Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label student universiti. Show all posts
Showing posts with label student universiti. Show all posts

May 26, 2013

Chemistry Night Annual Dinner ;)

Assalamualaikum. Afternoon ;)

Dok tengah-tengah study tetiba pulak teringat kat annual dinner aku punye pusat pengajian haritu. Disebabkan dinner tu la, aku xdapat buat pape selama dua hari. Assignment tak buat, revision pon tak. Dok kalut nak pakai tudung macam mana la, sape nk tolong touch up la, nk pergi dengan sape la. Well, girls are always like that. Haha.

Nasib baik ade org nk tolong touch up. Kalau tak, memang pucat lesi ler muka. Dah ler time tu tgh ade problem. Huks. Dua hari kot dok belek youtube semata-mata nak tengok tutorial tudung. Tapi ended pakai macam biasa je wakaka. Well, simple is nicer right? wihii.

#throwback
 
chemistry night 2012/2013
Make up by Ilah, roomate kak Ila. haha
My soul
orang kata kami kembaq. ye ke?


kat tangga pon boley

this is the family of CHEMISTRY <3
  c ya!

May 22, 2013

Give me a rainbow after the rain please

Assalamualaikum.

Dah lama xblogging. Seriously, last entry tahun bila lagi entah. Haha. Dah tade rupa macam blogger pon. But today tetiba rasa macam nk hapdate blog *mengigau mungkin*

Now i'm already 21. Actually not 21 yet but im approaching 21 this upcoming october. Dah kenapa yer tetiba hapdate blog ni? Mungkin sebab aku dah tade tempat nk luah perasaan kot. Twitter, Facebook semua dah tade privacy. Sekampus, sekampung semua dah add, dah follow aku ha. T.T

Banyak benda nak luahkan tp cukup la separuh je luah kat sini, separuh lagi biarlah antara aku dan Dia. Tapi kadang-kadang soal hati dah perasaan ni kalau pendam, lama-lama boleh jadi sewel. Frankly speaking, aku ni bukanlah seorang yang kuat, tambah-tambah pulak anak bungggsu (takde kaitan) , so sensitif la sikit. Mata aku ni tak pernah kering, asyik keluaq ayaqq ja. Achaner nk buat entah. Hmm.

Dugaan kan dalam berkawan. Banyak hati kena jaga sampai kadang-kadang hati sendiri tak sempat nak cek sihat ke tak. Sedih kenang nasib sendiri. Tapi memang aku akui semua benda jadi sebab aku, semua salah aku. Aku yang mulakan. Aku yang salah. Put the blame on me. Aku terima. :( Dah berapa hati dah sedih sebab aku. Aku cuma nak semua orang happy, tapi aku xberdaya.. Kalaulah aku boleh lari sejauh mungkin dari semua ni, dah lama aku buat. Nak pergi jejauhhhhhhhhh sangat. Biarlah aku seorang diri. Tapi lari xdapat selesaikan masalah.
Sekarang cuma berserah..

Masalah cinta bersegi-segi ni memang merumitkan. It is tooooooooooo complicated. So ive made decision, lepaskan semua. Tak payah pilih sesape, senang! Aku ni dah la rupa mcm muka makcik yg jual etak salai tepi jalan tu (yg ni sgt femes kt kelantan), jerawat berketul-ketul, lepas tu takde la baik, caring, penyayang like other woman.
I am not worth waiting for. Im not :'(

Malas dah conteng kt sini. Ayaq mata dah bercucuran dh (kan dah kata ayaq mata aku murah, 50sen sekilo).

p/s : U ask me not to blame myself because everything that happens comes from Allah, but then u never act like u dont blame me. I need to see ur smile, sahabat. I really want. :(

c ya!

Dec 12, 2011

less than 1month to go~

Assalamualaikum. Hai.

Sedar tak sedar dah lama aku tak coretcoret dekat sini. BusyBusyBusy. #tapi online facebook sempat aja haha

Sedar tak sedar jugak dah nak habes satu sem aku kat USM ni. Less than one month more before final exam. Bila dah dekat-dekat final ni la macam-macam masalah timbul. Tekanan makin meninggi. Test makin banyak, Test1 Test2 Test3 Test4 semua ada. Dah tu pulak aku makin malas nak study. Asyik nak goyangg kaki saja. Apadaaa~!


PrayForMePlease :)


Nampak sikit je kos yang ambik, tapi buku yang nak kena khatam kuasa dua subjek tu. Hadoi, soalan keluar seciput je pon. Tak patut betul =,='

cya!

Nov 9, 2011

terbaikk kau jah!!

Hai. Assalamualaikum.

Fuhh dah lama xblogging. Blog bukan stakat bersawang dah aku rasa, viewer pon dah tak ramai. Rindu pulak bila teringat zaman kegemilangan [gemilang la sangat] blog ni. Kemesraan dengan blogger lain tu sangat terasa. Tapi sekarang ni dah jarang aku blogwalking. Nak buat macam mana kan, busy melampau kot. Ni baru first sem, nanti bila dah ber-semsem nanti lagi la teruk nampaknya. Cis.

Hokeii, sapa yang tengok Malaysia-Thailand live petang tadi? Huh, mesti korang tak tengok kan? Sibuk dok makan lembu je semua. :P Owh lupa pulak, SELAMAT HARI RAYA KORBAN untuk semua yang menyambutnya. Tak sempat langsung nak hapdate. adehh T_T

Aku pon sebenarnya tak taw pon ada game petang tadi, naseb baik abang ipar tolong ingatkan. heee :D

Tahniah to Harimau Malaya for 2-1 score! Aku expect 2-0. Dushh~ Tak ape lah, maybe rezeki diorang kan. huhuhu. Sape entah yang score. Err, Baddrol Bakhtiar dan Izzaq Faris Ramlan. Terbaekk lah. :D

Tapi petang tadi, i admire Syahrul Azwandi Ibrahim so much. He's the youngest one among others lol. (pengsan)

Entah berapa kali kott tadi dia nak score, tapi asyik tak kena aje.
tape-tape, cuba next time yer dik :D

Ohh ya, cerita pasal assignment aku yang bertimbun-timbun ni pulak, alhamdulillah dah 2 out of 10 yang siap. Sangat membanggakan kan? yehaa! :P

c ya! :)

Oct 11, 2011

Dulu kata TAKNAK, sekarang tercari-cari pulak.

Hello. Assalamualaikum.

OKAY, pic yang tadak kena mengena. Cuma mengidam, lama tak santap mende alah ni =.=

Sama ada korang perasan or tak, mende yang korang dulu-dulu kata 'TAKNAK' 'NO' tu la yang korang dapat sekarang ni. Maybe it is not referring to everything, BUT majoritinya macam tu lah kan.


Frankly speaking semua bende yang aku dapat sekarang and pernah dapat dulu bukan la ape yang aku nak. Memang hardcore punyer taknak lah gua cakap lu.

Firstly, OK aku admit dulu aku sekolah agama. Sekolah alim la katakan (tapi aku tak alim-alim pon, dasar keras hati haha :P). Well, zaman kecik-kecik dulu, sapa yang nak pergi sekolah agama kan. Grad aje darjah 6 semua dok aim nak masuk SBP la kononnya. Plus pulak sekolah aku tu brapa kilometer aje dari umah. Tak mencabar langsung (poyo) HAHA. Tapi lastly selamat jugak aku kat sekolah tu, sampai form5 pulak tu. haihh.

Then, masa form 5, selalu la dok citer-citer ngan kawan, lepas spm nak pergi mana kan.. Semua dok kata taknak masuk matriks, blaja kat matriks ni susahh tak boleh nak follow up. Aku pon masuk geng sekali lah. Kitorang ni boleh jadi geng ANTI-matriks dah. Tapi ended, tercongok jugak aku kat Kolej Mara KULIM. Hamekkauu. ^^

Lepas abes matriks pulak hala tuju entah kemana lagi. Tapi matlamat utama nak masuk UKM. Tak main la USM ni, dok Penang ape kelas kan. Nah, sekarang aku dok bertapa dalam lecture hall USM.

Ape yang kita nak ,idamkan tu selalunya susaaahh sangat nak dapat. Kalau yang taknak tu datang bergolek-golek aje depan mata. Contohnya duet. Sapa yang taknak duet..tapi nak dapat seringgit tu bukan main la susahnya kan.

And now, honestly aku betul-betul rindu  kat sekolah aku, matriks aku. Miss all the things that happened there. Kalau la boleh kembali ke zaman tu,, WOW! Best giler bai.

Konklusinya (cewahh) kita tak boleh terlalu berharap untuk dapat sesuatu. BUT it is not possible for us to own it if work for it hardly. And we have to always bear in mind, for everything that happen, there will always be reasons for it to happen. Terima aje la semua sebagai takdir. Macam aku ni, asyik pakai konsep REDHA aje. kehkehkeh.

p/s : sekarang ni aku dah tak nak lagi demand lebih-lebih pasai myhusband-to-be sebab takut dapat yang opposite punyer. HAHA

gtg
c ya!

Sep 5, 2011

new life begin, masa untuk tutup buku lama :D

Hai.

Raya kata BYEBYE
Study kata HAIHAI

Bila dah nak pergi dari rumah ni, mood raya baru la nak datang. Ni yang buat aku sedih ni. Dua tiga hari ni aku rasa macam cepat giler pulak masa berlalu. Esok nak bertolak ke Penang, pagi-pagi lagi. Tapi aku packing pon belum siap. Beratnyerrr hati ni..

Kelantan kata PERGI
Penang kata MARI

Dulu beria nak masuk U la konon, tapi bila dah tiba masa rasa macam nak gantung diri kat pokok la pulak. Serious cuak giler, first time masuk U la katakan. kehkehkeh.


Hari selasa ni, I will officially be an USM-ian. Bangga? Tak kot. Cuak + nervous + takut semua bercampur baur. Rasa macam diri tak layak nak masuk sana, tapi rezeki dah memang kat situ kan. Mungkin ada hikmah aku dapat masuk sana. Dapat jumpa jodoh maybe? kehkehkeh *tadak mende lain nak pikir :P

New life begin. Bukan bermakna semua yang dah berlaku kita kena lupakan, cuma jadikan setiap yang dah lepas tu sebagai bekalan untuk masa depan. Learn lessons form mistakes. Bukan dari kesalahan kita jer, dari kesalahan orang lain jugak. :)
Minggu depan ORENTASI! wargh. tak boleh ke kalau tak de mende alah tu. Rasa macam nak demam pulak *tiba-tiba, haha. Mesti busy giler kan? Mesti aku tak sempat nak blogging selalu macam dulu-dulu. *padahal dulu pon bukannya rajin blogging sangat, haha. 

c ya!


Aug 20, 2011

Fact : Faktor Kegagalan Pelajar Universiti

Hai !

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa atau mahasiswi bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda?

setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!


Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.

Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.

Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar! =.='

kehkehkeh.
p/s : di share dari Nadia punyer email. =]

c ya!