Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Aug 25, 2011

"Nak baca Quran wat pe, bace pon bukannya aku faham! "

Assalamualaikum.

[semoga kamu ikhlas membaca entri ni ] ^_^


Astaghfirullahalazim. Pernah dengar orang cakap begitu tak?

Aku ada satu kisah untuk share dengan korang. Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

.Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya,

‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,

‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata.

‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’

dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.

Orang tua itu berkata,

‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’

dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan.

Katanya, 'tengok Atuk, tak guna!'
‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata, 'tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Semoga korang mendapat sesuatu dari kisah ini.

c ya!

Aug 23, 2011

Video : Iklan solat yang memang haraaam nak tengok di Malaysia.

Hai.

Sempena bulan pose ni la kan, aku (merangkap ustazah tak diiktiraf) nak share satu video ngan korang. Video yang berunsur pengajaran sikit. Udah-udah la dua hari ni aku dok post entri merapu. Hahahaha.
Jom baca sini dan sini.

Tak sure la sama ada korang dah tengok video ni atau tak. Dah lama dah mende ni aku draft-kan, cuma baru terasa nak publish. See, bende baik selalu je kita nak lengahkan kan? *syaitan hasut ler tu. kehkeh.


Sila tekan button play yer. Kalau tak, anda akan mengigau malam ni. kihkihkih.

Dah tengok? Korang rasa ada tak dalam kalangan kita ni yang macam wanita dalam video tu? Aku rasa dua tiga kerat jer yang macam tu.

Aku admit aku sendiri pon kalau dah menapak dalam shopping kompleks, bukannya ingat mende lain dah. Kadang-kadang tu, mak aku kol 3 4 kali pon aku still tak notice lagi dapat panggilan dari dia. Maklumla, tengah syok shopping kan. Hehehe.

Ni kan pulak nak solat sejurus masuk waktu. Harammm. Plus pulak, mane ade shopping kompleks kat Malaysia ni yang pasang recording orang azan bila dah masuk waktu or wat announcement ke ape. Lagi dok melalak dengan music ade lah. 

Plus lagi bila dah dekat raya ni. Memang riuh dengan lagu raya lah, start dari bukak mall, sampai nak tutup balik. Macam tu la mall mane-mane pon. Ye dak??

Bila dah macam tu, kita pon solat pada akhir-akhir waktu. Siap aje bagi salam solat zohor, azan solat asar berkumandang.

Dahsyat kan kita? Melompat-lompat gembira syaitan tengok kita macam tu. Kita? Makin lalai dan lalai dan lalai. Jom la sama-sama berubah di bulan mulia ni. =]


sekadar renungan buat diri sendiri dan teman semua.
c ya!