Hai.
Sempena bulan pose ni la kan, aku (merangkap ustazah tak diiktiraf) nak share satu video ngan korang. Video yang berunsur pengajaran sikit. Udah-udah la dua hari ni aku dok post entri merapu. Hahahaha.
Tak sure la sama ada korang dah tengok video ni atau tak. Dah lama dah mende ni aku draft-kan, cuma baru terasa nak publish. See, bende baik selalu je kita nak lengahkan kan? *syaitan hasut ler tu. kehkeh.
Sila tekan button play yer. Kalau tak, anda akan mengigau malam ni. kihkihkih.
Aku admit aku sendiri pon kalau dah menapak dalam shopping kompleks, bukannya ingat mende lain dah. Kadang-kadang tu, mak aku kol 3 4 kali pon aku still tak notice lagi dapat panggilan dari dia. Maklumla, tengah syok shopping kan. Hehehe.
Ni kan pulak nak solat sejurus masuk waktu. Harammm. Plus pulak, mane ade shopping kompleks kat Malaysia ni yang pasang recording orang azan bila dah masuk waktu or wat announcement ke ape. Lagi dok melalak dengan music ade lah.
Plus lagi bila dah dekat raya ni. Memang riuh dengan lagu raya lah, start dari bukak mall, sampai nak tutup balik. Macam tu la mall mane-mane pon. Ye dak??
Bila dah macam tu, kita pon solat pada akhir-akhir waktu. Siap aje bagi salam solat zohor, azan solat asar berkumandang.
Dahsyat kan kita? Melompat-lompat gembira syaitan tengok kita macam tu. Kita? Makin lalai dan lalai dan lalai. Jom la sama-sama berubah di bulan mulia ni. =]
sekadar renungan buat diri sendiri dan teman semua.
c ya!