Thank you for dropping by. Love you!

Aug 8, 2011

jangan mudah terpedaya!

Hello. Assalamualaikum.


Berita hari ini ;

         Seorang mangsa terus menerus di pujuk untuk mendekati gereja walaupon selepas dia buat keputusan untuk berhenti terima bantuan dari gejera tersebut.




Mangsa pada mulanya tak nak terima bantuan dari pihak gereja tersebut, tapi bila fikirkan balik tentang nasib anak-anak dia, dia terpaksa terima bantuan tersebut setelah gagal dapat bantuan berterusan dari BAITULMAL.

Macam-macam bantuan yang pihak gereja ni berikan. Barangan keperluan harian segala bagai. Diorang jugak ada call banyak kali semata-mata untuk bertanyakan khabar. Anak-anak mangsa juga pernah ditawarkan untuk tinggal di asrama di gereja tu dan sanggup tanggung perbelanjaan sekolah kanak-kanak tersebut.

Pelik kan, orang kita sendiri pon boleh kira dengan jari, berapa orang aje yang tersangat perihatin macam tu dengan kaum sendiri. Dah terang lagikan bersuluh, bantuan tu adalah perangkap nak memesongkan akidah orang Islam.

Biasanya orang-orang yang tengah sengkek duit, pelajar IPT especially, mudah terjerat dengan bantuan dari gereja ni. Diorang memang dah dapat baca, budak-budak remaja ni memang takkan tolak kalau kena sogok dengan duit. Bahaya betul..


Korang nampak tak betapa bersungguh-sungguh nya Kristian nak mempedaya kita, nak suruh kita orang Islam ni masuk agama dia. Orang Islam, ada ke sampai macam tu? Kalau yang berdakwah pon, ade ke sampai nak tolong macam tu sekali. Aku tengok, lagi ramai yang terpesong ada la.

Ni la orang dok kata, dunia akhir zaman. 

Itu la mak aku selalu dok pesan, pergi belajar jauh-jauh, solat jangan tinggal. Sekalipon nak bersosial, biar berpada-pada. Ingat asal-usul. Ingat pada yang SATU. Insnyaallah kita selamat dunia ahkirat.

sekian tazkirah ramadhan.

c ya!

Aug 4, 2011

Alhamdulillah, nenek tak seteruk yang di sangka.

Hai!



Alhamdulillah sebab maseh sempat jumpa nenek aku. Tengah malam semalam kitorang sampai, tapi disebabkan dah terlalu lewat, budak-budak pon dah penat, so malam tadi mak aku syorkan tido kat rumah akak aku dulu. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umor nenek. Petang tadi baru berkesempatan jumpa nenek dekat hospital.

Syukur sebab dia tak seteruk yang aku bayangkan. Nenek maseh boleh bercakap segala bagai. Cuma kitorang tak berapa nak faham butir bicara nenek. Nenek diserang stroke. Tapi alhamdulillah Allah tak bagi dugaan yang terlalu berat untuk nenek, cuma bahagian kiri aje nenek tak boleh bergerak. Kata mak sedara aku, nenek tak teruk. Memang sebelah badan dia tak boleh bergerak, tapi nenek maseh boleh rasa bila nyamuk gigit, atau bila kena cubit.

Akhirnya, mak aku mampu tersenyum. Walaupun agak terasa sebab tak dimaklumkan lebih awal dengan keadaan nenek, tapi mak aku faham. Mungkin sebab kami dok jauh, so diorang taknak susahkan kami balik sebab nenek masih belum nazak.

TAPI, tapi yang sedihnya nenek dah tak kenal aku. Parents aku dia kenal aje. Mungkin sebab proses tumbesaran yang berlaku menyebabkan nenek tak cam aku. Yela, dah lama tak balik kampung kan. Bila plan nak balik, ada-ada aje kekangan yang datang.

Tapi yang lagi sedih, bukan setakat nenek tak cam aku, mak sedara aku yang lain pon dah tak berapa ingat aku ni sape. Haih, kena balik kampung selalu-selalu la kalau macam ni. :P

p/s : sekarang aku on9 di rumah nenek, pakai berukband. so, i have to postpone all the blogwalking activities sebab line laju sangat macam kura-kura jalan catwalk. grrrr! i'll view ur site soon!

c ya!

Jom tengok kot-kot korang salah seorang blogger yang wat salah macam ini.

Aug 3, 2011

kesalahan yang selalu bloggers buat.

Hello. Assalamualaikum.

Berani mati giler aku nak komplen-komplen pasal blogger lain kan? Haha. Btw, kepada yang terasa, ni bukan compliment, cuma teguran yang dah banyak kali bloggers otai bagitaw, but then still ade jugak yang buat kan..

Satu



Korang mesti tak faham maksud pic ni kan? Ok, lets go on it through..

Tadi aku baru aje niat berkobar-kobar untuk blogwalking dan follow blog-blog sahabat blogger yang dah susah payah follow aku. Back then, sesetengah aje yang boleh aku trace jejak diorang. Kenapa? Sebab diorang tak letakkan link blog diorang dekat diorang punyer profile.

Sekarang ni sape yang rugi? Korang jugak kan.

Jom sama-sama atasi masalah ni.

Go to Dashboard > Edit Profile

Korang akan jumpe mende neh :



Korang kena pastikan korang TICK dekat pekat macam kat atas ni. Penting!


p/s : sila klik untuk pembesaran :) Aku jadi camni sebab aku ade more than one blog.

__________________________________________________

Dua


Bila mood nak komenkomen entri teman blogger sedang meluap-luap, then korang nampak mende alah macam kat atas ni. Aku nak tanya, ape perasaan korang? Korang pernah rasa macam aku rasa tak. Eiiii menyampahnya aku! Malas betul nak taip. Huh, tak jadi la nak komen.

pernah tak macam tu? 

So, kalau ade blogger-bloger yang maseh belum taw pasai ni, meh aku nak habaq cane nak buang mende ni.

Go to Dashboard > Setting > Comments

Then cari mende neh :


Dah tengok? Dah faham kan? Sila tick laju-laju dekat NO. okay :)

__________________________________________________

Entry ni adalah autopublish. Aku takda masa nak on9. Sedang melawat nenek yang saket. Doakan aku sempat jumpa nenek. :(

I'll drop by ur site soon. c ya!