Thank you for dropping by. Love you!

Jun 30, 2011

bertarung nyawa =.='

Hello. Assalamualaikum.

Entri aku kali ni agak sedih. ^.^
Dah dekat setahun dia bersama aku. Suka duka pahit manis kehidupan dah kami lalui bersama. Dia jugak lah yang selalu menemani aku tika aku sedih, stress dll. Kemana aje aku pergi, mesti dia ikut sekali. Aku tido, dia pon tido. Aku makan, dia pon makan. Pendek kata, hidup dia hanya untuk aku laah. Tapi sekarang ni dia tengah sakit. Tengah bertarung nyawa. Aku tak taw ape sebenarnye sakit dia. Belum sempat lagi nak bawak jumpe specialist sebab aku tengah ke-pokai-an wang sekarang ni.










nie lahh 'dia'


Maaf yer sayang, tunggu sikit masa lagi saya bawak awak jumpe doctor walaupun saya taw peluang untuk awak sihat macam dulu sangat tipis.Tu laa, hari tu sape suruh awak terjun bangunan. Haa, kan dah lumpuh *padan muka awak. =.='

Sesungguhnya awak dah sangat berjasa kat saya sepanjang hidup awak. Hmm. Kalau awak nak mati pon, tunggu la saya cari pengganti dulu. Susah taw awak, kalau saya tak der partner species awak ni. Boleh lumpuh tangan dan kaki saya.

enuf~
mood berselerak.
c ya!

interview mara

Hello. Assalamualaikum.

First of all, credit to Azeelia Nadhirah sebab tanye aku tentang interview MARA yang aku dah pergi minggu lepas. Actually, aku dah lupe pasal ni, naseb baik ade orang tanye kan? hehe ^.^

Ok, aku dah lupe exact date tapi around 17th May kot, pihak MARA call rumah aku, bagi berita yang boleh buat jantung aku shock ! Memang aku tak pernah terfikir nak dapat offer interview dari MARA untuk buat Medic for twinning program UKM-UNPAD. *untuk sape-sape yang tak tahu, UNPAD - Universiti Padjadjaran, Bandung. Meaning that 3 years in Bandung & 3 years in Malaysia. Sangat tak sangka sebab aku punyer pointer pon biasa-biasa je. Takde la sampai 4flat. Well, tuah kucing nampak di kaki, tuah manusia takde sape yang taw kan? :D Awal-awalnya aku memang taknak pergi pon interview tu. Yela, dah jauh kan, interview kat HUKM Cheras, rumah aku ni pulak dok kat Kelantan. Tambah-tambah pulak, bila aku roger kat mak aku, dia senyap aje. Hmm. Dah reaction mak aku macam tak brape nak ON je, aku pon wat dunno je la. Then malam tu akak aku call cakap setuju nak hantar aku. Rase bersalah menyerbu kat kepala aku ni ha. Yela, abang ipar aku tu dah la bz-man, kerja banyak, pastu kena cuti pulak sebab nak hantar aku. Tapi  aku setuju jugak last-lastnye,,,peluang ni haha :p

20th June :

pic : ehsan google!
Hari interview. Biasalah kan MARA, interview one-by-one. Aku pulak tak biasa interview macam tu. Aku pernah la pergi interview JPA, tapi interview dia wat by group. So takde la nervous sangat. Kalau stuck pon, membe boleh tolong kan. Hari yang meeemaangggg sangat bertuah bagi aku ; i'm the 2nd person to be interviewed. *OMG ! Mau nye senak perut aku kejap. Nervous babe!

Tapi bila masuk Okay aje. Dua orang panel dah tersengih tunggu aku. Both of them are women. *naseb baek hehe.
1st Q's , what language do you prefer? *mak aii. kata interview MARA fully english, ni ape kes dia tanye macam ni. nak jerat ke ape? tapi aku jawab je, i'm comfortable with both. *lagi selamat.
2nd Q's , why u choose medic? Part ni memang aku rembat la sebab sepanjang hidup aku memang tak pernah terfikir pon nak amik medic. plus, bio memang sentiasa jadik subjek killer aku time exam. Tapi result tak lah teruk sangat, just oke oke aje.
soalan seterusnye tu aku dah tak bape ingat sebab mostly ade kaitan ngan jawapan aku kenapa nak amik Medic. Ade la satu soalan yang paling ta ley blah bagi aku, panel tu tanye " Have u ever thought to quit ur study if u found that studying Medic is very very hard? or u want to hang urself anywhere when u could not handle ur study anymore?". Ffuhhh~ I never thought of that la mam. I'm muslim haha.

Overall, aku tak rase pon dia punyer interview susah. Cume aku je yang tergagap-gagap sebab terlampau nerbes. Lagipon interview tu about 10minutes je. Pesanan ikhlas dari aku, kalau nak attend mane-mane interview, jangan la gabra sangat macam aku. Nanti semua tak jadi, otak lak jadi blank, lidah pon jadi clueless, last-last korang spechless. HAHA. Yang penting, don't memorise things. Jawab secara natural, kay? Pastu, nak masuk bilik interview tu, bace la selawat dan ayat seribu dinar dulu. Insya-Allah semuanye OK. ^_~

21st June :

pic : ehsan google !
Hari test. Dua test yang jawib dijawab ; psychology test and teory test. Psycho test tu aku tak kesah sangat. Sape-sape yang pernah jawab test Munsyi, ala test yang nak masuk USM tuu, ha lebih kurang macam tu la. Jawab YES and NO aje. Cuma kena alert ngan ayat pasif @ aktif dye tu je. Yang tak ley blah-nya test ni ade 567 soalan kala tak silap aku. Plus-minus la, aku pon da lupa. Bapak penatnye tangan aku nak menanda. Dah la soalan lebih kurang sama je. Hm. Teory test pulak, bapak la susahnya. Bayangkan, otak aku yang dah berkarat sebab dah dekat dua bulan tak sentuh buku, tiba-tiba dapat soalan yang ada kira-kira tapi tak bole pakai kalkulator. 100 soalan, including Maths, Bio, Physics and Chemistry. aduhyai bapak, mau pitam di situ jugak rasanya. -.-'

Dua hari yang amat memenatkan bagi aku. Tambah-tambah pulak abag ipar aku sesat mase nak cari HUKM. Balik aje dari jawab test, aku dapat rase dahi aku panas. Bintang berlegar-legar dekat kepala aku. *errr,,,exam fever ke haha. Anyway aku saje post pasal ni, mane la taw kot-kot ade junior tahun depan dapat p interview sama macam aku jugak. Tuah orang kita tak nampak kan? Harap dapat la bagi gambaran macam mana perjalanan interview tu walaupon aku takde la membantu sangat hoho.

Result interview aku akan keluar esok. Aku takde la berharap sangat sebab aku taw aku bukannya bagi yang terbaik pon. Kalau xdapat pon, aku takde la frust sangat. Kalau dapat, Alhamdulillah. Macam tu je la hehe.

more infornation about MARA interview, click this. Memang sangat membantu ;)

enuf dulu. gtg~
c ya!

Jun 29, 2011

cinta muka buku ;)

Hello. Assalamualaikum.

Korang yang dah kenal aku mesti taw kan aku memang ketagih dengan Facebook suatu masa dulu. Kalau sehari tak buka FB memang tak sah, resah gelisah aje. Kalau on9, kadang-kadang sampai mak aku bangun nak solat sunat pukol4 pagi tu baru aku nak masuk tido. Hmm. Entah ilmu ape la yang Mark Zukerberg pakai sampai aku jadi macam tu. Memang dah lali telinga aku kena bebel ngan mak aku. Yela, tade keje kan, dok on9 sampai kul 3 4 pagi. Lepas tu mula la nak bangun tengahari. Kalau dulu-dulu, mase ni belom tentu ak dah bangun taw tak? Kerja rumah mula la tertunggak. Dat's y la aku asyik dengar ceramah free.Tapi sekarang ni aku dah jarang on9 lame-lame depan FB. Sekarang ni aku dah addict balik dengan BLOG tak lawa aku ni hahaha.

Semalam aku rasa bosan sangat on9 Facebook. Aku tengok chat, ade 182 users on9. Tapi tadak sekoq pon tegur aku. bosan! bosan!!. Nak tido pon terasa awal lagi mase tu. So aku tinjau-tinjau dekat aku punyer home. Maybe aku yang terlambat amik taw dengan perkembangan semasa sekarang ni, tapi lagu Cinta Muka Buku baru semalam aku dengar haha. Macam katak bawah tempurung lak aku rasa. Well, sekarang ni kan aku full-time bibik, ne la ade masa nak enjoy-enjoy sangat. -.-'

Sape-sape yang belom dengar lagi, ce la dengar. Hmm. *korang lagi katak bawah tempurung la nampaknye dari aku HAHA.

video

Jemput-jemput la klik button play tu. Enjoy this song. Bagi aku, lagu ni sweeeeeett sangat. Kena hayati lirik dia la, baru bole feelim. huhu
Entah nape,aku rase mesti ramai tang tacim dengan lagu ni. Yela, ramai yang jatuh cinta dengan teman MukaBuku kan? alala, tanak ngaku lak.. Dah korang 24hours dok hadap Fb aje, takkan la takde yang sangkut sorang dua kan? haha. Kalau aku, aku memang TAK la. *errr? Frankly speaking ade jugak la yang rase berminat tapi tapi tapi aku tak berani sangat dengan strangers ni. Setakat tegur-tegur tu boleh la, nak lebih-lebih, boleh jalan daaa hoho. Lagipon bagi korang la kan, korang caya ke dengan cinta cyber ni? Orang kata ape, cinta alam maya? aduhh. Berpuaka je aku dengar haha. Macam tak realistik. Tu pendapat aku buat mase sekarang ni la kan, mane la taw kot-kot Allah dah takdirkan jodoh aku ada dalam salah sorang friendlist aku tu nak wat camane kan? *oh,,,no !

p/s : Add la aku dekat Facebook. Bole tambah-tambah kawan kan? ^.^

ok enuf dulu.
gtg~
c ya!


Jun 28, 2011

ulangtahun ke-10 !

Hello. Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang tak tahu aku ni seorang mak sedara kepada 12 orang budax2. Amacam? Hebad tak? hehe macam da tua sangat lak aku ni. Tapi tak kesah la kan, nampak la mature ckit. Orang kata, sifat-sifat keibuan dalam diri tu dah tersemai hahax *berlagak giler. Kalau orang tua-tua tengok mesti dicanainya aku, mesti diorang dah letak aku dekat ranking yang paling top punyer lah nak wat menantu. Advantage tu, biasala kan orang tua-tua dekat kampung ni, memang suka bawak cerita. ye dak? HAHA

OK, today 28th June is my eldest nephew's birthday. Hari ni dah genap 10 tahun umur dia.



Hmm. Kalau dia xmau solat lagi, dah boleh la aku sebat dia dengan rotan. Kan dah genap 10 tahun!. haha. padan muka ekau wahai budak. Well, kat rumah ni aku memang terkenal dengan keGARANGan aku. Diorang semua memang tak berani punyer-lah nak menentang kata-kata mak sedara dia yang seorang ni haha. TAPI, ade tapi jugak haha, kadang-kadang tu ade la yang tak dengar kata. Mamat yang sorang ni la. Aku memang kurang garang ckit dengan dia, sebab ape-ape aku suke share ngan dia. Dia jugak la partner aku bila nak tengok bola. Memang gempak la bila suara kami berpadu. Lagi best bila mak aku join. *Hebad kan mak aku? hehe. Budak ni bila aku buat baik mula la dia nak pijak kepala. Ape yang aku cakap buat tak endah aje. Kadang-kadang aku sabar je, sebab dah penat nak gadoh ngan dia, kadang-kadang pulak, aku rase macam nak terajang je. Biar patah tulang-tulang kau tu. Kejam kan mak sedara macam ni haha. Takde la, paling menyengit pon, dia kena cubit && tarik telinga je. Takkan la aku nak smackdown lak, aku sayang lagi dia. Ibarat macam adik aku dah. Tambah pulak dengan badannye yang besar & takde rupa budak standard 4 tu.   Paling aku tabik, dia memang sayang giler kat adik-adik dia. Memang risau giler muka bila kitorang acah nak jual adik dia. HAHA.

kek birthday. akak aku lupe typo name2 kat atas tu. HAHA

upacara potong kek?

ni la birthday boy tu. standard 4.
mesti korang susa nak caya kan? HAHA

swit x budak tu? adek dia ler tu. ;)
Well, aku belom pon introduce-kan lagi birthday boy kan? Actually aku terlupa hehe.

Name : Muhammad Luqman Nur Hakim
Nickname : Hakim @ Along
Umoq : 10 Tahun
Briefly description : seorang yang sangat lembat dalam pelajaran tapi sangat cekap bila masuk bab-bab komputer ni. Kadang-kadang aku terkagum sendiri dengan kelincahan otak dia yang nak taw pasal semua benda tu. huhu

Wishes : SELAMAT HARI LAHIR. Along, ekau ni besar dah la. Ce dengar ckit nasehat-nasehat berguna dari mak sedara tersayang nii. HAHA

enuf dulu
gtg~
nunite 
c ya !

single itu menyeronokkan!

Hello. Assalamualaikum.

Gud morning everyone! *saje bajet-bajet ade je orang bace blog aku ni. -.-

OK, ramai yang kata hidup single tu membosankan. Ade gak yang cakap orang yang single ni sebenarnya sombong, ego tinggi, jual mahal, nak yang perfect je. Sesetengah orang pulak kata orang yang single ni tak laku. *errrr,,sangat terasa oke. -.- Hm. Aku pon single. Tapi aku tak rase pon aku ni macam yang orang dok cakap tu. Biasala, lain orang lain tanggapan, betul tak? Kalau semua orang sependapat aje, makanya tiada lah variasi dalam bumi kita ni huhu.



From my point of view, being a single one tersangatlah menarik. tak caye? well, orang yang single, nak pergi mane-mane pon boleh, tak perlu la nak mintak izin dengan pasangan dulu. Ni tak, nak g mane-mane, kena roger dulu. Kalau tak, alamatnye perang la lepas tu. ye dak? huhu. Pastu p manemane mesti la jumpe orang yang bapak punyer cun n ganteng kan? ha, mase tu la kita boley manfaatkan mata cantek yang Allah anugerahkan ni tanpa rase bersalah. yela, dah kita tade pasangan kan, so usha je lah. nikmat tuu. *makesure mase padangan pertama tu korang tak berkelip.tengok sampai puas hahaha ^.~ 

kalau kapel, mase bufday pasangan tu, mesti hangpa pening pale dok pikir hadiah ape yang nak kena bagi. Nak bajet duit lagi. Kalau la masr tu ekononi tengah gawat, mau nye lagi la pening haha. Tapi bear in mind ye kawan-kawan, memberi tu biar la ikhlas. Kalau break off ke ape ke, tak de la nak ungkit-ungkit lagi kan? hehe
single is not just a status. It is a sign that kita ni sangat berharga. Tapi TAK la pulak aku maksudkan orang yang kapel ni tak berharga. Cuma bila single, orang selalunya akan pandang tinggi kat kita. Orang laen pon senang nak fren kan? Dekat Facebook tu, sesetengah orang aje yang berani nak ber-hai2 dekat orang yang letak status 'in a relationship', xpon, 'in a open relationship'. Memang berannn mati lah mamat tu, xpon minah tu haha. Single is also a sign that we are wiser than others do. Nak pilih calon untuk diri mesti la yang terbaik kan? Tak guna bercinta kalau tak sehaluan, tak saling memahami. Single is better lah kalau macam tu. ;)

Yang paling aku tak ley blah sekali, nape masih ade jugak orang yang kapel sebab desperate? Kawan kapel, dia cbuk nak kapel jugak. Macam rase tercabar gtu. cehh~ kalau la aku jupe orang macam ni, memang aku tibai cukop-cukop. Awat hang takda perasaan ka nk mempermainkan orang. Bole bla laaa. *sori kasar ckit huhu. Aku memang pantang jumpe orang yang macam ni. Hmm. Tapi aku taw bukan semua macam tu, cume segelintir aje. Tapi disebabkan segelintir orang ni la sesetengah orang serik nak kapel lagi. kan? Kapel pon takde yang salahnye *bagi aku la hehe. Tak salah kalau kita taw jaga adat dan batasnya, taw ape yang haramnye. Perhubungan yang sihat selalunya bertahan lama :) Gaduh kecik-kecik tu biasala. Orang tua-tua kata, sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan pula kita manusia yang sememangnya tak de yang sempurna ni kan. Adat la tu, dalam perhubungan mesti ade pasang surutnya. Kalau dah terasa tak sehaluan sangat, just let them go. Mungkin ade orang lain yang lebih baik dan sepadan dengan korang.


cewahh, panjang lebar aku bagi nasehat. Diri sendiri pon xter-nasehat. HAHA. takpe la, mane yang kita boleh share, kita share kan.y not? Kan sharing is caring? huhu. Last but not least, kepada yang single tu, jangan la terasa kerdil sangat. Ramai lagi kawan kita nu ha yang single *termasuk aku.haha. Ade yang siap add aku dalam KELAB SINGLE/BUJANG kat Facebook. haha. lawak giler.

btol kan? Allah dah reserve-kan somebody special kat kita. Cuma kita aje yang perlu sabar menuggunya. huhu.
gtg~
daa
c ya!

Jun 27, 2011

KONGSI -.-'

Hello. Assalamualaikum.

Malam ni aku blogging lagi. Tadi sempat gak terjah balik blogger yang datang jenguk-jenguk aku. Tapi tu pon ta banyak. Aku pon heran nape streamyx ummi aku ni 'laju' cikit malam ni huhu ^.^
so dengan senang hatinya aku mengajak anak sedara aku yang dua orang tu tengok cite KONGSI. *padahal esok dua orang tu kena g sekolah HAHA. Bapak ketinggalan zaman kan aku ni, orang da cbuk-cbuk na tengok KL Gangster la, KARAK la ape laa, tapi aku lak baru nak tengok cite ni huhu. Ta kesah la hangpa nak cakap apa pon, cek malaih amik peduli aih haha.



back to cite KONGSI, aku rase takde la ohsome sangat cite ni. Kelako tu ade, tapi tade la kelako sangat kan. Just so-so. Tapi aku boleh kasi 3 bintang la. caya la :D

gtg~
nunite.
c ya!

ohh, i wish !

Hello. Assalamualaikum.

Tengahari tadi aku dok lipat kain yang bertimbun-timbun *bapak banyak kat depan tv sambil-sambil tengok cartoon ngan anak sedara aku.Then, mase iklan tu, terasa macam naknak aje picit remote control yang dah usang tu. Biasanya aku suruh aje anak sedara aku. Belek punye belek channel, opssss iklan dari McD, ngah promo GCB diorang yang memang ada at only limited time. looks yummy. speechless kjap aku. HAHA umm marvellous..tapi bila nengok di hargonye, cek raso aih, telan ayaq liuq ja la kot. well, ekonomi gawat la katokan. =.='

guulllppp~
aku nak! nak jugak! nak jugak! nakkkkkk !! *sambil hentak-hentak kaki. hekhek~
tape,tape. ckit mase je lagi..dia pasti akan jadi milik aku. akan aku pastikan! HAHAHA *gelak jahat =]

enuf. mood ta le blah. huhu
c ya!


shawl pertama =p

Hello. Assalamualaikum.

ari ni agak awal aku ber-blogging sebab hari hujan. so, xperlu nak jemur kain ke ape ke, sebab xde tempat nk jemur. tambah menyenangkan kerja aku lagi, ari ni aku xperlu nak susa-susa untuk serve-kan brekfes sebab abah aku puasa. puasa? YELA, sunat ari insin && bulan rejab. walaweiii, aku pon da ilang ingatan lahh. ^^ seperti yang korang taw *walaupon korang xtaw pape, wat-wat taw je haha, aku neh sorang yang agak susah nak buat perubahan. Keyakinan diri tu agak kurang berbanding orang lain. Kadang-kadang, orang dah sampai ke Europe, tapi aku baru dok kt KLIA. Kalau tak caye, tanye cik miera, HAHA.

Mira selalu gak ajak aku join dia pakai shawl. Aku ni bukan ta nak, kadang-kadang terasa gak nak bergaya ngan shawl ke, pashmina ke, ape-ape lagi la, tapi aku risau ta sesuai ngan muka aku. Well, muka aku kan sebulat BULAN. fobia dowh ^^
OK, akhirnya aku berjaya membuat perubahan setelah di promo oleh miera haha. Jalan punyer jalan ngan dia kt mall, lastly aku borong jugak sehelai pashmina. hmm. see! aku tidak fobia lagi. HAHA

ni la hasilnya.
*comot kan budak ni. xpela, first trial la kataka. hekhek ^^
oklah.
gtg~
c ya!

Jun 26, 2011

that date. 21st june.

Hello. Assalamualaikum.

OKAY, entry ini special untuk NURUL ALEEZA BT AHMAD sebab throughout this entry aku nak mengumpat, mengeji, dan mengutuk dia secara opennya tanpa menghiraukan entry ini akan menjadi tatapan public. HAHA

HEHE, saje nak mengarut je tu. actually, 21st June every year is a very special day for her. Btol tak za? :P
well, it's her birthday. Since this year is her last teen birthday and she is very special for me, why don't i post this event walopon dan melebihi TERlalu banyak hari, kan? -.-'

kesian kan dekat anda, aleeza sebab kitorang da sambut ur bufday sebulan before the exact date. HAHA. yela, tu salah satu insentif yang diambil sebab risau kalau2 mira boley masuk maktab. hemohemo~

amboih, aku pulak yang potong kek. HAHA

tieqah jadi camerawomen lak. padan muka. ekeke~

bufday girl tgh feelim ngan bifday gift from us.

kek yang nmpak sangat enak tapi ended xde orang nak habeskan. HAHA
nie la bufday girl tue. come x? lau nak tackle, roger n out okie?
take note : pic ini d-snap oleh beliau sendiri. HAHAHA
ok, to mcza :

  • sori la aku post lambat ckit. tp xpe la kan, sebab aku dah jadi orang ke-3 yang wish kt fb. *agak menyedihkan sedab juara adalah mc qah huhu.
  • again, HAPPY BELATED BIRTHDAY. jum blanje kitoram ahaxahaxx~ *kiddim ^^
  • lastly, kitoram sayang kamu sangatsangat. TQ sebab da banyak tolom aku mase kt kolej. huhu


enuf.
gtg~
nunite.