatan sebab most of them dah block their mind, cakap coklat ni boleh menggemukkan. Coklat ni sebenarnya takde la kejam sangat hehe.

Coklat yang mahal sikit tu *aku tak taw la coklat ape sebab tak pernah makan coklat mahal haha, ha coklat tu bebas kolesterol. Chocolaters yang nak diet boleh aje makan coklat tapi makesure makan ikut portion yang tepat la. 1 bar satu hari cukup la kan. Dark chocolate is a one of low-cholesterol chocolate. Sebab? Dark chocolat mempunyai kandungan lemak koko yang sangat tinggi dan kandungan gula yang paling rendah. So, dalam sepotong dark chocolate cuma ada 110 something kalori atau tak sampai pon separuh dari kalori yang ada dalam sepotong milk chocolate. Jadi, kalau risau coklat akan ganggu diet korang, korang makan je la dark coklat hoho.

Yang paling common yang pernah aku dengar pasal coklat ialah coklat ni baik untuk jantung. FYI, dalam coklat ni terdapat kandungan antioksidant yang boleh kurangkan kolesterol dalam darah. So, sape-sape yang makan coklat boleh kurangkan potensi untuk dapat hypertension, stroke dan cancer. Kalau korang nak tahu, antioksidant boleh jugak mencegah penuaan. So, coklat boleh dikategorikan sebagai makanan untuk mencantikkan wajah. Ha, ape macam?

Ok, cite pasal coklat yang boleh menggemukkan tu, memang betul TAPI hanya kalau kita makan coklat yang murah atau sangat murah atau dikenali jugak sebagai coklat 'bermerk'. Wahh. First time aku dengar ni. Coklat ni mempunyai kandungan gula yang saaangat tinggi dan kandungan lemak koko yang sangat rendah, dalam 7% aje. Lemak koko memang tak bawa masalah kat kita sebab lemak koko akan cair dalam mulut dan tak diserap oleh tubuh tapi kandungan gula yang tinggi boleh sebabkan diebetes dan masalah kegemukan. Ha, ini la baru betul. Bukan semua coklat tu menggemukkan. So, better be careful la masa nak pilih coklat tu. Jangat la nak save budjet sangat, kan dah terkena. hoho.

I love this tapi takde la sampai tahap
addicted. ^_^
okeh, gtg~
c ya!