Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Oct 26, 2011

mengidam macam orang mengandung.

Hello. Assalamualaikum.

Adakah perkataan 'mengidam' hanya sinonim dengan orang yang mengandung aje? Aku memang tak faham betul, sebut aje mengidam, mesti orang tanya 'Haii ko ni dah berapa bulan yer?' atau 'Siapa bapaknyer?' Eceh. Sengall!

Pernah suatu hari aku mengidam nak makan asam. Dan aku suarakan hasrat hati aku tu kat kengkawan. Dan secara tak sengajanya volume suara aku naik ke level8. Orang sekeliling yang agak ramai masa tu asyik pandang-pandang aje dekat aku. Mimik muka diorang tu macam menggambarkan persoalan 'budak ni mengandung ke' HAHA.
Ape pon ta boley kan. Masyarakat kita ni terlampau memandang negatif sesama sendiri. Just take it as only a request sebab dah lama tak makan mende tu, tak boleh ke? Grrr !

Cakap pasal mengidam, aku teringin sangat nak makan JAGUNG BAKAR.


Wowww. Favourite zaman kecik-kecik dulu kot. Rembat je semua. Kalau orang offer mesti tak tolak punyer lah. Dan yang paling tak boleh blah, bila offer got rejected, mesti mak ngan akak aku tanya 'adik demam ke?' kehkeh~
( panggilan adik hanya melekat sehingga tahun 4 kot. Bukan sampai sekarang ok :P )


 Jagung neh dia letak keju ke ape? Aku tak pernah try lagi. Tapi nampak macam best. HAHA

c ya!

Oct 11, 2011

Dulu kata TAKNAK, sekarang tercari-cari pulak.

Hello. Assalamualaikum.

OKAY, pic yang tadak kena mengena. Cuma mengidam, lama tak santap mende alah ni =.=

Sama ada korang perasan or tak, mende yang korang dulu-dulu kata 'TAKNAK' 'NO' tu la yang korang dapat sekarang ni. Maybe it is not referring to everything, BUT majoritinya macam tu lah kan.


Frankly speaking semua bende yang aku dapat sekarang and pernah dapat dulu bukan la ape yang aku nak. Memang hardcore punyer taknak lah gua cakap lu.

Firstly, OK aku admit dulu aku sekolah agama. Sekolah alim la katakan (tapi aku tak alim-alim pon, dasar keras hati haha :P). Well, zaman kecik-kecik dulu, sapa yang nak pergi sekolah agama kan. Grad aje darjah 6 semua dok aim nak masuk SBP la kononnya. Plus pulak sekolah aku tu brapa kilometer aje dari umah. Tak mencabar langsung (poyo) HAHA. Tapi lastly selamat jugak aku kat sekolah tu, sampai form5 pulak tu. haihh.

Then, masa form 5, selalu la dok citer-citer ngan kawan, lepas spm nak pergi mana kan.. Semua dok kata taknak masuk matriks, blaja kat matriks ni susahh tak boleh nak follow up. Aku pon masuk geng sekali lah. Kitorang ni boleh jadi geng ANTI-matriks dah. Tapi ended, tercongok jugak aku kat Kolej Mara KULIM. Hamekkauu. ^^

Lepas abes matriks pulak hala tuju entah kemana lagi. Tapi matlamat utama nak masuk UKM. Tak main la USM ni, dok Penang ape kelas kan. Nah, sekarang aku dok bertapa dalam lecture hall USM.

Ape yang kita nak ,idamkan tu selalunya susaaahh sangat nak dapat. Kalau yang taknak tu datang bergolek-golek aje depan mata. Contohnya duet. Sapa yang taknak duet..tapi nak dapat seringgit tu bukan main la susahnya kan.

And now, honestly aku betul-betul rindu  kat sekolah aku, matriks aku. Miss all the things that happened there. Kalau la boleh kembali ke zaman tu,, WOW! Best giler bai.

Konklusinya (cewahh) kita tak boleh terlalu berharap untuk dapat sesuatu. BUT it is not possible for us to own it if work for it hardly. And we have to always bear in mind, for everything that happen, there will always be reasons for it to happen. Terima aje la semua sebagai takdir. Macam aku ni, asyik pakai konsep REDHA aje. kehkehkeh.

p/s : sekarang ni aku dah tak nak lagi demand lebih-lebih pasai myhusband-to-be sebab takut dapat yang opposite punyer. HAHA

gtg
c ya!

Sep 10, 2011

baru perasan,dah bersawang!

Hai !

Wahh, rasanya dah nak genap seminggu aku tak update blog. Ke dah lebih seminggu hah? Lantakla pape pon, yang penting aku dah memang dah rendu giler nak blogging. Jejari runcing aku ni dah lama tak menari atas keyboard. Ehem. Sila muntah yer.

Sekarang ni minggu orientasi belum abes lagi. Tapi la ni free sebab registration course kat school aku abes awal. Maklumla kos tak famous, tadak orang sangat la kan. Grr. 

Paling aku geli hati, ade 3 orang je kot Malay boy yang amik pure chemistry. Poor them right? Dah boleh masuk kategori ENDANGERED SPECIES dah. hahahahah. Sori yer kaum adam, dah memang hakikat nyer. kakaka.




Orientasi memang busy! Penat giler naek turun bukit, hujan ribut petir semua kena redah. Nak makan pon tak sempat. Naseb baik perut aku tak buat hal. Makan ke, tak ke, dia dok diam-diam je. Acid hydrocloric dah habes kot, sebab tu gastric dah tak serang aku dah. :P Perasan or tak, dah memang bersawang giler la blog ni. Tapi ade jugak yang datang, mekaseh yer sahabat blogger sekalian. Peace =.='





p/s : tadak pic nak tayang kat sini. datang kampus tak bawak kamera. henfon pon guna yang cikai ja, cap ayam punya! haha

Aug 29, 2011

Dapat kad raya lagi! Follower mencecah 400!

Assalamualaikum.

Urgh, sangat busy lately. Aku rasa korang pon sama kan? Tak ramai sangat dah aku tengok orang dok ping entri kat fb group, sibuk dengan preparation raya barangkali.

Straight to the point. 


1. Aku Dapat Kad Raya Lagi laaaa

Sebelum tu, baca sini. Actually mende ni dah lama aku nak gtaw kat korang. Tapi selalu je terlupa plus pulak masa tak berapa mengizinkan. Maaf yer tuan pengirim. Bukan niat tak nak menghargai masa yang u luangkan untuk pergi post office sebab nak hantar kad raya untuk saya ni yer. Ni adalah kad raya ketiga yang aku dapat tahun ni. Alhamdulillah. Walaupun 3 je tapi naseb aku dah boleh dikira baek dah. Ada aje kott yang tak dapat langsung. Kehkehkeh.


Kad raya neh aku dapat dari MR ZOUL . Jom p beraya rumah dia. Dia ajak tu.
[tapi alamat tak bagi,,ape laa mr zoul ni] hahahaha. =P


2. Followerku Dah Mencecah 400+

Alhamdulillah, akhirnya follower aku berjaya cecah angka 400. Aku sebenarnya tak berapa bangga sangat sebab aku taw follower bertambah sebab aku join segmen. Tapi takpe, tu lah rezeki namanya kan. Kadang-kadang wondering gak, korang follow aku ni sebab nak aku folow balik ker memang sebab tertarik dengan blog ni. Nyway, aku tetap hargai semua susah payah korang tekan button FOLLOW kat site aku neh.


Follower ke 400 jatuh kepada(cewahh ayat) Cik Tieykah. Mekaseh yer, walaupon follower dia dah beribu, tapi still follow lagi blog tak sememeh aku ni. heeee :D

Sebelum tekan X kat sebelah kanan page ni, jangan lupa terjah SINI dan SINI yer. Bagus bila beramal ni, plus pulak di bulan puasa. hehe :))

Aug 9, 2011

tak payah belajar susah-susah kalau nak jadi kaya!

Hai !


Korang baca berita tak? Rumah banglo Khairul Fahmi a.k.a Apek akan siap oktober ni. Jeles tak? Dalam usia yang baru menjangkau 22 tahun (ye dak ni?) , dia dah ade sebijik banglo tanpa perlu keluarkan se-sen pon duit dia sendiri. Banglo RM100 000 kot. Arghhhh, sesunguhnya aku jeles! jeles! *hentak-hentak kaki.

Banglo tu adalah hadiah untuk kenang jasa Apek yang dah banyak menyumbang sebagai keeper terbaik Malaysia. 

Senang aje kan jadi Apek. Dok tercegat depan pintu gol, then tepis-tepis bola tak bagi masuk dalam gol, terus dapat sebijik banglo? Aku rasa doktor pon tak mampu nak ade sebuah banglo dalam usia yang maseh muda macam ni. Penat lelah si doktor ni dok hadap buku, last-last gaji diorang lebeh kureng aje dengan pemain bola sepak. Mana tak nya, macam-macam insentif players ni dapat. Bertuah la badan..

Kalau macam tu, aku tak mau sambung belajar dah la. Nak jadi atlet je, untung-untung dapat pangkat 'Datuk' kan? (tapi atlet ape ek? ) haha. :p

Pasal berita putus tunang tu, hope Apek tak down dan tak campur adukkan urusan peribadi dengan kerjaya dia. Peace =.='
c ya!