Thank you for dropping by. Love you!

Aug 11, 2011

bila senang lupakan kawan!

Hello. Assalamualaikum.


Nak duit 10,000 tak?


As for me, friends are the people that are willing to lend their shoulders when we need them to cry on, friends are the people that share the happiness and the mournfulness. They are not just friends, they are like a family to us. These are what friends for, for me.

Ter-speaking pulak. Ehem. Ehem.

Aku sayang kawan-kawan aku. Diorang la tempat aku mengadu kalau aku kena marah dengan mak aku. Diorang la yang selalu tolong aku bila aku jauh ngan family aku.

Korang? Mesti korang pon sama gak kan. Tak ada nya orang yang benci kawan dia, melainkan dia simpan perasaan hasad dengki dekat kawan dia tu.

Aku paling pantang bila ada kawan yang lupakan kawan bila dia dah senang. Amboi. Masa susah pandai pulak terkedek-kedek cari kawan, tapi bila dah senang terus lupakan yer. Sungguh sopan santun kan dia. Grrrr.

Alhamdulillah, setakat ni aku tak jumpa lagi orang yang buat perangai tak senonoh macam tu dengan aku. Kawan aku tiada gantinya. Yang lama tetap di hati, meski pun yang baru dalah silih berganti. Bermadah pulak. Ehem.

Nape senang sangat korang nak lupakan kawan ek. Tak sedar ke korang yang  kawan tu dah bermacam pengorbanan diorang buat kat korang. Nak berkawan dengan orang lain tu tak salah, tapi jangan la sampai tinggalkan kawan yang dah lalui susah dengan korang tu.


Berbalik pada orang yang mudah lupakan kawan ni, andainya korang salah seorang dari diorang, cepat-cepat la mintak maaf dengan kawan korang tu. Aku sedar aku bukan kawan terbaek yang pernah kawan-kawan aku dapat. Tapi kalau diorang nak tahu, itulah aku. Aku mudah mengalah bila berkawan. Tapi tidak la bermakna kawan-kawan senang nak pijak kepala aku kan.

Nak cari seorang kawan yang baik, lagi susah dari mencari cinta. Kalau korang tak percaya, berkawan la seramai yang mungkin. Last sekali nanti, kawan yang kamu tinggalkan tu jugak yang akan kamu cari nanti.

c ya!

Tolong doakan saya cepat kurus yer!

21 comments:

KiUk said...

betol..betol..betol..
setuju!

sergeant keroro said...

kacang lupa member, camtu la. rasa megah, lupa segala.

Hana Foswana said...

yup betol tu~ biasanya sesorang tu akn lupakan kwn bila dia dpt new fren! pastu bila rasa new fren x serasi ngn dia, baru lah terhegeh-hegeh cari balik kwn lama~ huhhh,menci menci! err~ sory emo plak..hihi^^

Amni said...

kannnnn... ada sorang kawn ni... time nak hujung bulan, mesti dia muncul.. nak pinjam duit.. selagi tak hujung bulan, selagi tu dia takkan muncul.. orang call pun boleh bolayan.. jahat giler.. huhu

sLpmEpLz™ said...

jom la kawan dgn kita, kita xnyanyuk lg..

amiinnnn <--utk ayat last skali uh

DEZAMAN COTTAGE said...

itu dah lumrah dunia....

nadia fatihah said...

@KiUk : hihi :)

nadia fatihah said...

@ sergeant keroro : a'ah betul tue :P

nadia fatihah said...

@hana foswana : hihi, ramai gak org camtu ek? nk berkawan pon memilih2,,macam dia tu bagusss sangat! :P

nadia fatihah said...

@amni :eiii jahat nyerr, len kali bolayan jugak la die, baru padan muka! kehkeh

nadia fatihah said...

@sLmpEpLz : hekhek~ :) tima kaseh..

nadia fatihah said...

@dezaman cottage : yelahh kann..

whatever gurlz.. said...

nice entry.. :) btw... sesape yg x menghargai kwn die..insya-ALlah.. die akan menyesal.. tol x?hehehe.. ;)

azeelia azman said...

aku?? aku? aku??

syg aku takk??

haha :D

nadia fatihah said...

@whatever gurlz : ha'ah, betul tu! tanpa kawan siapa la kita kan...

nadia fatihah said...

@lia : hahahahha, syg la jgk. seposen. muahahahhahaha :p

shah URL said...

harap x lupa kan kwn wlpn diam seribu bahasa. tp dlm pale hotak sentiasa bersyame syame :D

nadia fatihah said...

@shah URL : yup! diam tak bermakna lupa kan..cuma bagi masa kt kawan utk rindu kita aje. muahaha :P

mr.oren said...

nasib baik la blog mu ni BM..kalau x malas aku nak bawak KAMUS.hahahaha

nadia fatihah said...

@mr. oren : ecehhh, nk perli nampak? hahahaha :P

Tho Ha said...

Saya Ingin Menceritakan Pengalaman Saya. Kami Agak Rapat. Apabila Saya Menjadi AJK Persatuan, Saya Terlibat Utk Mengadakan Aktiviti Persatuan. Oleh Seba Dia Rapat, Sy Bersembang Tentang "Perkampungan Aidil Fitri" Dgn Beliau. Dia Menjauhkan Diri Drpd Saya, Mungkin Dia Khuatir Saya Akan Meminta Pertolongan Drpdnya. Saya Tidak Kisah.

Masa Berlalu. Dijadikan Cerita Sy Adalah Batch Terakhir Yang Menjalani Latihan Praktikal, Jadi Dia Yg Tak Sebatch Dgn Sy Sudah Jadi Sekelas. Saya Gugurkan Project Paper Sedangkan Dia Mengambilnya. Dia Yg Tidak Tahu Buat Project Paper Kembali Rapat Dgn Saya & Meminta Pertolongan Saya. Literiture Review, Findings Of Analysis Semuanya Saya Buat Termasuk Menaip - Dia Setakat Present Je Depan Lecturer Sampaikan Denda Lewat Buku Perpustakaan Pun Saya Yg Tampung Bayarkan.

Sebelum Siap Project Paper Tiap2 Hari Belanja Roti Canai. Akhirnya Project Paper Tersebut Dapat A & Menjadi Contoh Di Perpustakaan. Dia Pun Belanja Sy Makan. Dia Memesan Nasi Goreng Yg Paling Murah Sedangkan Saya Pesan Nasi Goreng Belacan. Sampai Sahaja DIa Bertanya, "Mana Nasi Goreng Belacan?" Lalu Makan Sdgkan Sy Mkn Nasi Goreng Yg Dipesannya. Bila Nak Habis Dia Pergi Ke Pondok Telefon & Telefon Seseorang Dlm Tempoh Yg Lama. Sy Segan, Minuman Dh Habis Sedangkan Sy Masih Tertonggok Di Situ Lalu Saya Bayar.

Bayangkan, Saya Yg Buat Assignment, Sy Makan Nasi Goreng Paling Murah Dan Sy Bayarkan Sekali Nasi Goreng Belacan Yang Dia Makan Tu. Saya Sudah Beritahu Saya Drop Project Paper, Semester Depannya Sy Ambil Paper Ganti Dan Dapat C. Sdgkan Dia Sudah Graduate. Saya Ibarat Hampas Kelapa, Sudah Habis Santan Dimasukkan Dlm Pulut Panggang.

Sy Sanggup Cuti Semester Tidak Balik Kampung Menyiapkan Project Paper Dia. Sbgai Balasan, Dia Memfitnah Sy Tonton VCD XXX. ALHAMDULILLAH.