Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Oct 31, 2011

Pengalaman blog diremove. Oh damn!

Hai. Assalamualaikum.

Dua hari (kot) blog aku di remove Google, atas alasan ape entah. Aku tak baca sangat pon Google cakap ape, aku dok sibuk dah suruh Google recheck and bagi balik blog ak je. Haha. Tapi kiranya aku ni melanggar hak asasi segala bagai la kot sebab spam link dalam blog.
#alasan common untuk sesape je yang blog dia kena remove

Hilang terus mood aku, nak study pon asyik dok terfikir aje, pasai pa blog aku malang sangat sampai blacklisted. Maybe sebab aku join banyak GA and segmen kot dulu, then diorang ne pulak suka sangat kan tinggalkan link dekat comment box. Uh takpe la, mende dah lepas. Blog aku pon dah dapat balik.

#senyuman kegembiraan :)

BTW, a special gratitude to En Shah sebab dah tolong aku via email. #Naseb baik saya tak nanges kan kan? T_T Thanks jugak to Ifwat sebab tolong dengar masalah saya *padahal tak tolong sangat pon haha :P


OWH OK, for those yang lepas ni dapat pengalaman 'manis' macam aku ni :

* firstly jangan nak sibuk nak nanges (aku lettew :P), cool je ok. blog hangpa bukan kena delete terus, still ada lagi dalam data cuma dia hide kejap je, saje nak test emosi hangpa kehkehkeh

* next, click aje dekat I can't find my blog on the Web, where is it? and ikut aje steps yang ada kat situ.

* kalau tak taw nak buat jugak, click dekat contact us #ade dekat bawah sekali. Hantar aje verification tu sebanyak mana yang hangpa mahu sampai Google activekan balik blog hangpa.

Okeh, nak pergi makan dah. Baru lepas test calculus tadi, Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang. *sigh of relief*

c ya!

p/s : maseh belum terlambat nak congrates to all nogori-an sebab menang 2-1 heeee!

Aug 29, 2011

Dapat kad raya lagi! Follower mencecah 400!

Assalamualaikum.

Urgh, sangat busy lately. Aku rasa korang pon sama kan? Tak ramai sangat dah aku tengok orang dok ping entri kat fb group, sibuk dengan preparation raya barangkali.

Straight to the point. 


1. Aku Dapat Kad Raya Lagi laaaa

Sebelum tu, baca sini. Actually mende ni dah lama aku nak gtaw kat korang. Tapi selalu je terlupa plus pulak masa tak berapa mengizinkan. Maaf yer tuan pengirim. Bukan niat tak nak menghargai masa yang u luangkan untuk pergi post office sebab nak hantar kad raya untuk saya ni yer. Ni adalah kad raya ketiga yang aku dapat tahun ni. Alhamdulillah. Walaupun 3 je tapi naseb aku dah boleh dikira baek dah. Ada aje kott yang tak dapat langsung. Kehkehkeh.


Kad raya neh aku dapat dari MR ZOUL . Jom p beraya rumah dia. Dia ajak tu.
[tapi alamat tak bagi,,ape laa mr zoul ni] hahahaha. =P


2. Followerku Dah Mencecah 400+

Alhamdulillah, akhirnya follower aku berjaya cecah angka 400. Aku sebenarnya tak berapa bangga sangat sebab aku taw follower bertambah sebab aku join segmen. Tapi takpe, tu lah rezeki namanya kan. Kadang-kadang wondering gak, korang follow aku ni sebab nak aku folow balik ker memang sebab tertarik dengan blog ni. Nyway, aku tetap hargai semua susah payah korang tekan button FOLLOW kat site aku neh.


Follower ke 400 jatuh kepada(cewahh ayat) Cik Tieykah. Mekaseh yer, walaupon follower dia dah beribu, tapi still follow lagi blog tak sememeh aku ni. heeee :D

Sebelum tekan X kat sebelah kanan page ni, jangan lupa terjah SINI dan SINI yer. Bagus bila beramal ni, plus pulak di bulan puasa. hehe :))

Aug 20, 2011

Fact : Faktor Kegagalan Pelajar Universiti

Hai !

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa atau mahasiswi bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda?

setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!


Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.

Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.

Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar! =.='

kehkehkeh.
p/s : di share dari Nadia punyer email. =]

c ya!

Aug 18, 2011

Kata yang bermakna, tapi sukar di lafaz!

Hai !


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta



Tiga kata -KRU

Pernah dengar lagu ni tak? Aku suka lagu ni, giler kentang punyer suka. Bagi aku ni bukan lagu gedik dari seorang kekasih untuk kekasih dia aje. Ehem. It is universal.

Tak caya? Hayati lirik dia.

Ok, aku taknak cerita pasal i lap u, u lap me, between lovers. Tapi, between friends and family.
Sama ada korang perasan atau tak, lidah kita memang terkelu untuk cakap

' I love u, my fren'  'I love u mak' 'I love u abah'

Jarang didengar dan jarang disebut. Ye dak?

Mungkin ada antara kita yang memang dah terbiasa dengan semua ni. Tapi aku sendiri admit yang aku pon kadang-kadang susah nak cakap mende-mende cenggini. Ehem. Setakat cakap dalam hati je.


Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa


Kalau nak cakap-cakap 'aku sayang kau' kat wall FB kawan tu memang tadak hal la. Tapi bila berdepan, semua tu cuma hadir dalam hati je, tak terzahir di mulut.

Kenapa susah sangat yer? Sedangkan diorang adalah orang yang kita sayang..

Korang pernah rasa cenggitu tak? Aku 100% yakin, lelaki lagi la susah nak cakap-cakap mende cenggini kat kawan-kawan and family diorang. Kalau kat awek tu boleh pulak kan, dah cakap 100 kali dalam sehari pon still nak cakap lagi.


Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar



Kadang-kadang kita tak sedar betapa berharganya orang sekeliling kita. Kita tak hiraukan perasaan diorang. Kadang-kadang bila nak tegur, kita main tegur je. Maklumla dah lama kenal kan. Mungkin kita terlalu selesa dengan title KAWAN tu. Tanpa kita sedar, dah banyak perasaan kita guris. 


Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah



So, kawan-kawan aku, andai tiada hari esok untuk kita, aku nak korang tau aku sayang korang *malu
Tak cakap woaini tak bermakna aku tak sayang korang, tapi mungkin aku terlepas pandang tentang ni. Aku taw ade je kawan yang berjauh hati dengan aku. Aku tak sengaja ^_______________________^



c ya!

Untuk kawan-kawan blogger : saya sayang awak semua. tima kaseh support saya! hee :D

Aug 16, 2011

Jom tambahkan FOLLOWER!

Hai !

Walaweyh, aku nak join segmen lagi. Rasa-rasa aku kan, sebaiknya aku namakan hari ni sebagai Hari Men-join Segmen Sedunia. kehkehkeh.


Nak join jugak? KLIK SINI. *bagi dengan berat hati. ngeh3.

Segmen ni merupakan segmen Dofollow. Korang kena follow semua participant la kot. Aku pon tak berapa faham sebenarnya. kehkehkeh.

So, kat sesape yang follow saya tu, TIMA KASEH daun keladi yerp. Jangan lak jadi silent follower, rajin-rajin la ber-blogwalking macam saya. *muntah steamboat. ngeh33.

selamat berkenalan!

c ya!

Aug 15, 2011

SEGMEN : GUA KIDAL KE GUA KANAN KE, GUA PUNYER SUKA LAH!

Hai !

Nak join segmen lagi. Kali ni kawan baek+sengal aku punyer segmen. Entah pape la segmen dia. Aku saje join, saje nak amik hati dia kan. Kang menangis tak berlagu sampai jadi macam Kasem Selamat pulak kalau aku takmo join. Ngahahahahha~


Well, Azeelia Azman , macam yang dah kau taw, aku ni orang kanan. Tak maen laahh kidal-kidal ni. Takde makna nyer orang kidal ni superb macam yang ko cakap tu. Kahkahkah !

And one more thing, aku rasa aku lagi ramai peminat dari mung! Sila jangan muntah. Kehkehkeh.

FYI, aku memang menyampah giler kentang ngan tangan kiri. tadak satu kerja pon aku boleh buat dengan sempurna pakai tangan kiri. Rasa macam nak boikot je tangan kiri. Ngahahaha !

Segmen - Jom Blogwalking Bersama ZouL

Hai !

Nak join segmen ni. Padahal dulu beria-ria taknak join segmen segala bagai, kononnya sebab takut blog kena remove. Hikhik.

*hamekkau besar gedabak banner aku letak. ngahaha!

Jom join sama. Bila lagi nak up-kan traffic kat blog korang. KLIK SINI. Tapi kalau rasa blog korang dah tinggi traffic, tak payah la join yer. Bagi chance kat newbie macam aku neh. *busuk hati. Kehkeh.

Semedang aje Mr. Zoul ni suruh like fanpage and ping entri kat situ. hahahha. *gurau je. :P
Ok, DONE!


c ya!

Aug 14, 2011

Eh, aku dapat kad raya la!

Hai!

Alhamdulillah, hari ni hari yang ke-14 kita berpuasa (bagi yang puasa penoh la). Aku? Biarlah rahsia.
Hi hi hi !

Macam-macam dugaan berpuasa kan? Nak-nak lagi ada budak kecik kat rumah. Hamekau! Sekali diorang makan aiskrim, mau nanar aku sekejap. Grrr.

Ok, drop the subject.

Hari ni posmen yang hensem lagi kiut datang rumah. Bukan datang meminang okay. Ehem. You know what, aku dapat kad raya! Excited giler kentang kan? Mesti la sebab ni kad raya pertama yang aku terima sejak dua tahun lalu. Last dapat masa kat sekolah dulu.

See, sedih kan? Maklumlah sekarang ni semua orang dah maju kan. Greet Selamat Hari Raya pon pakai mesej je. Ape kelas, bila inbox full, kena delete la mesej tu. Ye dak? Lagi teruk, buat satu entri pasal hari raya kat blog dia je. Terasa tak? Ehem. *aku terasa ni.


Kad raya special dari kak Jiejah yang gorjes ! Tak sangka betul request yang main-main tu dia hantar betol-betol. Walaupon simple aje, tapi aku sangat menghargainya. Nak simpan sampai tujuh keturunan la. Boleh tunjuk kat cucu cicit nanti. Ek?

Ngeee. kak Jiejah! TIMA KASEH daun keladi, Next year nak lagi ek? hahax!
Jom kawan-kawan kita terjah site dia, bleh mintak kueh raya pulak. Ngeh3~

c ya!

Tahniah untuk Yusry dan Lisa Surihani yang akan kawen tahun depan.

Aug 13, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

Hai.




Nama : Nadia Fatihah
(nama manja noya. hahaha! )

Hobi : stalking .. skodeng .. dan seangkatan dengannya  ^_^


Jom join sama. tekan sini laju-laju. Makesure follower 500 ke bawah yer! hikhik :p

Nota kaseh sayang untuk azeelia azman terrr-sayang : aku join jugak!! haha. wekk :P

c ya!

Aug 12, 2011

18sx : Cerita sebabak. Haha

Hai!


Firstly, tak faham betol aku dengan line internet malam ni, laju siot macam kura-kra jalan catwalk kott. Bak kata abang aku, kalau nak mencarut pasal line internet ni, sampai sahur esok pon belum habes lagi ni.

Ok, jom layan cerita sebabak.


pic : credit to mr Google.

p/s : sori kalau korang rasa mende ni porno sikit. Tolong jangan boikot Nadia. Ni untuk senaman mata dan mulut aje, tak niat lebih dari tu. HAHA.

c ya!

Aug 4, 2011

Alhamdulillah, nenek tak seteruk yang di sangka.

Hai!



Alhamdulillah sebab maseh sempat jumpa nenek aku. Tengah malam semalam kitorang sampai, tapi disebabkan dah terlalu lewat, budak-budak pon dah penat, so malam tadi mak aku syorkan tido kat rumah akak aku dulu. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umor nenek. Petang tadi baru berkesempatan jumpa nenek dekat hospital.

Syukur sebab dia tak seteruk yang aku bayangkan. Nenek maseh boleh bercakap segala bagai. Cuma kitorang tak berapa nak faham butir bicara nenek. Nenek diserang stroke. Tapi alhamdulillah Allah tak bagi dugaan yang terlalu berat untuk nenek, cuma bahagian kiri aje nenek tak boleh bergerak. Kata mak sedara aku, nenek tak teruk. Memang sebelah badan dia tak boleh bergerak, tapi nenek maseh boleh rasa bila nyamuk gigit, atau bila kena cubit.

Akhirnya, mak aku mampu tersenyum. Walaupun agak terasa sebab tak dimaklumkan lebih awal dengan keadaan nenek, tapi mak aku faham. Mungkin sebab kami dok jauh, so diorang taknak susahkan kami balik sebab nenek masih belum nazak.

TAPI, tapi yang sedihnya nenek dah tak kenal aku. Parents aku dia kenal aje. Mungkin sebab proses tumbesaran yang berlaku menyebabkan nenek tak cam aku. Yela, dah lama tak balik kampung kan. Bila plan nak balik, ada-ada aje kekangan yang datang.

Tapi yang lagi sedih, bukan setakat nenek tak cam aku, mak sedara aku yang lain pon dah tak berapa ingat aku ni sape. Haih, kena balik kampung selalu-selalu la kalau macam ni. :P

p/s : sekarang aku on9 di rumah nenek, pakai berukband. so, i have to postpone all the blogwalking activities sebab line laju sangat macam kura-kura jalan catwalk. grrrr! i'll view ur site soon!

c ya!

Jom tengok kot-kot korang salah seorang blogger yang wat salah macam ini.

Aug 3, 2011

kesalahan yang selalu bloggers buat.

Hello. Assalamualaikum.

Berani mati giler aku nak komplen-komplen pasal blogger lain kan? Haha. Btw, kepada yang terasa, ni bukan compliment, cuma teguran yang dah banyak kali bloggers otai bagitaw, but then still ade jugak yang buat kan..

Satu



Korang mesti tak faham maksud pic ni kan? Ok, lets go on it through..

Tadi aku baru aje niat berkobar-kobar untuk blogwalking dan follow blog-blog sahabat blogger yang dah susah payah follow aku. Back then, sesetengah aje yang boleh aku trace jejak diorang. Kenapa? Sebab diorang tak letakkan link blog diorang dekat diorang punyer profile.

Sekarang ni sape yang rugi? Korang jugak kan.

Jom sama-sama atasi masalah ni.

Go to Dashboard > Edit Profile

Korang akan jumpe mende neh :



Korang kena pastikan korang TICK dekat pekat macam kat atas ni. Penting!


p/s : sila klik untuk pembesaran :) Aku jadi camni sebab aku ade more than one blog.

__________________________________________________

Dua


Bila mood nak komenkomen entri teman blogger sedang meluap-luap, then korang nampak mende alah macam kat atas ni. Aku nak tanya, ape perasaan korang? Korang pernah rasa macam aku rasa tak. Eiiii menyampahnya aku! Malas betul nak taip. Huh, tak jadi la nak komen.

pernah tak macam tu? 

So, kalau ade blogger-bloger yang maseh belum taw pasai ni, meh aku nak habaq cane nak buang mende ni.

Go to Dashboard > Setting > Comments

Then cari mende neh :


Dah tengok? Dah faham kan? Sila tick laju-laju dekat NO. okay :)

__________________________________________________

Entry ni adalah autopublish. Aku takda masa nak on9. Sedang melawat nenek yang saket. Doakan aku sempat jumpa nenek. :(

I'll drop by ur site soon. c ya!

Jul 30, 2011

Blog akan di delete?

Hello. Assalamualaikum.

Dulu, pernah la bloggers dok bising-bising pasal ni. Almost semua bloggers yang famous amos ni post pasal ni. Tapi masa tu, aku jadi silent reader aje sebab aku tak taw sangat pasal ni. Tapi tadi aku ada terbaca satu entry dari blog sape tah, dah lupa lak. Hehe. Ramai gak yang risau akaun blogger diorang akan di remove tanpa notis atau warning dari pihak Google.

I guess, dah ramai yang taw pasal ni. Mungkin ada sesetengah aje yang tak taw. Aku pon taw gitu-gitu aje. Tak pernah kena pon. Tapi ade je kawan aku yang kena. Sampai sekarang blog dia maseh belum boleh diaktifkan semula.


Hish, memang menakutkan! Ce korang bayangkan, penat lelah kita update blog tiap-tiap hari, kasi cantik-cantik, tuptup blog kena remove! Pekejadahyer kan..

FYI, aku pernah terbaca pasal ni. Salah satu sebab kenapa blog kena remove ialah sebab kita letakkan link dekat comment box orang lain. Dan ade jugak ura-ura yang kata, blog yang diletakkan link tu pon ade potensi untuk di remove jugak. Haih. Habis tu, yang dok join contest, GA, segmen segala bagai tu macam mana? Aku risau jugak sebab aku pon ade join mende tu. Tapi Alhamdulillah sampai sekarang blog aku maseh lagi wujud.

Pihak Google remove blog diorang-diorang yang letakkan link ni sebab menganggap diorang telah SPAM. So, for the sake of ur blog, i think it is better sekarang ni stop dulu join sebarang aktiviti kontest mengontest ni. Haha. Aku sendiri pon berlambak GA nak join. Tetapi terpaksa batalkan hasrat, risau jugak kot-kot bila nak try buka page aku, kuar mende alah 'mishnadia.blogspot.com has been removed'. Mahu nyer gila meroyan aku sebulan. Haha.


p/s : ade orang kata blog yang diremove ni boleh diaktifkan kembali. tapi ada la steps yang pihak Google suruh dia wat.

Happy blogwalking. C ya!

No credits at 3 a.m? Jom topup kat sini. Doakan saya dapat Blackberry Playbook ni yer. ^_^

Jul 29, 2011

dah pandai wat header sendiri!

Hello. Assalamualaikum.

Semalam memang gegak giler kan pasal bola, pasal sandiwara si LION segala bagai tu. Hari ni aku dah taknak cakap pasal tu, KECEWA maseh lagi terasa. Siapa yang tak frust kan bila team lawan maen macam haram sedangkan team kita dah put on effort giler-giler untuk dapatkan paling kurang pon agregat 5-5 dengan si Lion tu semalam.

Ok, bola issue's dropped. Aku kembali menceriakan hari dengan wat header baru! Tengok la kat atas tu. Takde la se-lawa yang korang punyer, memang tak leh dinafikan, tapi kira okay la kan? Baru first time buat ni. Aku ni otak tak berapa kreatif sangat pon. Hehe.

Lama punyer.
Ni yang baru. 

Credit untuk entah sape yang dah komen header lama aku tak lawa. Anonymous. Huhu, agaknya dia takut nak kutuk depan-depan kot, so dia wat anon jek. Tape-tape, aku tak marah pon. Tu adalah kritikan membina! ^_^

Sebarang kritikan dan pujian untuk the latest header ni aku terima. BTW, comel tak doodle tu. Kihkihkih~

Jul 26, 2011

takde maknanye kalau ber-blogwalking dengan tinggal jejak kat shoutbox je.

Hello. Assalamualaikum.

Firstly, dah jarang sangat aku blog jogging kat blog korang and contengconteng kat comment box korang kan? 
Aku memang suka komen entri orang sebab aku taw bukan senang orang nak dapat idea untuk post satu-satu entri tu kan? That's why aku akan cuba jugak komen entri blogger lain kalau aku ade masa.

Tapi belakangan ni aku agak sibuk. Tambah-tambah pulak semenjak dua menjak ni aku tak boleh nak bertapa lama-lama depan lappy, nanti mula la rasa pening + mual. Entah wabak ape pulak yang menyerang. 


Back to the topic, aku tak kata kat semua, MUNGKIN ade jugak SESETENGAH blogger yang jenis drop by kat blog orang lain, tapi just tinggal jejak kat shoutbox je. Then, terus blah. Aku taw memang ade orang yang buat macam ni, sebab bila aku takde masa sangat-sangat nak berlama-lama kat blog korang kan. Tu pon sebab TERPAKSA okay. Bukan sebab malas ke ape.

Nak baca entri orang then nak komen lagi bukan senang kan? Nak-nak pulak bila tenet laju macam kura-kura praktis jalan ala-ala catwalk gitu. Tapi apa salahnye spend sikit masa untuk baca kan. 

Mungkin ade jugak sesetengah blogger ni yang jenis silent reader. Malas nak drop comments. Kalau aku la, aku memang konfirm 100% akan jejak balik orang yang tinggalkan komen dekat entri aku sebab dari situ aku boleh trace yang diorang ni baca entri aku. Kalau yang ber-Hai hai dekat shoutbox tu aku tak heran sangat. Mungkin diorang baca entri kita, mungkin tak. Tul tak?

WARNING !
Entri aku ni bukan nak raih simpati sebab takde pengomen tegar ke ape. Aku taw aku ni blogger newbie je. Follower pon baru berapa aje. Tapi aku nak berterima kasih sangat kat korang yang sudi komenkomen entri aku. THANK YOU ! Nah hadiah ,, Muahhhhh! :P

c ya!