Thank you for dropping by. Love you!

Aug 3, 2011

wordless wednesday #4

Hai !


Mood : sedih .

Nenek sakit. Doakan beliau cepat sembuh yer. =.='
Belum sempat melawat nenek. Nenek kat Selangor, aku kat Kelantan. Hm. Entah bagaimana la keadaan dia. Insya-Allah petang ni kami bertolak dengan Perodua akak. 

pic : ehsan gugle.

c ya!

Salam ramadhan al-mubarak!

Aug 2, 2011

Jom Rembat Double GCB untuk buka puasa. ngeee!

Hello. Assalamualaikum.


Perghh! Telan ayaq liuq aku nengok GCB ni. Tapi bila tengok harga tetiba aku rasa macam tak best pulak mende ni. Grrrr

Melantak CGB untuk buka puasa? Ade je kott kan.. Tapi family aku memang tak pernah wat la, bukak puasa makan ala-ala mat saleh cenggini. Kalu masa aku dok kat Kolej Mara Kulim dulu ade lah pernah sekali. Buka puasa makan Snack Plate. Tapi perhatian yer. Sejak kontroversi pasal kerja tak senonoh budak-budak KFC tu, aku dah memang haramkan perut aku makan KFC. Nak tengok aku muntah? Belanja la KFC kat aku. :p

Siang tadi aku demand nak makan Double GCB kat mak aku. Ai, macam nak terkeluar bijik mata dia tengok aku. Hahaha. Actually, aku baru aje lepas melantak GCB sehari sebelum puasa. Sila jangan jealous. Rasanya tu kali pertama dan terakhir kot buat masa ni. Nipis poket jeans aku dibuatnye.

Jom sengat GCB!!

p/s : gambar pertama diambil setelah 4 bulan menternak lemak di rumah. Amacam, rasanya aku dah jadi penternak berjaya kan? :P

c ya!

Nak sesuatu yang murah untuk IPhone? Baca sini.

Aug 1, 2011

Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna.

Hello. Assalamualaikum.


Esok hari pertama umat Nabi Muhammad berpuasa kan? So, aku nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
semoga Ramadhan tahun ni membawa seribu manfaat lebih dari tahun yang sebelumnya.

Puasa tu puasa jugak kan. Memang la maksud puasa ialah menahan perut dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. TAPI korang kena ingat, puasa makan aje tak akan mencukupi. Puasa mulut dari mengumpat, puasa telinga dari mendengar umpatan, puasa mata dari melihat maksiat, puasa segala-galanya lahh. Tu adalah erti puasa yang sebenar.

Aku taknak bagi tazkirah panjang-panjang pasal ni sebab aku taw aku bukannya bagus sangat dalam bab macam ni. Kadang-kadang kita nak meluahkan rasa hati, nak share problem, tanpa sedar kita ter-umpat orang tu pulak kan. So, konklusinya, manusia memang takkan lari dari masalah. Yang penting, kita harus sentiasa cuba untuk saling menasihati dan memperingati antara umat Muhammad S.A.W ni kan..

Puasa seboleh-bolehnya jangan la tinggal melainkan sakit yang tenat dan sebab musabab tertentu yang tak membenarkan kita puasa. Hehehe. Kalau pompuan tak puasa, boleh gak consider dia lampu merah kan, tapi kalau laki macam mana? Takkan lampu merah jugak kot. Haha.

Yela, sunat untuk kita awal-awalkan berbuka dan lewat-lewatkan sahur. Tapi jangan nak buat-buat salah tafsir lak. Ni dok p sahur kul 9, then berbukak kul 1 watpa? Nak ikut sunah la katakan. Hotak hang. Haha.

Harapan aku untuk puasa tahun ni :
moga-moga sikit jer kena ganti pose. :p

c ya!