Thank you for dropping by. Love you!
Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts
May 22, 2013
Give me a rainbow after the rain please
Assalamualaikum.
Dah lama xblogging. Seriously, last entry tahun bila lagi entah. Haha. Dah tade rupa macam blogger pon. But today tetiba rasa macam nk hapdate blog *mengigau mungkin*
Now i'm already 21. Actually not 21 yet but im approaching 21 this upcoming october. Dah kenapa yer tetiba hapdate blog ni? Mungkin sebab aku dah tade tempat nk luah perasaan kot. Twitter, Facebook semua dah tade privacy. Sekampus, sekampung semua dah add, dah follow aku ha. T.T
Banyak benda nak luahkan tp cukup la separuh je luah kat sini, separuh lagi biarlah antara aku dan Dia. Tapi kadang-kadang soal hati dah perasaan ni kalau pendam, lama-lama boleh jadi sewel. Frankly speaking, aku ni bukanlah seorang yang kuat, tambah-tambah pulak anak bungggsu (takde kaitan) , so sensitif la sikit. Mata aku ni tak pernah kering, asyik keluaq ayaqq ja. Achaner nk buat entah. Hmm.
Dugaan kan dalam berkawan. Banyak hati kena jaga sampai kadang-kadang hati sendiri tak sempat nak cek sihat ke tak. Sedih kenang nasib sendiri. Tapi memang aku akui semua benda jadi sebab aku, semua salah aku. Aku yang mulakan. Aku yang salah. Put the blame on me. Aku terima. :( Dah berapa hati dah sedih sebab aku. Aku cuma nak semua orang happy, tapi aku xberdaya.. Kalaulah aku boleh lari sejauh mungkin dari semua ni, dah lama aku buat. Nak pergi jejauhhhhhhhhh sangat. Biarlah aku seorang diri. Tapi lari xdapat selesaikan masalah.
Sekarang cuma berserah..
Masalah cinta bersegi-segi ni memang merumitkan. It is tooooooooooo complicated. So ive made decision, lepaskan semua. Tak payah pilih sesape, senang! Aku ni dah la rupa mcm muka makcik yg jual etak salai tepi jalan tu (yg ni sgt femes kt kelantan), jerawat berketul-ketul, lepas tu takde la baik, caring, penyayang like other woman.
I am not worth waiting for. Im not :'(
Malas dah conteng kt sini. Ayaq mata dah bercucuran dh (kan dah kata ayaq mata aku murah, 50sen sekilo).
p/s : U ask me not to blame myself because everything that happens comes from Allah, but then u never act like u dont blame me. I need to see ur smile, sahabat. I really want. :(
c ya!
cliks more on
cerita hati,
dewasa,
friends,
sedih,
student universiti
Aug 4, 2011
Alhamdulillah, nenek tak seteruk yang di sangka.
Hai!
Alhamdulillah sebab maseh sempat jumpa nenek aku. Tengah malam semalam kitorang sampai, tapi disebabkan dah terlalu lewat, budak-budak pon dah penat, so malam tadi mak aku syorkan tido kat rumah akak aku dulu. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umor nenek. Petang tadi baru berkesempatan jumpa nenek dekat hospital.
Syukur sebab dia tak seteruk yang aku bayangkan. Nenek maseh boleh bercakap segala bagai. Cuma kitorang tak berapa nak faham butir bicara nenek. Nenek diserang stroke. Tapi alhamdulillah Allah tak bagi dugaan yang terlalu berat untuk nenek, cuma bahagian kiri aje nenek tak boleh bergerak. Kata mak sedara aku, nenek tak teruk. Memang sebelah badan dia tak boleh bergerak, tapi nenek maseh boleh rasa bila nyamuk gigit, atau bila kena cubit.
Akhirnya, mak aku mampu tersenyum. Walaupun agak terasa sebab tak dimaklumkan lebih awal dengan keadaan nenek, tapi mak aku faham. Mungkin sebab kami dok jauh, so diorang taknak susahkan kami balik sebab nenek masih belum nazak.
TAPI, tapi yang sedihnya nenek dah tak kenal aku. Parents aku dia kenal aje. Mungkin sebab proses tumbesaran yang berlaku menyebabkan nenek tak cam aku. Yela, dah lama tak balik kampung kan. Bila plan nak balik, ada-ada aje kekangan yang datang.
Tapi yang lagi sedih, bukan setakat nenek tak cam aku, mak sedara aku yang lain pon dah tak berapa ingat aku ni sape. Haih, kena balik kampung selalu-selalu la kalau macam ni. :P
p/s : sekarang aku on9 di rumah nenek, pakai berukband. so, i have to postpone all the blogwalking activities sebab line laju sangat macam kura-kura jalan catwalk. grrrr! i'll view ur site soon!
c ya!
Jom tengok kot-kot korang salah seorang blogger yang wat salah macam ini.
cliks more on
blogger,
cerita hati,
experience,
famili,
health,
nenek,
sakit,
sedih,
semangat
Aug 3, 2011
wordless wednesday #4
Hai !
Mood : sedih .
Nenek sakit. Doakan beliau cepat sembuh yer. =.='
Belum sempat melawat nenek. Nenek kat Selangor, aku kat Kelantan. Hm. Entah bagaimana la keadaan dia. Insya-Allah petang ni kami bertolak dengan Perodua akak.
pic : ehsan gugle.
c ya!
Salam ramadhan al-mubarak!
Subscribe to:
Posts (Atom)