Thank you for dropping by. Love you!

Aug 11, 2011

bila senang lupakan kawan!

Hello. Assalamualaikum.


Nak duit 10,000 tak?


As for me, friends are the people that are willing to lend their shoulders when we need them to cry on, friends are the people that share the happiness and the mournfulness. They are not just friends, they are like a family to us. These are what friends for, for me.

Ter-speaking pulak. Ehem. Ehem.

Aku sayang kawan-kawan aku. Diorang la tempat aku mengadu kalau aku kena marah dengan mak aku. Diorang la yang selalu tolong aku bila aku jauh ngan family aku.

Korang? Mesti korang pon sama gak kan. Tak ada nya orang yang benci kawan dia, melainkan dia simpan perasaan hasad dengki dekat kawan dia tu.

Aku paling pantang bila ada kawan yang lupakan kawan bila dia dah senang. Amboi. Masa susah pandai pulak terkedek-kedek cari kawan, tapi bila dah senang terus lupakan yer. Sungguh sopan santun kan dia. Grrrr.

Alhamdulillah, setakat ni aku tak jumpa lagi orang yang buat perangai tak senonoh macam tu dengan aku. Kawan aku tiada gantinya. Yang lama tetap di hati, meski pun yang baru dalah silih berganti. Bermadah pulak. Ehem.

Nape senang sangat korang nak lupakan kawan ek. Tak sedar ke korang yang  kawan tu dah bermacam pengorbanan diorang buat kat korang. Nak berkawan dengan orang lain tu tak salah, tapi jangan la sampai tinggalkan kawan yang dah lalui susah dengan korang tu.


Berbalik pada orang yang mudah lupakan kawan ni, andainya korang salah seorang dari diorang, cepat-cepat la mintak maaf dengan kawan korang tu. Aku sedar aku bukan kawan terbaek yang pernah kawan-kawan aku dapat. Tapi kalau diorang nak tahu, itulah aku. Aku mudah mengalah bila berkawan. Tapi tidak la bermakna kawan-kawan senang nak pijak kepala aku kan.

Nak cari seorang kawan yang baik, lagi susah dari mencari cinta. Kalau korang tak percaya, berkawan la seramai yang mungkin. Last sekali nanti, kawan yang kamu tinggalkan tu jugak yang akan kamu cari nanti.

c ya!

Tolong doakan saya cepat kurus yer!

Aug 10, 2011

Selena Gomez & Justin Bieber kembali intim?

Hello. Assalamualaikum.

Pergggh~ Gosip lagi di bulan puasa. Kikiki :P


Nampak happy je kan pasangan ni. First time dengar memang aku tak boleh terima yang Selena Gomez couple dengan Bieber. Tapi nak buat macam mane kan, dah tu pilihan dia. Tak kan la kita yang dia tak kenal batang hidung ni nak p cakap ' Sel, ko tak boleh kapel ngan Bieber! ' haha :P

Semalam dalam berita diorang dah brake up sebab Selena Gomez tak suka Bieber kawan ngan Sean Kingston, Lil Wayne and Chris Brown sebab risau akan bagi oengaruh buruk kat buah hati dia. Tapi sehari lepas berpisah, orang ramai tengok depa dokpegang-pegang tangan dah. 

Cinta diorang ni maseh kuat kot. Jeles pulak bila every pic yang di snap, diorang ni tak pernah lepas dari berpegangan tangan. Ehem. Ohh, how romantic! (Dalam Islam ditegah okay!)


p/s : baru aku taw yang Sean Kingston adalah bekas pencuri!

c ya!

Aug 9, 2011

tak payah belajar susah-susah kalau nak jadi kaya!

Hai !


Korang baca berita tak? Rumah banglo Khairul Fahmi a.k.a Apek akan siap oktober ni. Jeles tak? Dalam usia yang baru menjangkau 22 tahun (ye dak ni?) , dia dah ade sebijik banglo tanpa perlu keluarkan se-sen pon duit dia sendiri. Banglo RM100 000 kot. Arghhhh, sesunguhnya aku jeles! jeles! *hentak-hentak kaki.

Banglo tu adalah hadiah untuk kenang jasa Apek yang dah banyak menyumbang sebagai keeper terbaik Malaysia. 

Senang aje kan jadi Apek. Dok tercegat depan pintu gol, then tepis-tepis bola tak bagi masuk dalam gol, terus dapat sebijik banglo? Aku rasa doktor pon tak mampu nak ade sebuah banglo dalam usia yang maseh muda macam ni. Penat lelah si doktor ni dok hadap buku, last-last gaji diorang lebeh kureng aje dengan pemain bola sepak. Mana tak nya, macam-macam insentif players ni dapat. Bertuah la badan..

Kalau macam tu, aku tak mau sambung belajar dah la. Nak jadi atlet je, untung-untung dapat pangkat 'Datuk' kan? (tapi atlet ape ek? ) haha. :p

Pasal berita putus tunang tu, hope Apek tak down dan tak campur adukkan urusan peribadi dengan kerjaya dia. Peace =.='
c ya!