Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Aug 29, 2011

Dapat kad raya lagi! Follower mencecah 400!

Assalamualaikum.

Urgh, sangat busy lately. Aku rasa korang pon sama kan? Tak ramai sangat dah aku tengok orang dok ping entri kat fb group, sibuk dengan preparation raya barangkali.

Straight to the point. 


1. Aku Dapat Kad Raya Lagi laaaa

Sebelum tu, baca sini. Actually mende ni dah lama aku nak gtaw kat korang. Tapi selalu je terlupa plus pulak masa tak berapa mengizinkan. Maaf yer tuan pengirim. Bukan niat tak nak menghargai masa yang u luangkan untuk pergi post office sebab nak hantar kad raya untuk saya ni yer. Ni adalah kad raya ketiga yang aku dapat tahun ni. Alhamdulillah. Walaupun 3 je tapi naseb aku dah boleh dikira baek dah. Ada aje kott yang tak dapat langsung. Kehkehkeh.


Kad raya neh aku dapat dari MR ZOUL . Jom p beraya rumah dia. Dia ajak tu.
[tapi alamat tak bagi,,ape laa mr zoul ni] hahahaha. =P


2. Followerku Dah Mencecah 400+

Alhamdulillah, akhirnya follower aku berjaya cecah angka 400. Aku sebenarnya tak berapa bangga sangat sebab aku taw follower bertambah sebab aku join segmen. Tapi takpe, tu lah rezeki namanya kan. Kadang-kadang wondering gak, korang follow aku ni sebab nak aku folow balik ker memang sebab tertarik dengan blog ni. Nyway, aku tetap hargai semua susah payah korang tekan button FOLLOW kat site aku neh.


Follower ke 400 jatuh kepada(cewahh ayat) Cik Tieykah. Mekaseh yer, walaupon follower dia dah beribu, tapi still follow lagi blog tak sememeh aku ni. heeee :D

Sebelum tekan X kat sebelah kanan page ni, jangan lupa terjah SINI dan SINI yer. Bagus bila beramal ni, plus pulak di bulan puasa. hehe :))

Aug 25, 2011

"Nak baca Quran wat pe, bace pon bukannya aku faham! "

Assalamualaikum.

[semoga kamu ikhlas membaca entri ni ] ^_^


Astaghfirullahalazim. Pernah dengar orang cakap begitu tak?

Aku ada satu kisah untuk share dengan korang. Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

.Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya,

‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,

‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata.

‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’

dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.

Orang tua itu berkata,

‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’

dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan.

Katanya, 'tengok Atuk, tak guna!'
‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata, 'tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Semoga korang mendapat sesuatu dari kisah ini.

c ya!

Aug 23, 2011

Video : Iklan solat yang memang haraaam nak tengok di Malaysia.

Hai.

Sempena bulan pose ni la kan, aku (merangkap ustazah tak diiktiraf) nak share satu video ngan korang. Video yang berunsur pengajaran sikit. Udah-udah la dua hari ni aku dok post entri merapu. Hahahaha.
Jom baca sini dan sini.

Tak sure la sama ada korang dah tengok video ni atau tak. Dah lama dah mende ni aku draft-kan, cuma baru terasa nak publish. See, bende baik selalu je kita nak lengahkan kan? *syaitan hasut ler tu. kehkeh.


Sila tekan button play yer. Kalau tak, anda akan mengigau malam ni. kihkihkih.

Dah tengok? Korang rasa ada tak dalam kalangan kita ni yang macam wanita dalam video tu? Aku rasa dua tiga kerat jer yang macam tu.

Aku admit aku sendiri pon kalau dah menapak dalam shopping kompleks, bukannya ingat mende lain dah. Kadang-kadang tu, mak aku kol 3 4 kali pon aku still tak notice lagi dapat panggilan dari dia. Maklumla, tengah syok shopping kan. Hehehe.

Ni kan pulak nak solat sejurus masuk waktu. Harammm. Plus pulak, mane ade shopping kompleks kat Malaysia ni yang pasang recording orang azan bila dah masuk waktu or wat announcement ke ape. Lagi dok melalak dengan music ade lah. 

Plus lagi bila dah dekat raya ni. Memang riuh dengan lagu raya lah, start dari bukak mall, sampai nak tutup balik. Macam tu la mall mane-mane pon. Ye dak??

Bila dah macam tu, kita pon solat pada akhir-akhir waktu. Siap aje bagi salam solat zohor, azan solat asar berkumandang.

Dahsyat kan kita? Melompat-lompat gembira syaitan tengok kita macam tu. Kita? Makin lalai dan lalai dan lalai. Jom la sama-sama berubah di bulan mulia ni. =]


sekadar renungan buat diri sendiri dan teman semua.
c ya!

Aug 17, 2011

wordless wednesday #5

Hai. !


Aaaa-choo! Penatnya bila dapat virus bulan-bulan pose ni.

p/s : sape komen dia tak kena selesema setahun. kihkih~

Aug 8, 2011

jangan mudah terpedaya!

Hello. Assalamualaikum.


Berita hari ini ;

         Seorang mangsa terus menerus di pujuk untuk mendekati gereja walaupon selepas dia buat keputusan untuk berhenti terima bantuan dari gejera tersebut.




Mangsa pada mulanya tak nak terima bantuan dari pihak gereja tersebut, tapi bila fikirkan balik tentang nasib anak-anak dia, dia terpaksa terima bantuan tersebut setelah gagal dapat bantuan berterusan dari BAITULMAL.

Macam-macam bantuan yang pihak gereja ni berikan. Barangan keperluan harian segala bagai. Diorang jugak ada call banyak kali semata-mata untuk bertanyakan khabar. Anak-anak mangsa juga pernah ditawarkan untuk tinggal di asrama di gereja tu dan sanggup tanggung perbelanjaan sekolah kanak-kanak tersebut.

Pelik kan, orang kita sendiri pon boleh kira dengan jari, berapa orang aje yang tersangat perihatin macam tu dengan kaum sendiri. Dah terang lagikan bersuluh, bantuan tu adalah perangkap nak memesongkan akidah orang Islam.

Biasanya orang-orang yang tengah sengkek duit, pelajar IPT especially, mudah terjerat dengan bantuan dari gereja ni. Diorang memang dah dapat baca, budak-budak remaja ni memang takkan tolak kalau kena sogok dengan duit. Bahaya betul..


Korang nampak tak betapa bersungguh-sungguh nya Kristian nak mempedaya kita, nak suruh kita orang Islam ni masuk agama dia. Orang Islam, ada ke sampai macam tu? Kalau yang berdakwah pon, ade ke sampai nak tolong macam tu sekali. Aku tengok, lagi ramai yang terpesong ada la.

Ni la orang dok kata, dunia akhir zaman. 

Itu la mak aku selalu dok pesan, pergi belajar jauh-jauh, solat jangan tinggal. Sekalipon nak bersosial, biar berpada-pada. Ingat asal-usul. Ingat pada yang SATU. Insnyaallah kita selamat dunia ahkirat.

sekian tazkirah ramadhan.

c ya!

Aug 3, 2011

wordless wednesday #4

Hai !


Mood : sedih .

Nenek sakit. Doakan beliau cepat sembuh yer. =.='
Belum sempat melawat nenek. Nenek kat Selangor, aku kat Kelantan. Hm. Entah bagaimana la keadaan dia. Insya-Allah petang ni kami bertolak dengan Perodua akak. 

pic : ehsan gugle.

c ya!

Salam ramadhan al-mubarak!

Aug 1, 2011

Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna.

Hello. Assalamualaikum.


Esok hari pertama umat Nabi Muhammad berpuasa kan? So, aku nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
semoga Ramadhan tahun ni membawa seribu manfaat lebih dari tahun yang sebelumnya.

Puasa tu puasa jugak kan. Memang la maksud puasa ialah menahan perut dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. TAPI korang kena ingat, puasa makan aje tak akan mencukupi. Puasa mulut dari mengumpat, puasa telinga dari mendengar umpatan, puasa mata dari melihat maksiat, puasa segala-galanya lahh. Tu adalah erti puasa yang sebenar.

Aku taknak bagi tazkirah panjang-panjang pasal ni sebab aku taw aku bukannya bagus sangat dalam bab macam ni. Kadang-kadang kita nak meluahkan rasa hati, nak share problem, tanpa sedar kita ter-umpat orang tu pulak kan. So, konklusinya, manusia memang takkan lari dari masalah. Yang penting, kita harus sentiasa cuba untuk saling menasihati dan memperingati antara umat Muhammad S.A.W ni kan..

Puasa seboleh-bolehnya jangan la tinggal melainkan sakit yang tenat dan sebab musabab tertentu yang tak membenarkan kita puasa. Hehehe. Kalau pompuan tak puasa, boleh gak consider dia lampu merah kan, tapi kalau laki macam mana? Takkan lampu merah jugak kot. Haha.

Yela, sunat untuk kita awal-awalkan berbuka dan lewat-lewatkan sahur. Tapi jangan nak buat-buat salah tafsir lak. Ni dok p sahur kul 9, then berbukak kul 1 watpa? Nak ikut sunah la katakan. Hotak hang. Haha.

Harapan aku untuk puasa tahun ni :
moga-moga sikit jer kena ganti pose. :p

c ya!

Sep 9, 2010

home cwitt home!

salam akhir ramadhan.
hehe

akhirnye, ary neh da ari last kite sume berpuasa pd taon neh..aku rase cam kejap glew jew sbulan.. tdo bangun, tdo bangun, da cukop sbulan. plus lak taon neh aku sbulan berpuasa kt kolej..so x merasa sgt la kehangatan bulan ramadhan. terlampau sebok ngan study, hinggakan puasa pon macam x puasa..
p kelas, then balik. take a nap, n bila da bangon, da  azan maghrib. malam lak, aku n kawankawan akn p join terawikh kt surau. diorang wat 20 tp bila da ckop 8 aku stop ah. ha-ha!. tu la rutin aku tiaptiap ary kat kolej..

2 3 ary sblom eidul break, kolej aku d serang ngan satu penyakit misteri. yg ntah pape pnyer pnyakit. n i'm one of da victim. :( sakit yg lau owang dengo, mesti gelak pnyer. SAKIT SENGALSENGAL SENDI. huahua~ lawak kan? cam penyakit owang tuatua jew. tp 2 lah kenyataannye. majoriti dak2 puteri jadi mangsa. termasuklah aku n cubemate aku. ntah pe punce. mybe kitorang pnyer DS (dewan selera) yg kotor, xpon kena serang ngan nyamok. ade spekulasi mnagatakan yg sakit camtuh adalah simptomsimptom CHIKUGUNYA. waaa~ takot siot weh. dah la da dekat ngan ary raye. urmm..aku da skip kelas se-ary due to this nonsense disease. pakcik sickbay antar ak p klinik. but, guess what the doc said to me?
'u neh sakit scara psikology. demam nk raya kot'
adoiii~ aku rase cam nk lempang ke doc india tuh. nk marah pon ade, lawak pon ade. ade ke patot dye bagi ubat gastrik kt aku. haha!

smalam aku btolak balik from kulim to kelantan around 12.30pm. nk balik tuh memang hepi, tp yg sedehnye, aku tade seat nk dudok. seat ade 40 tp kitorang sume 45. so terpaksa la merempat kt tempat tdo pakcik bas. skali bas masok lubang, alahai melambung ke langit la kitorang. haha. tp kire ok lah, pengalaman la katakan. hakhak~

sempat berpuasa se-ary kat umah..tp aku tak rase cam puasa. hepi giler bila sume kakak-kakak n abang aku da balik. terubat kesedihan berpuasa kt kolej yg terpaksa tahan perut dgn makanan yg ta bape menarik. huahua~ ary neh, akak aku nk buat ayam percik..perghhh! best siot la kot.. da lame mengidam nk makan mende tuh, tp puas aku ronda bazar ramadhan kt kulim, tp hampeh. dah la mahal siot. sate sbatang da se-inggit. adusss! boleh pokai aku kalo puase staon. :P

hokei lah dulu.
t8 care.
:DD