Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Oct 14, 2011

lelaki setia, wujudkah?

 Hello.!

                     BERDUA BERSATU-FORTEEN

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


Ape pon ta boley kan lagu ni? Rasa macam impossible giler orang yang macam ni wujud..
Bagi aku, Ok what i share is only my thought, maybe betul maybe salah kan. So jangan la pulak nak hentam aku tetiba. Haha. For me, nak cari lelaki yang betul-betul setia memang susah. Bukan takde, tapi orang kata satu dalam seribu. Sapa yang dapat memang bertuah kan..

Abang aku. Boleh dikategorikan sebagai setia. Untung bakal bini dia. *tetiba promote abang pulak. >.<

Kalau perempuan, dah ramai yang ak jumpa memang setia tahap boleh buat bini. Biasala, perempuan ade 9 perasaan kan.. Laki dia watpa pon dia terima aje selagi dia boley tahan kan..aku memang salute la orang macam ni.

Kalau aku memang dah lama blah dah. Dats y sampai sekarang single. Kehkehkeh. Ape dia ingat muka handsome, market tinggi then boleh wat main-main perasaan pompuan ka? ceitt.



Aug 31, 2011

argh, kereta batuk dalam jammed! Haha

Hai.

Mood nak meng-update kurang sebab tengok rata-rata blogger maseh lagi belum update entri baru. Nampak bebenor tengah sakan beraya lagi. Haha.

Hari neh akak aku yang first tu dah start kerje, biasala tu nurse kan,, yang second tu sibuk dengan kenduri kawen anak sedara suami dia,, yang third tu dah balik umah dia kat Dungun,, abang aku pulak dok berlingkar atas katil, so rumah aku tinggal aku and akak yang fourth tu je. Bosan tu terasa la jugak..

Tadi petang ontheway pergi kenduri, makk aiii, merangkak-rangkak kereta atas jalan. Panas tak usah cakap lah. Plus pulak keta bapak aku tu, aircond rosak. Maklumla kereta antik. kehkehkeh. Habes cair makeup aku nyah! *makeup la sangat

Esok ada reunion dengan rakan sekolah dulu. Nak pergi or tak? Terasa macam malas pulak tayang muka kiut ni dekat diorang *muntah darah

Salah satu sebab taknak pergi sebab takut tersekat dalam jammed. Bukan senang nak drive keta manual dalam jam. Mahu nyer asyik terbatuk-batuk aje tengah jalan, malu akak nyah! Kang turun saham pulak.

Aku geram jugak dengan sesetengah driver yang rasa diorang dah superb giler driving neh. Mentang-mentang tengok kereta orang lain maseh pakai P lagi, suka suki aje nak hon-hon orang. Ape salahnya bertimbang rasa sikit kan, bukan sengaja pon orang nak tersedak tengah jalan tu *cubaan mem-backup diri. Hahaha. Biasanya, orang laki la yang suka picit-picit hon ni. Malu la bang taw takk!


Aku paling hangenn bila ade driver suka judge driver yang drive macam hampeh tu pompuan. Hey, warga emas pon bawak keta slow lah! *emo, haha*


c ya!

Aug 12, 2011

News : Pelajar kena liwat?

Hai!

Kita bako aje cikgu macam ni..
p/s : click pic for enlargement.

Kalau korang baca paper BH hari ni korang akan tahu betapa bangangnya seorang cikgu bila dengan perasaan tak bersalah meliwat student dia sendiri.

Ape dia tak tahu ke yang mak bapak budak tu hantar anak diorang untuk pergi belajar, bukan nak suruh engkau liwat anak dia wahai cikgu!

Aku memang hangenn baca berita ni. Memang tak patut! Naseb baek la budak tu dapat kumpulkan keberanian dia nak lodge report. Kalau tak, aku rasa sampai habes sekolah pon budak tu akan jadi mangsa nafsu serakah dia.

" Pelajar lelaki yang berusia 13 tahun yang tinggal di asrama sekolah itu dikatakan sering diajak guru berusia 41 tahun itu ke rumahnya.. "

" Mangsa mendakwa diliwat tiga kali oleh guru lelaki itu antara Mac hingga Jun lalu.. "

Kesimpulannya, takde sesape yang kita boleh percaya sekarang ni. Famili pon kadang-kadang tak boleh nak percaya sangat. Dah banyak dah pon kes haruan makan anak.

Masya-Allah. Apa la nak jadi ngan dunia sekarang ni eh? Hari tu bising pasal hal gereja nak murtadkan orang Islam, hari ni kes cikgu liwat anak murid, esok-esok ape pulak?

p/s : maaf andai penggunaan bahasa hari ini buat pembaca sekalian SENTAP!

c ya!

Semoga kita sentiasa di bawah peliharaan-Nya. Insyaallah.

May 7, 2011

lelaki ohh lelaki. !

hye and hello bloggers. :DD

akhirnye bole gak haku add new entry fer tonite, setelah agak lame merajok dengan MR.berukband aku ni. haha!
and this entry haku nak share something pasai laki ni.hentah betoi hentak tidak. haku cume share baleq hape yang haku bace kat blog. setelah seharian membelek-belek mukabuku,,lastlast haku terjumpe satu notes ni.
here it is :


10 sebab perempuan tak respect lelaki




1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

 p/s 1 : bukan sume laki cam neh. so, sape yang makan cili, dye la yang terasa pedasnye. :D

p/s 2 : ni diambil daripada seorang hamba ALLAH yang hentah sape kat  facebook. meaning dat ni bukan hasil coretan haku. haku cume sharekan kt korang je. hahaxx

enuf dulu. nunite~