Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label lupa diri. Show all posts
Showing posts with label lupa diri. Show all posts

Oct 14, 2011

lelaki setia, wujudkah?

 Hello.!

                     BERDUA BERSATU-FORTEEN

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


Ape pon ta boley kan lagu ni? Rasa macam impossible giler orang yang macam ni wujud..
Bagi aku, Ok what i share is only my thought, maybe betul maybe salah kan. So jangan la pulak nak hentam aku tetiba. Haha. For me, nak cari lelaki yang betul-betul setia memang susah. Bukan takde, tapi orang kata satu dalam seribu. Sapa yang dapat memang bertuah kan..

Abang aku. Boleh dikategorikan sebagai setia. Untung bakal bini dia. *tetiba promote abang pulak. >.<

Kalau perempuan, dah ramai yang ak jumpa memang setia tahap boleh buat bini. Biasala, perempuan ade 9 perasaan kan.. Laki dia watpa pon dia terima aje selagi dia boley tahan kan..aku memang salute la orang macam ni.

Kalau aku memang dah lama blah dah. Dats y sampai sekarang single. Kehkehkeh. Ape dia ingat muka handsome, market tinggi then boleh wat main-main perasaan pompuan ka? ceitt.



Aug 23, 2011

Video : Iklan solat yang memang haraaam nak tengok di Malaysia.

Hai.

Sempena bulan pose ni la kan, aku (merangkap ustazah tak diiktiraf) nak share satu video ngan korang. Video yang berunsur pengajaran sikit. Udah-udah la dua hari ni aku dok post entri merapu. Hahahaha.
Jom baca sini dan sini.

Tak sure la sama ada korang dah tengok video ni atau tak. Dah lama dah mende ni aku draft-kan, cuma baru terasa nak publish. See, bende baik selalu je kita nak lengahkan kan? *syaitan hasut ler tu. kehkeh.


Sila tekan button play yer. Kalau tak, anda akan mengigau malam ni. kihkihkih.

Dah tengok? Korang rasa ada tak dalam kalangan kita ni yang macam wanita dalam video tu? Aku rasa dua tiga kerat jer yang macam tu.

Aku admit aku sendiri pon kalau dah menapak dalam shopping kompleks, bukannya ingat mende lain dah. Kadang-kadang tu, mak aku kol 3 4 kali pon aku still tak notice lagi dapat panggilan dari dia. Maklumla, tengah syok shopping kan. Hehehe.

Ni kan pulak nak solat sejurus masuk waktu. Harammm. Plus pulak, mane ade shopping kompleks kat Malaysia ni yang pasang recording orang azan bila dah masuk waktu or wat announcement ke ape. Lagi dok melalak dengan music ade lah. 

Plus lagi bila dah dekat raya ni. Memang riuh dengan lagu raya lah, start dari bukak mall, sampai nak tutup balik. Macam tu la mall mane-mane pon. Ye dak??

Bila dah macam tu, kita pon solat pada akhir-akhir waktu. Siap aje bagi salam solat zohor, azan solat asar berkumandang.

Dahsyat kan kita? Melompat-lompat gembira syaitan tengok kita macam tu. Kita? Makin lalai dan lalai dan lalai. Jom la sama-sama berubah di bulan mulia ni. =]


sekadar renungan buat diri sendiri dan teman semua.
c ya!

Aug 11, 2011

bila senang lupakan kawan!

Hello. Assalamualaikum.


Nak duit 10,000 tak?


As for me, friends are the people that are willing to lend their shoulders when we need them to cry on, friends are the people that share the happiness and the mournfulness. They are not just friends, they are like a family to us. These are what friends for, for me.

Ter-speaking pulak. Ehem. Ehem.

Aku sayang kawan-kawan aku. Diorang la tempat aku mengadu kalau aku kena marah dengan mak aku. Diorang la yang selalu tolong aku bila aku jauh ngan family aku.

Korang? Mesti korang pon sama gak kan. Tak ada nya orang yang benci kawan dia, melainkan dia simpan perasaan hasad dengki dekat kawan dia tu.

Aku paling pantang bila ada kawan yang lupakan kawan bila dia dah senang. Amboi. Masa susah pandai pulak terkedek-kedek cari kawan, tapi bila dah senang terus lupakan yer. Sungguh sopan santun kan dia. Grrrr.

Alhamdulillah, setakat ni aku tak jumpa lagi orang yang buat perangai tak senonoh macam tu dengan aku. Kawan aku tiada gantinya. Yang lama tetap di hati, meski pun yang baru dalah silih berganti. Bermadah pulak. Ehem.

Nape senang sangat korang nak lupakan kawan ek. Tak sedar ke korang yang  kawan tu dah bermacam pengorbanan diorang buat kat korang. Nak berkawan dengan orang lain tu tak salah, tapi jangan la sampai tinggalkan kawan yang dah lalui susah dengan korang tu.


Berbalik pada orang yang mudah lupakan kawan ni, andainya korang salah seorang dari diorang, cepat-cepat la mintak maaf dengan kawan korang tu. Aku sedar aku bukan kawan terbaek yang pernah kawan-kawan aku dapat. Tapi kalau diorang nak tahu, itulah aku. Aku mudah mengalah bila berkawan. Tapi tidak la bermakna kawan-kawan senang nak pijak kepala aku kan.

Nak cari seorang kawan yang baik, lagi susah dari mencari cinta. Kalau korang tak percaya, berkawan la seramai yang mungkin. Last sekali nanti, kawan yang kamu tinggalkan tu jugak yang akan kamu cari nanti.

c ya!

Tolong doakan saya cepat kurus yer!