Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Aug 25, 2011

"Nak baca Quran wat pe, bace pon bukannya aku faham! "

Assalamualaikum.

[semoga kamu ikhlas membaca entri ni ] ^_^


Astaghfirullahalazim. Pernah dengar orang cakap begitu tak?

Aku ada satu kisah untuk share dengan korang. Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

.Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya,

‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,

‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata.

‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’

dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.

Orang tua itu berkata,

‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’

dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan.

Katanya, 'tengok Atuk, tak guna!'
‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata, 'tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Semoga korang mendapat sesuatu dari kisah ini.

c ya!

Aug 23, 2011

Video : Iklan solat yang memang haraaam nak tengok di Malaysia.

Hai.

Sempena bulan pose ni la kan, aku (merangkap ustazah tak diiktiraf) nak share satu video ngan korang. Video yang berunsur pengajaran sikit. Udah-udah la dua hari ni aku dok post entri merapu. Hahahaha.
Jom baca sini dan sini.

Tak sure la sama ada korang dah tengok video ni atau tak. Dah lama dah mende ni aku draft-kan, cuma baru terasa nak publish. See, bende baik selalu je kita nak lengahkan kan? *syaitan hasut ler tu. kehkeh.


Sila tekan button play yer. Kalau tak, anda akan mengigau malam ni. kihkihkih.

Dah tengok? Korang rasa ada tak dalam kalangan kita ni yang macam wanita dalam video tu? Aku rasa dua tiga kerat jer yang macam tu.

Aku admit aku sendiri pon kalau dah menapak dalam shopping kompleks, bukannya ingat mende lain dah. Kadang-kadang tu, mak aku kol 3 4 kali pon aku still tak notice lagi dapat panggilan dari dia. Maklumla, tengah syok shopping kan. Hehehe.

Ni kan pulak nak solat sejurus masuk waktu. Harammm. Plus pulak, mane ade shopping kompleks kat Malaysia ni yang pasang recording orang azan bila dah masuk waktu or wat announcement ke ape. Lagi dok melalak dengan music ade lah. 

Plus lagi bila dah dekat raya ni. Memang riuh dengan lagu raya lah, start dari bukak mall, sampai nak tutup balik. Macam tu la mall mane-mane pon. Ye dak??

Bila dah macam tu, kita pon solat pada akhir-akhir waktu. Siap aje bagi salam solat zohor, azan solat asar berkumandang.

Dahsyat kan kita? Melompat-lompat gembira syaitan tengok kita macam tu. Kita? Makin lalai dan lalai dan lalai. Jom la sama-sama berubah di bulan mulia ni. =]


sekadar renungan buat diri sendiri dan teman semua.
c ya!

Aug 17, 2011

bila cikgu tak bertauliah menjalankan tugas..

Hai !

pic : ehsan gugle.

Today is a very hectic day for me. Ter-speaking pulak. Maklumla dah lama tak practise MUET macam kat kolej dulu. Ehem.

Penat yang tak terhingga. As for now, aku tiap-tiap hari, dari pagi sampai petang kena p tolong mak aku wat bisnes kueh raya. And u know what, 2 minggu lagi lebih kurang nak raya kan? Beribu-ribu lagi tempahan biskut tak siap. Kaler mata aku pon dah jadi wane kuning semacam, sebab lama sangat tengok tepung adunan. Ngahaha!

Hari ni aku terpaksa siapkan order yang orang nak datang amik hujung minggu ni. Ape lagi, marathon aku sorang-sorang dalam rumah. Ade sepupu pon cesdale jugak. Selamba dia tinggal aku sensorang buat kueh raya. Kalau ada dia cepat la sikit kerja aku. Bole la aku suruh dia wat. kahkahkah.

Drop the subject.

Tengah-tengah syok layan perasaan sensorang, mak sedara aku mintak tolong mark paper student dia. Student standard one, ape la sangat kan paper dia. So, aku terima aje la. Bukan susah pon. *berlagak



Ok, nak buat confession sikit. Malam ni aku skip terawih. kehkehkeh.

Before g terawih, ade 4 bungkusan mak sedara aku tinggalkan dekat aku. Paper yang aku kena mark lah tu. Hamekkau. Ingatkan sikit. Tapi takpe, standard one je pon. *still berlagak lagi

Setelah sejam berlalu, korang taw ape yang jadi?


Guess what? Aku tertido dekat meja. Penat dok terlentok kat meja, aku p berlunjur dekat sofa sebelah meja tu pulak. Ni lah yang jadi bila cikgu tak bertauliah duduk marking paper! kehkehkeh. 

Penat dowh nak mark paper. Plus pulak bila budak-budak bagi jawapan yang memang takde dalam skema. Jawapan tak salah, tapi tak 100% betul la. Camane nak tanda? Pening..pening. Lalat pon tak sepening ni. Ngahaha!

Moral

Jangan ingat jadi cikgu ni senang. Nak layan karenah budak-budak ni pon satu. Yang kecik dengan cara budak kecik dia lah, tak dengar kata. Yang besar dengan cara tak sememeh dia lah, ponteng kelas segala bagai.

And, bukan mudah nak ajar student something sampai dia faham. Andainya student dia tak faham mende yang dia ajar, masa exam nanti dia jugak susah. Pening nak mark paper budak yang jawab entah pape tu pulak kan? kehkehkeh.

Konklusinya, jangan amik risiko untuk jadi seorang cikgu. ngeh3!

p/s : to our teacher-to-be Amira, maap yer. kihkihkih!

c ya!

Aug 11, 2011

bila senang lupakan kawan!

Hello. Assalamualaikum.


Nak duit 10,000 tak?


As for me, friends are the people that are willing to lend their shoulders when we need them to cry on, friends are the people that share the happiness and the mournfulness. They are not just friends, they are like a family to us. These are what friends for, for me.

Ter-speaking pulak. Ehem. Ehem.

Aku sayang kawan-kawan aku. Diorang la tempat aku mengadu kalau aku kena marah dengan mak aku. Diorang la yang selalu tolong aku bila aku jauh ngan family aku.

Korang? Mesti korang pon sama gak kan. Tak ada nya orang yang benci kawan dia, melainkan dia simpan perasaan hasad dengki dekat kawan dia tu.

Aku paling pantang bila ada kawan yang lupakan kawan bila dia dah senang. Amboi. Masa susah pandai pulak terkedek-kedek cari kawan, tapi bila dah senang terus lupakan yer. Sungguh sopan santun kan dia. Grrrr.

Alhamdulillah, setakat ni aku tak jumpa lagi orang yang buat perangai tak senonoh macam tu dengan aku. Kawan aku tiada gantinya. Yang lama tetap di hati, meski pun yang baru dalah silih berganti. Bermadah pulak. Ehem.

Nape senang sangat korang nak lupakan kawan ek. Tak sedar ke korang yang  kawan tu dah bermacam pengorbanan diorang buat kat korang. Nak berkawan dengan orang lain tu tak salah, tapi jangan la sampai tinggalkan kawan yang dah lalui susah dengan korang tu.


Berbalik pada orang yang mudah lupakan kawan ni, andainya korang salah seorang dari diorang, cepat-cepat la mintak maaf dengan kawan korang tu. Aku sedar aku bukan kawan terbaek yang pernah kawan-kawan aku dapat. Tapi kalau diorang nak tahu, itulah aku. Aku mudah mengalah bila berkawan. Tapi tidak la bermakna kawan-kawan senang nak pijak kepala aku kan.

Nak cari seorang kawan yang baik, lagi susah dari mencari cinta. Kalau korang tak percaya, berkawan la seramai yang mungkin. Last sekali nanti, kawan yang kamu tinggalkan tu jugak yang akan kamu cari nanti.

c ya!

Tolong doakan saya cepat kurus yer!

Aug 8, 2011

jangan mudah terpedaya!

Hello. Assalamualaikum.


Berita hari ini ;

         Seorang mangsa terus menerus di pujuk untuk mendekati gereja walaupon selepas dia buat keputusan untuk berhenti terima bantuan dari gejera tersebut.




Mangsa pada mulanya tak nak terima bantuan dari pihak gereja tersebut, tapi bila fikirkan balik tentang nasib anak-anak dia, dia terpaksa terima bantuan tersebut setelah gagal dapat bantuan berterusan dari BAITULMAL.

Macam-macam bantuan yang pihak gereja ni berikan. Barangan keperluan harian segala bagai. Diorang jugak ada call banyak kali semata-mata untuk bertanyakan khabar. Anak-anak mangsa juga pernah ditawarkan untuk tinggal di asrama di gereja tu dan sanggup tanggung perbelanjaan sekolah kanak-kanak tersebut.

Pelik kan, orang kita sendiri pon boleh kira dengan jari, berapa orang aje yang tersangat perihatin macam tu dengan kaum sendiri. Dah terang lagikan bersuluh, bantuan tu adalah perangkap nak memesongkan akidah orang Islam.

Biasanya orang-orang yang tengah sengkek duit, pelajar IPT especially, mudah terjerat dengan bantuan dari gereja ni. Diorang memang dah dapat baca, budak-budak remaja ni memang takkan tolak kalau kena sogok dengan duit. Bahaya betul..


Korang nampak tak betapa bersungguh-sungguh nya Kristian nak mempedaya kita, nak suruh kita orang Islam ni masuk agama dia. Orang Islam, ada ke sampai macam tu? Kalau yang berdakwah pon, ade ke sampai nak tolong macam tu sekali. Aku tengok, lagi ramai yang terpesong ada la.

Ni la orang dok kata, dunia akhir zaman. 

Itu la mak aku selalu dok pesan, pergi belajar jauh-jauh, solat jangan tinggal. Sekalipon nak bersosial, biar berpada-pada. Ingat asal-usul. Ingat pada yang SATU. Insnyaallah kita selamat dunia ahkirat.

sekian tazkirah ramadhan.

c ya!

Aug 3, 2011

kesalahan yang selalu bloggers buat.

Hello. Assalamualaikum.

Berani mati giler aku nak komplen-komplen pasal blogger lain kan? Haha. Btw, kepada yang terasa, ni bukan compliment, cuma teguran yang dah banyak kali bloggers otai bagitaw, but then still ade jugak yang buat kan..

Satu



Korang mesti tak faham maksud pic ni kan? Ok, lets go on it through..

Tadi aku baru aje niat berkobar-kobar untuk blogwalking dan follow blog-blog sahabat blogger yang dah susah payah follow aku. Back then, sesetengah aje yang boleh aku trace jejak diorang. Kenapa? Sebab diorang tak letakkan link blog diorang dekat diorang punyer profile.

Sekarang ni sape yang rugi? Korang jugak kan.

Jom sama-sama atasi masalah ni.

Go to Dashboard > Edit Profile

Korang akan jumpe mende neh :



Korang kena pastikan korang TICK dekat pekat macam kat atas ni. Penting!


p/s : sila klik untuk pembesaran :) Aku jadi camni sebab aku ade more than one blog.

__________________________________________________

Dua


Bila mood nak komenkomen entri teman blogger sedang meluap-luap, then korang nampak mende alah macam kat atas ni. Aku nak tanya, ape perasaan korang? Korang pernah rasa macam aku rasa tak. Eiiii menyampahnya aku! Malas betul nak taip. Huh, tak jadi la nak komen.

pernah tak macam tu? 

So, kalau ade blogger-bloger yang maseh belum taw pasai ni, meh aku nak habaq cane nak buang mende ni.

Go to Dashboard > Setting > Comments

Then cari mende neh :


Dah tengok? Dah faham kan? Sila tick laju-laju dekat NO. okay :)

__________________________________________________

Entry ni adalah autopublish. Aku takda masa nak on9. Sedang melawat nenek yang saket. Doakan aku sempat jumpa nenek. :(

I'll drop by ur site soon. c ya!

Aug 1, 2011

Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna.

Hello. Assalamualaikum.


Esok hari pertama umat Nabi Muhammad berpuasa kan? So, aku nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
semoga Ramadhan tahun ni membawa seribu manfaat lebih dari tahun yang sebelumnya.

Puasa tu puasa jugak kan. Memang la maksud puasa ialah menahan perut dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. TAPI korang kena ingat, puasa makan aje tak akan mencukupi. Puasa mulut dari mengumpat, puasa telinga dari mendengar umpatan, puasa mata dari melihat maksiat, puasa segala-galanya lahh. Tu adalah erti puasa yang sebenar.

Aku taknak bagi tazkirah panjang-panjang pasal ni sebab aku taw aku bukannya bagus sangat dalam bab macam ni. Kadang-kadang kita nak meluahkan rasa hati, nak share problem, tanpa sedar kita ter-umpat orang tu pulak kan. So, konklusinya, manusia memang takkan lari dari masalah. Yang penting, kita harus sentiasa cuba untuk saling menasihati dan memperingati antara umat Muhammad S.A.W ni kan..

Puasa seboleh-bolehnya jangan la tinggal melainkan sakit yang tenat dan sebab musabab tertentu yang tak membenarkan kita puasa. Hehehe. Kalau pompuan tak puasa, boleh gak consider dia lampu merah kan, tapi kalau laki macam mana? Takkan lampu merah jugak kot. Haha.

Yela, sunat untuk kita awal-awalkan berbuka dan lewat-lewatkan sahur. Tapi jangan nak buat-buat salah tafsir lak. Ni dok p sahur kul 9, then berbukak kul 1 watpa? Nak ikut sunah la katakan. Hotak hang. Haha.

Harapan aku untuk puasa tahun ni :
moga-moga sikit jer kena ganti pose. :p

c ya!