Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Sep 5, 2011

new life begin, masa untuk tutup buku lama :D

Hai.

Raya kata BYEBYE
Study kata HAIHAI

Bila dah nak pergi dari rumah ni, mood raya baru la nak datang. Ni yang buat aku sedih ni. Dua tiga hari ni aku rasa macam cepat giler pulak masa berlalu. Esok nak bertolak ke Penang, pagi-pagi lagi. Tapi aku packing pon belum siap. Beratnyerrr hati ni..

Kelantan kata PERGI
Penang kata MARI

Dulu beria nak masuk U la konon, tapi bila dah tiba masa rasa macam nak gantung diri kat pokok la pulak. Serious cuak giler, first time masuk U la katakan. kehkehkeh.


Hari selasa ni, I will officially be an USM-ian. Bangga? Tak kot. Cuak + nervous + takut semua bercampur baur. Rasa macam diri tak layak nak masuk sana, tapi rezeki dah memang kat situ kan. Mungkin ada hikmah aku dapat masuk sana. Dapat jumpa jodoh maybe? kehkehkeh *tadak mende lain nak pikir :P

New life begin. Bukan bermakna semua yang dah berlaku kita kena lupakan, cuma jadikan setiap yang dah lepas tu sebagai bekalan untuk masa depan. Learn lessons form mistakes. Bukan dari kesalahan kita jer, dari kesalahan orang lain jugak. :)
Minggu depan ORENTASI! wargh. tak boleh ke kalau tak de mende alah tu. Rasa macam nak demam pulak *tiba-tiba, haha. Mesti busy giler kan? Mesti aku tak sempat nak blogging selalu macam dulu-dulu. *padahal dulu pon bukannya rajin blogging sangat, haha. 

c ya!


Aug 14, 2011

babysitter or bibik?

Hello. Assalamulaikum.



Well, soalan tu ditujukan untuk aku. Aku pon kompius aku ni yang mane satu. Mana tak nya, semua kerja rumah aku sorang yang buat. Sepatutnya aku jaga budak kecik je. Kes dera betol..

Habes aje belajar dekat KM Kulim, akak aku dah awal-awal tempah aku jadi pengasuh anak dia. Nak tak nak, kena terima jugak la. Penat dowh jaga budak kecik. 
Plus pulak kena jaga budak kecik yang tak berapa kecik. Haha. Giler kentang punyer nakal. Sekali dia sepahkan rumah, peluh menitik ibarat tengah bertani kat sawah bila kita nak simpan balik.

Ha, part sepahkan rumah memang aku hangennn. Penat simpan satu rumah. Then, in a blink of an eye, rumah jadi macam tongkang pecah balik. Nah, ni nama dia bukan lagi babysitter, tapi bibik.

Tu tak masuk lagi part diorang dok gaduh segala bagai tu. Sekali nangis, alamak terbalik dunia aku. Memang takkan berhenti punyer kalau tak cukup setengah jam sorang nangis. Adeh.

Aku pulak memang terkenal dengan mak sedara yang garang. Ehem. Pantang aku tengok budak-budak ni buat sampah. Sekali tegur takpa lagi. Tapi bila berkali-kali dah tegur, and diorang buat lagi, memang melangit la tinggi suara aku nanti. Haha. Kejam tak kejam, budak-budak ni kena ajar sikit.

Dok ngan papa mama diorang boleh la nak manja-manja, tapi dengan aku, rotan la aku hulur sebijik sorang. Tapi tak bagi real pon. Acah-acah je. Kihkih~

Orang kata marah tanda sayang kan? Aku memang sayang budak-budak tu. Plus pulak aku takde adik. Tapi aku tak manja okay! Ehem. Kalau budak-budak tu takde, sunyi giler aku rasa. Bosan pon ye. Takde orang nak bergaduh la katakan.


p/s : budak pompuan tu, budak kecik yang paling nakal. aku pon kadang-kadang rasa nak nanges bila kena buli ngan dia. :p

c ya!

Jul 29, 2011

dah pandai wat header sendiri!

Hello. Assalamualaikum.

Semalam memang gegak giler kan pasal bola, pasal sandiwara si LION segala bagai tu. Hari ni aku dah taknak cakap pasal tu, KECEWA maseh lagi terasa. Siapa yang tak frust kan bila team lawan maen macam haram sedangkan team kita dah put on effort giler-giler untuk dapatkan paling kurang pon agregat 5-5 dengan si Lion tu semalam.

Ok, bola issue's dropped. Aku kembali menceriakan hari dengan wat header baru! Tengok la kat atas tu. Takde la se-lawa yang korang punyer, memang tak leh dinafikan, tapi kira okay la kan? Baru first time buat ni. Aku ni otak tak berapa kreatif sangat pon. Hehe.

Lama punyer.
Ni yang baru. 

Credit untuk entah sape yang dah komen header lama aku tak lawa. Anonymous. Huhu, agaknya dia takut nak kutuk depan-depan kot, so dia wat anon jek. Tape-tape, aku tak marah pon. Tu adalah kritikan membina! ^_^

Sebarang kritikan dan pujian untuk the latest header ni aku terima. BTW, comel tak doodle tu. Kihkihkih~

Jul 28, 2011

Dah boleh cash out churp churp.

Hello. Assalamualaikum.

Aku rasa korang semua dah taw pasal Churp Churp ni kan? Mengikut kata blogger-blogger yang famous amos la, join churp churp ni boleh dapat berlipat kali ganda untung dari Nuffnang. Nak join? Tekan sini.

Tak caya ke? Ce tengok aku punyer churp churp earning.

Pic kecik-kecik dah la. MALU ^_^
HEBAT kann?

Aduhh, macam mane ni. Tolong la aku. Sedih giler kot, asal buka aje tengok telur ayam tiga bijik kat situ. Haha.
Aku tak taw nak promosi churp churp ke ape ni ek?

Teman-teman tersayang, jom klik untuk saya. Nak sambung belajar dah ni. Hehehe. :p
Hmm, tak pon, awk klik saya punyer, saya klik awak punyer. Deal? ^_~

c ya!

Jom tengok kereta baru saya. OWESOME!

Jul 26, 2011

takde maknanye kalau ber-blogwalking dengan tinggal jejak kat shoutbox je.

Hello. Assalamualaikum.

Firstly, dah jarang sangat aku blog jogging kat blog korang and contengconteng kat comment box korang kan? 
Aku memang suka komen entri orang sebab aku taw bukan senang orang nak dapat idea untuk post satu-satu entri tu kan? That's why aku akan cuba jugak komen entri blogger lain kalau aku ade masa.

Tapi belakangan ni aku agak sibuk. Tambah-tambah pulak semenjak dua menjak ni aku tak boleh nak bertapa lama-lama depan lappy, nanti mula la rasa pening + mual. Entah wabak ape pulak yang menyerang. 


Back to the topic, aku tak kata kat semua, MUNGKIN ade jugak SESETENGAH blogger yang jenis drop by kat blog orang lain, tapi just tinggal jejak kat shoutbox je. Then, terus blah. Aku taw memang ade orang yang buat macam ni, sebab bila aku takde masa sangat-sangat nak berlama-lama kat blog korang kan. Tu pon sebab TERPAKSA okay. Bukan sebab malas ke ape.

Nak baca entri orang then nak komen lagi bukan senang kan? Nak-nak pulak bila tenet laju macam kura-kura praktis jalan ala-ala catwalk gitu. Tapi apa salahnye spend sikit masa untuk baca kan. 

Mungkin ade jugak sesetengah blogger ni yang jenis silent reader. Malas nak drop comments. Kalau aku la, aku memang konfirm 100% akan jejak balik orang yang tinggalkan komen dekat entri aku sebab dari situ aku boleh trace yang diorang ni baca entri aku. Kalau yang ber-Hai hai dekat shoutbox tu aku tak heran sangat. Mungkin diorang baca entri kita, mungkin tak. Tul tak?

WARNING !
Entri aku ni bukan nak raih simpati sebab takde pengomen tegar ke ape. Aku taw aku ni blogger newbie je. Follower pon baru berapa aje. Tapi aku nak berterima kasih sangat kat korang yang sudi komenkomen entri aku. THANK YOU ! Nah hadiah ,, Muahhhhh! :P

c ya!

Jul 23, 2011

Best ke kawen ?

Hello. Assalamualaikum.

OK, title entri aku kali ni kedengaran  agak gediks dek kerana aku nk maseh muda lagi untuk fikir pasal kawen bagai ni.

Prince Charming. Wujudkah??


Hari ni dan semalam aku sangat sibuk pergi ringan-ringankan tulang tolong mak sepupu aku yang wat kenduri sambut menantu hari ni. Majlis yang agak grand walaupun hanya majlis sambut menantu sebab dua pupu aku tu kawen dengan Mat Salleh. Walaweyh! Gempak satu kampung (hiperbola aje) :P

Macam-macam performance bole lihat hari ni. Silat, tomoi bagai ade. Agak teruja la, sebab 4 orang akak aku yang dah kawen tu, tak pernah pulak mak aku wat cenggini. Haih, dah lawan tokey (tauke) nampak. Haha.

Bila tengok orang pakai lawa-lawa, bersanding atas pelamin, terasa penyakit gedik di datang menyerang pulak. Gatai! Taw dek mak aku maunyer kena sembur. Degree pon tak habes lagi. Hehehe. Ok, drop the subject.

Back to topic, best ke kawen? Bukan ke kawen ni menjadikan kita lebih banyak tanggungjawab ke? Tanggungjawab kat suami/isteri, kat mertua, ipar duai bagai. Kecut pulak terasa bila fikir betul-betul pasal kawen kan? Risau giler kot-kot, calon suami aku nanti ni anak mak, haih, maunyer dia dengar kata mak dia aje. Kita ni tolak tepi.

Trend sekarang ni kawen laaammmbat sangat dan ceeeeepat sangat. Yang tengah-tengah tu jarang-jarang je. Haha. Kalau tak umo 20 dah kawen, umo 30 la pulak diorang kawen.

Yang umor 20 tu, most of them dah tak nak belajar, konon-kononnya dah pandai pikul tanggungjawab jadi suami/isteri. Yeke? Mak ayah pon belum tentu boleh tanggung lagi. Ni aku cerita bukan refer kat semua okay, kay sesetangah aje. Kang tak pasai-pasai ade yang melenting pulak. Peace =.='

Kalau yang umor 30 tu pulak, biasanya kalau laki orang tak pelik la kawen umo 30. Kira ikut piawaian antarabangsa la tu kot. Haha. Tapi kalau pompuan ni pelik sikit. Mostly, wanita yang sangat pentingkan kerjaya akan kawen lewat. Ekonomi mesti stabil dulu beb!

Kalau aku la, aku rela kawen lewat. Tolong kemaskan dulu poket mak ayah aku (insya-Allah panjang umor diorang) dulu, baru la aku akan fikir pasal kawen nikah ni. Tapi jodoh dan takdir semua kat tangan Tuhan. Kita cuma rancang je. Kalau jodoh sampai awal, alamatnyer kena redha jer lah kan. Tu namanya rezeki. Haha.



gtg~
c ya!

Jul 11, 2011

Facebook Account Hilang!

Hello. Assalamualaikum.

Mark Zukerberg tengah renovate dia punya Facebook ke? Tranjatt gegul bila bukak aje Facebook kuar mende alah ni.


Huh, baru aje nak tinjau FB sebelom pergi bukak puasa dengan parents. Ni mesti kes Zukerberg nak lawan Google ni. Maklumla Facebook dan Google social web yang paling laris sekarang ni. Google pon dah renew profile blogger bagai, Zukerberg pon ape lagi kan?

gtg~
c ya!

Jul 10, 2011

Mega Giveaway by Yana & Cik putih

Hello. Assalamualaikum.

Ok, kali ni aku nak join GA lagi. This is my second GA. Yang first, click sini. FYI, GA pertama tu pon belom lagi ada pemenang. So, doakan aku berjaya kehkeh ~

Kali ni aku di tag oleh teman tapi mesra aku, si senget MIRA *jangan mara eaa peace =.='. Disebabkan ekonomi tengah gawat sekarang ni, purse pon kering kontang so kalau ada sape-sape aje yang organise GA or contest, mesti aku takkan lepaskan peluang la. Apa salahnya kan. Lagipon bukannya kena beratur pi beli tiket pon untuk join kan hoho. 


sape-sape yang nak join jugak sila klik pada banner ye.

Hadiah yang ditawarkan memang superb giler. Gua cakap lu memang owesome babe. That's why aku excited sangat. *dapat barang free la katakan. kehkehkeh ~

Berikut adalah senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 

Gempak giler kan? Now,
Jom kita tengok syarat-syaratnya pulak:

1) Follow blog Yana dan juga Cik Putih
2) Buat entry "Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"
3) Copy banner diatas dan linkkan ke entry ini
4) Tag 3 orang rakan korang. Make sure tahu pasal Giveaway ni
5) Like fan page Yana & Cik Putih *kalao sudi ye*
6) WAJIB tinggal link entry korang di ruang komen
7) Copy senarai sponsor

Senang aje kan? So jom la kita join ramai-ramai. Tapi kalau korang taknak join pon takpe. Kurang sikit competition nanti. Ahakxx
Last, aku nak meng-tag :

HEHEH, selamat men-join-kan diri. :)

gtg~
c ya!

menolak yang lebih baik bukan bermakna kita rugi.

Hello. Assalamualaikum.

Hari ni 10hb, meaning that my last day nak wat confirmation dengan pihak MARA either nak terima offer diorang or not. Ok, for those (member-member lama) yang tak tahu, hari ni aku nak confess la sikit. Pasal interview Mara yang hari tu, sebenarnya memang aku pass.

Sebelum tu, baca sini dan jugak sini.

Mungkin ada sesetengah je yang taw. So, to make it clear for everbody, lebih baek aku post aje dekat cni kan. Harap-harap korang baca la. Kat korang-korang yang aku tak sempat nak mesej tu, harap-harap no heart feeling la ngan aku yer, sebab dua tiga hari ni aku pon tak berapa betul. DILEMMA.



Sesetengah orang mungkin cakap why nak fikir panjang-panjang lagi kan. Terima je la offer tu, bukannya senang nak dapat offer belajar kat luar Malaysia, under MARA lak tu. Aku yakin 100% yakin, dala ramai-ramai yang dapat, aku sensorang je yang tak konfident nak terima ke tak offer ni. The reasons is, aku taw yang aku bukan la otai subjek biology dan aku taw minat aku bukan menjurus ke arah Medic.

I'm more to Maths okay. Yang lebih parah lagi, subjek yang memerlukan memorising ni la yang selalunya jadi subjek killer aku every exam yang aku sejak dari zaman comot kat sekolah rendah lagi. Even though aku manage untuk dapat A or lulus, tapi orang yang selalu ada dengan aku je yang tahu macam mane seksanya aku belajar untuk memorise everything. Penat dowh camnieh hahax.

Orang yang dekat dengan aku selalu cakap, ' Engkau ni tak pernah-pernah settle dengan masalah dilemma. Dilemma, dilemma dan dilemma' .Hm. Even mak aku sendiri cakap macam tu. Sampaikan dia pesan dekat aku, 'Jangan nanti nak kawen pon engkau jadi macam ni jugak' *errr..??

To decide something for the sake of our future is not that easy right? To be frank, this is the first time aku rasa terbeban yang amat. Sebelum ni, aku memang seorang yang susah nak decide something. Tapi, aku rasa this time is the hardest one. Kalau salah pilih, memang merana la aku, gelap masa depan. Aku tak taw nak tanya sape, nak share ngan sape. Not because aku takde kawan or what, tapi sebab takde orang yang betul-betul faham perasaan aku. Hanya orang yang macam aku je yang akan faham aku. Eh, ape aku melalut ni. Just ignore ok. :P

Ok, tadi aku dah google la pasal mende yang akan belajar bila amik medik nanti, and i've found this. Klik je kat situ kalau korang nak try usha. Then, first thing comes in mind

"Yeah. Reject the offer"

Pastu, akak aku datang umah, than aku cite la aku dapat offer, but aku belom wat decision. Than akak aku kata, 'Takkan la engkau nak giveup awal-awal lagi, try pon belom. Lama-lama u'll get used la dengan medic tu'. Then, aku mula rasa

"Ok, aku kena fikir balik pasal ni"

Hmmm. Giler betul kan aku ni. Tapi last-last jawapan aku REJECT adalah yang terbaik. Aku tak pernah berharap untuk jadi seorang doktor yang kaya raya tapi asyik stress aje, tapi aku nak jadi seorang yang yang sentiasa gembira dengan ape yang aku buat, ape yang aku belajar. USM is waiting. So, i think this is the best choice.

Dengan bangga aku tolak. -.-'

Menolak tawaran yang sangat HEBAD bukan bermakna kita menolak peluang untuk menjadi salah seorang yang berjaya. It's just we have to think and give some time and space to ourselves to succeed like others in different ways. In our own ways. Mungkin ada hikmahnya. Well, everything happens for reasons. :)

Pendapat anda? *nak jugak tanye pendapat orang HAHA.

gtg~
c ya!

Jul 9, 2011

selipar jepun jadi pujaan hati?

Hello. Assalamualaikum.

Sama ada korang perasan ke tak sekarang ni memang dah jadi trend, kuar rumah pakai flip-flop je. Flip-flop atau nama yang sangat famous kat Malaysia ni, selipar jepun.


Korang taw tak macam mana selipar jepun ni dapat nama dia kat Malaysia ni. Dah aku tanya kat mak aku, dia cakap aku buang tabiat haha. So, dengan gigih aku meng-google, ni la jawapannya :


HAHAHA. Boleh caya ke? Entahla, yang penting selipar jepun memang terhangat dipasaran sekarang ni. Dah ade macam-macam pattern dah skang ni. And kalau korang nak taw, kadang-kadang selipar jepun yang orang dok tengok sebelah mata je tu, harga dia sama@lebih mahal dari wedges or heels bagai. Dahsyat kan?


masa mula-mula keluar *zaman mak nenek

Nah, ni selipar jepun zaman sekarang. Macam-macam betul HAHA.







Selalunya kredit kat pompuan la sebab ada banyak pilihan. Nah, xkan lelaki nak pakai selipar jepun katun yang bunga-bunga pink kot.*bajet kiut ke. haha

Kalau pergi mana-mana aje, sekarang ni dah jarang aku tengok yang pakai selipar && kasut yang ladies look tu. Mostly rembat selipar jepun aje. Aku ade je 1. Nak kata selipar jepun tu takde la sangat. Tapi more to sandal tapi yang plastik punyer macam selipar jepun tu. Pakai selipar jepun ni best aje sebab senang dan simple. Takyah nak belit-belit kaki dengan tali bagai macam heels and etc tu. Kalau nak jalan && lari pon senang, probability nak tersungkur tu takde la kan. hehe


gtg~
c ya!


Jul 8, 2011

Akhirnya..

Hello. Assalamualaikum.

Hari ni agak lewat aku update entri baru sebab pagi tadi aku sibuk kena kemaskan rumah, basuh kain dan lipat kain bagai, lepas tu pulak aku pegi ringan-ringankan tangan tolong mak aku dengan bisnes kuih raya dia. Mana la tau kan, nanti raya terbuka pintu hati mak aku nak bagi duit raya lebih hehe. *kerja tak ikhlas :p.

Tapi bukan tu yang aku nak share dengan korang hari ni. Well, semua orang tahu kan hari ni 8 Julai, tapi tak semua tahu yang hari ni result interview MARA bagi tajaan mengikuti medic-twinning-programme dekat Bandung.

Sebelum tu, baca sini.


Tahniah la kat sape-sape yang berjaya interview tu, hope korang pergi. Jangan lepaskan peluang yang dah ada depan mata. Kalau diikutkan susah, belajar semua benda pon susah kan. Nah, kalau nak senang kawen jela. :p

Aku pulak? Pass ke failed?
Komen aku cuma "ALHAMDULILLAH" . Rezeki masing-masing kan. :)

gtg~
c ya!

Jul 6, 2011

saya nak t-shirt domo kun

Hello. Assalamualaikum.

OK, korang dah taw kan aku giler minatt dekat domo. Dah sampai tahap boleh masuk ICU kalau tak dapat domokun ni kan. So, tadi Ainon Dreamergirl men-suggest-kan aku buka blog Cik Pupel , walaupon tak di tagged aku tetap nak join GiveAway ni. *desperate!


OK, sesape yang nak join jugekk boleh la click kat gambar di atas keyh?
jom kita join ramai-ramai
^___________^

Well, aku perlu menang giveaway ni. *err..hehe. Aku naknak sangatsangat dengan t-shirt domokun ni sebab domo ni comeeellll sangat. Gojes dan kiyut. Aku suka sangat dengan muka scary Domo yang tak bape nak scary sangat bagi aku tu hohoho. Then, aku naknak sangat dengan t-shirt ni sebab aku tak pernah ade t-shirt katun-katun yang kiyut-miut macam ni. So, bagi la aku chance nak pakai t-shirt ni, boley la merasa jadi kiyut jap kehkehkeh =.='
Lepas tu pulak, aku sekarang ni penganggur sementara *before masuk u. So, aku mane la ade fulus nak beli-beli barang sekarang ni. Dats y aku perlukan t-shirt ni. Poor me kan, huhu.
Last sekali, aku perlukan t-shirt ni jugak sebab kalau aku dapat, then aku tak muat ke ape ke, aku nak bagi kat anak sedara aku. Bufday dia dah lepas tapi aku tade bajet nak beli hadiah, hohoho.

Dengan ini saya ingin meng-tag :

Ok, DONE!. Saya dah pon follow Cik Pupel . TQ untuk Cik Pupel sebab dah organise GA ni. Saya teruja sangat taw. FYI, ni contest pertama yang saya join. Harap Cik Pupel bagi la chance utk saya menang kehkehkeh~
gtg~
c ya!

Jul 5, 2011

crazy of you!

Hello. Assalamualaikum.

Grrrr,,sangat gedik tajuk entry hari ini. Tapi ini adalah realiti dan bukan fantasi semata-mata. Memang aku dah tersangat gilakan DOMOKUN. Well, walaupon bagi sesetengah orang Domo tu takde lah menarik sangat tapi bagi aku ' woowww,,gila comelllllll' . Aku suka giler muka scary dia tu hoho. Tapi masalahnye bapak mahal Domo ni. Hari tu aku survey dekat Citijaya, keychain yang kecik tu, ala boleh la aku kata sebesar ibu jari, haa yang tu aje pon dah RM8. Wth ?!@#$%^*&;

Sekarang pokai tapi tapi tapi aim aku, before register u bulan 9 nanti, aku mesti pastikan Domo ade dengan aku. Haihh. Tak kisah la, keychain ke, doll ke, t-shirt ke, cap ke ape ke haha. *addicted.

Ade ke sape-sape yang tak suka domo? hey, Domokun has invaded the Earth. SEE! haha. *backup domo.



CAP

Hoodie pon ada. smart kan? hoho

model wearing domokun suit.
hm, nak pakai cam ni jugeek! HAHA
*pengsan mak aku

sape-sape wat GA or contest,
bagi la hadiah tshirt ni. :)

beli bawak g lecture. HAHA


kalau yang ni, nak kena beli iphone4 dulu la. Hm.

haha. ade jugek!


gtg~
c ya!

Jul 3, 2011

tips : kawal nafsu makan

Hello. Assalamualaikum.

Everyone loves to eat right? Memang jarang punyerlah jumpa orang yang tak suka makan. Aku pon suka makan, tapi sekarang ni aku sedang mengawalnya so that makan ni tak menjadi one of my hobbies masa cuti ni. Aku taknak la nanti pergi sambung belajar, kawan-kawan yang dah kenal aku sebelum ni cakap 'wei, kau ni makin gemuk la' . Hish selisih malaikat 44 ^.^



Aku yakin memang ade segelintir orang yang bila stress or down sikit, memang makanan la yang diorang cari. *aku dulu pon macam tu hoho. Ade pulak, mase tak stress pon dia emmang kuat makan. Selera tinggi la katakan. So, bila ada masa terluang ni, aku nak share la sikit ngan korang cane nak kontrol sikit makan tu kan. Let's check it out ^_________^

1. Tunggu 10minit

  • Bila korang terasa macam nak nak aje makan, give yourself 10minutes before u eat anything. Fikir betul-betul dulu korang nak makan ni sebab lapar atau sebab appetitite korang yang tinggi mase tu. Maybe tengok ayam golek macam best giler, korang pon nak makan, walhal mase tu korang baru aje lepas menggomol membaham sepinggan nasi huhu. Then, selepas 10 minit tu, tengok kalau-kalau korang still nak makan or your food thoughts have faded.
2. Lakukan sedikit pergerakan
  • Biasanya kalau kita takde kerje nak buat, contohnye asyik dok menghadap tv aje ke, mesti korang akan terasa macam nak makan kan? Sebab tu la kebiasannye bila orang cuti lama, badan dia akan naik. Sebab takde kerja nak buat kan. So, kerja dia asyik nak makan jer lah. Ok, time ni la korang kena sibuk-sibukkan diri sikit. Try wat something that gets u moving. Contohnye, have a brief walk ke, lompat-lompat ckit ke. Doing some physical activity will usually revive us better than lying on the bed or couch with chips.
3. Minum air
  • Minum air masa lapar ni memang petua akak aku sejak azali lagi. Bila badan kita kekurangan air, kita akan rasa lebih lapar. Being dehydrated can add to your fatigue too. Sama ada korang percaya ke tak, korang akan rasa lebih kenyang bila korang minum segelas air masa when u get hungry. Paling tak pon, korang buat aje segelas milo kurang manis, memang konfirm dah tak lapar lagi lepas tu. Nak jimat pon boleh haha.
4. Dapatkan rehat yang cukup
  • Kalau korang ni jenis yang suka stay up untuk study korang akan taw yang tido leat akan buat kita lapar yang amat. Walaupon u already have your dinner, pukul 2 @ 3 pagi tu korang akan rasa lapar balik. Ni sebab badan korang dah penat waktu tu. The best way is, stop forcing yourself to do any work when your body need some rests. Paling-paling command pon, take a nap. Give your body enough sleep and rest. Seboleh-bolehnya tido awal la setiap hari.
5. Distract yourself
  • Bila terasa nak makan, do something that will your mind off what u feel. Macam sibukkan diri la. Biasanya, kalau badan letih, badan akan kurang rasa lapar, but more to thirsty right? Tapi bagi aku, doing something yang boleh buat kita leka akan kurangkan rasa untuk makan. Macam aku, bila dah menghadap lappy, kadang-kadang aku terlupa untuk makan. Perut pon macam bagi support, takde la pulak dia nak keluarkan lagu ke ape pulak.

Aku rasa setakat ni aje aku boleh tolong korang. *cewahh. Rasa macam aku ni pakar pemakanan lak. padahal diri pon tak terurus haha. Tapi kire okay la kan, sharing is caring. Sambil-sambil aku share kat korang, aku praktikkan jugak slow2 kan hoho.

okelah, gtg~
c ya!

Jun 30, 2011

bertarung nyawa =.='

Hello. Assalamualaikum.

Entri aku kali ni agak sedih. ^.^
Dah dekat setahun dia bersama aku. Suka duka pahit manis kehidupan dah kami lalui bersama. Dia jugak lah yang selalu menemani aku tika aku sedih, stress dll. Kemana aje aku pergi, mesti dia ikut sekali. Aku tido, dia pon tido. Aku makan, dia pon makan. Pendek kata, hidup dia hanya untuk aku laah. Tapi sekarang ni dia tengah sakit. Tengah bertarung nyawa. Aku tak taw ape sebenarnye sakit dia. Belum sempat lagi nak bawak jumpe specialist sebab aku tengah ke-pokai-an wang sekarang ni.










nie lahh 'dia'


Maaf yer sayang, tunggu sikit masa lagi saya bawak awak jumpe doctor walaupun saya taw peluang untuk awak sihat macam dulu sangat tipis.Tu laa, hari tu sape suruh awak terjun bangunan. Haa, kan dah lumpuh *padan muka awak. =.='

Sesungguhnya awak dah sangat berjasa kat saya sepanjang hidup awak. Hmm. Kalau awak nak mati pon, tunggu la saya cari pengganti dulu. Susah taw awak, kalau saya tak der partner species awak ni. Boleh lumpuh tangan dan kaki saya.

enuf~
mood berselerak.
c ya!

Jun 29, 2011

cinta muka buku ;)

Hello. Assalamualaikum.

Korang yang dah kenal aku mesti taw kan aku memang ketagih dengan Facebook suatu masa dulu. Kalau sehari tak buka FB memang tak sah, resah gelisah aje. Kalau on9, kadang-kadang sampai mak aku bangun nak solat sunat pukol4 pagi tu baru aku nak masuk tido. Hmm. Entah ilmu ape la yang Mark Zukerberg pakai sampai aku jadi macam tu. Memang dah lali telinga aku kena bebel ngan mak aku. Yela, tade keje kan, dok on9 sampai kul 3 4 pagi. Lepas tu mula la nak bangun tengahari. Kalau dulu-dulu, mase ni belom tentu ak dah bangun taw tak? Kerja rumah mula la tertunggak. Dat's y la aku asyik dengar ceramah free.Tapi sekarang ni aku dah jarang on9 lame-lame depan FB. Sekarang ni aku dah addict balik dengan BLOG tak lawa aku ni hahaha.

Semalam aku rasa bosan sangat on9 Facebook. Aku tengok chat, ade 182 users on9. Tapi tadak sekoq pon tegur aku. bosan! bosan!!. Nak tido pon terasa awal lagi mase tu. So aku tinjau-tinjau dekat aku punyer home. Maybe aku yang terlambat amik taw dengan perkembangan semasa sekarang ni, tapi lagu Cinta Muka Buku baru semalam aku dengar haha. Macam katak bawah tempurung lak aku rasa. Well, sekarang ni kan aku full-time bibik, ne la ade masa nak enjoy-enjoy sangat. -.-'

Sape-sape yang belom dengar lagi, ce la dengar. Hmm. *korang lagi katak bawah tempurung la nampaknye dari aku HAHA.


Jemput-jemput la klik button play tu. Enjoy this song. Bagi aku, lagu ni sweeeeeett sangat. Kena hayati lirik dia la, baru bole feelim. huhu
Entah nape,aku rase mesti ramai tang tacim dengan lagu ni. Yela, ramai yang jatuh cinta dengan teman MukaBuku kan? alala, tanak ngaku lak.. Dah korang 24hours dok hadap Fb aje, takkan la takde yang sangkut sorang dua kan? haha. Kalau aku, aku memang TAK la. *errr? Frankly speaking ade jugak la yang rase berminat tapi tapi tapi aku tak berani sangat dengan strangers ni. Setakat tegur-tegur tu boleh la, nak lebih-lebih, boleh jalan daaa hoho. Lagipon bagi korang la kan, korang caya ke dengan cinta cyber ni? Orang kata ape, cinta alam maya? aduhh. Berpuaka je aku dengar haha. Macam tak realistik. Tu pendapat aku buat mase sekarang ni la kan, mane la taw kot-kot Allah dah takdirkan jodoh aku ada dalam salah sorang friendlist aku tu nak wat camane kan? *oh,,,no !

p/s : Add la aku dekat Facebook. Bole tambah-tambah kawan kan? ^.^

ok enuf dulu.
gtg~
c ya!


Jun 28, 2011

ulangtahun ke-10 !

Hello. Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang tak tahu aku ni seorang mak sedara kepada 12 orang budax2. Amacam? Hebad tak? hehe macam da tua sangat lak aku ni. Tapi tak kesah la kan, nampak la mature ckit. Orang kata, sifat-sifat keibuan dalam diri tu dah tersemai hahax *berlagak giler. Kalau orang tua-tua tengok mesti dicanainya aku, mesti diorang dah letak aku dekat ranking yang paling top punyer lah nak wat menantu. Advantage tu, biasala kan orang tua-tua dekat kampung ni, memang suka bawak cerita. ye dak? HAHA

OK, today 28th June is my eldest nephew's birthday. Hari ni dah genap 10 tahun umur dia.



Hmm. Kalau dia xmau solat lagi, dah boleh la aku sebat dia dengan rotan. Kan dah genap 10 tahun!. haha. padan muka ekau wahai budak. Well, kat rumah ni aku memang terkenal dengan keGARANGan aku. Diorang semua memang tak berani punyer-lah nak menentang kata-kata mak sedara dia yang seorang ni haha. TAPI, ade tapi jugak haha, kadang-kadang tu ade la yang tak dengar kata. Mamat yang sorang ni la. Aku memang kurang garang ckit dengan dia, sebab ape-ape aku suke share ngan dia. Dia jugak la partner aku bila nak tengok bola. Memang gempak la bila suara kami berpadu. Lagi best bila mak aku join. *Hebad kan mak aku? hehe. Budak ni bila aku buat baik mula la dia nak pijak kepala. Ape yang aku cakap buat tak endah aje. Kadang-kadang aku sabar je, sebab dah penat nak gadoh ngan dia, kadang-kadang pulak, aku rase macam nak terajang je. Biar patah tulang-tulang kau tu. Kejam kan mak sedara macam ni haha. Takde la, paling menyengit pon, dia kena cubit && tarik telinga je. Takkan la aku nak smackdown lak, aku sayang lagi dia. Ibarat macam adik aku dah. Tambah pulak dengan badannye yang besar & takde rupa budak standard 4 tu.   Paling aku tabik, dia memang sayang giler kat adik-adik dia. Memang risau giler muka bila kitorang acah nak jual adik dia. HAHA.

kek birthday. akak aku lupe typo name2 kat atas tu. HAHA

upacara potong kek?

ni la birthday boy tu. standard 4.
mesti korang susa nak caya kan? HAHA

swit x budak tu? adek dia ler tu. ;)
Well, aku belom pon introduce-kan lagi birthday boy kan? Actually aku terlupa hehe.

Name : Muhammad Luqman Nur Hakim
Nickname : Hakim @ Along
Umoq : 10 Tahun
Briefly description : seorang yang sangat lembat dalam pelajaran tapi sangat cekap bila masuk bab-bab komputer ni. Kadang-kadang aku terkagum sendiri dengan kelincahan otak dia yang nak taw pasal semua benda tu. huhu

Wishes : SELAMAT HARI LAHIR. Along, ekau ni besar dah la. Ce dengar ckit nasehat-nasehat berguna dari mak sedara tersayang nii. HAHA

enuf dulu
gtg~
nunite 
c ya !

single itu menyeronokkan!

Hello. Assalamualaikum.

Gud morning everyone! *saje bajet-bajet ade je orang bace blog aku ni. -.-

OK, ramai yang kata hidup single tu membosankan. Ade gak yang cakap orang yang single ni sebenarnya sombong, ego tinggi, jual mahal, nak yang perfect je. Sesetengah orang pulak kata orang yang single ni tak laku. *errrr,,sangat terasa oke. -.- Hm. Aku pon single. Tapi aku tak rase pon aku ni macam yang orang dok cakap tu. Biasala, lain orang lain tanggapan, betul tak? Kalau semua orang sependapat aje, makanya tiada lah variasi dalam bumi kita ni huhu.



From my point of view, being a single one tersangatlah menarik. tak caye? well, orang yang single, nak pergi mane-mane pon boleh, tak perlu la nak mintak izin dengan pasangan dulu. Ni tak, nak g mane-mane, kena roger dulu. Kalau tak, alamatnye perang la lepas tu. ye dak? huhu. Pastu p manemane mesti la jumpe orang yang bapak punyer cun n ganteng kan? ha, mase tu la kita boley manfaatkan mata cantek yang Allah anugerahkan ni tanpa rase bersalah. yela, dah kita tade pasangan kan, so usha je lah. nikmat tuu. *makesure mase padangan pertama tu korang tak berkelip.tengok sampai puas hahaha ^.~ 

kalau kapel, mase bufday pasangan tu, mesti hangpa pening pale dok pikir hadiah ape yang nak kena bagi. Nak bajet duit lagi. Kalau la masr tu ekononi tengah gawat, mau nye lagi la pening haha. Tapi bear in mind ye kawan-kawan, memberi tu biar la ikhlas. Kalau break off ke ape ke, tak de la nak ungkit-ungkit lagi kan? hehe
single is not just a status. It is a sign that kita ni sangat berharga. Tapi TAK la pulak aku maksudkan orang yang kapel ni tak berharga. Cuma bila single, orang selalunya akan pandang tinggi kat kita. Orang laen pon senang nak fren kan? Dekat Facebook tu, sesetengah orang aje yang berani nak ber-hai2 dekat orang yang letak status 'in a relationship', xpon, 'in a open relationship'. Memang berannn mati lah mamat tu, xpon minah tu haha. Single is also a sign that we are wiser than others do. Nak pilih calon untuk diri mesti la yang terbaik kan? Tak guna bercinta kalau tak sehaluan, tak saling memahami. Single is better lah kalau macam tu. ;)

Yang paling aku tak ley blah sekali, nape masih ade jugak orang yang kapel sebab desperate? Kawan kapel, dia cbuk nak kapel jugak. Macam rase tercabar gtu. cehh~ kalau la aku jupe orang macam ni, memang aku tibai cukop-cukop. Awat hang takda perasaan ka nk mempermainkan orang. Bole bla laaa. *sori kasar ckit huhu. Aku memang pantang jumpe orang yang macam ni. Hmm. Tapi aku taw bukan semua macam tu, cume segelintir aje. Tapi disebabkan segelintir orang ni la sesetengah orang serik nak kapel lagi. kan? Kapel pon takde yang salahnye *bagi aku la hehe. Tak salah kalau kita taw jaga adat dan batasnya, taw ape yang haramnye. Perhubungan yang sihat selalunya bertahan lama :) Gaduh kecik-kecik tu biasala. Orang tua-tua kata, sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan pula kita manusia yang sememangnya tak de yang sempurna ni kan. Adat la tu, dalam perhubungan mesti ade pasang surutnya. Kalau dah terasa tak sehaluan sangat, just let them go. Mungkin ade orang lain yang lebih baik dan sepadan dengan korang.


cewahh, panjang lebar aku bagi nasehat. Diri sendiri pon xter-nasehat. HAHA. takpe la, mane yang kita boleh share, kita share kan.y not? Kan sharing is caring? huhu. Last but not least, kepada yang single tu, jangan la terasa kerdil sangat. Ramai lagi kawan kita nu ha yang single *termasuk aku.haha. Ade yang siap add aku dalam KELAB SINGLE/BUJANG kat Facebook. haha. lawak giler.

btol kan? Allah dah reserve-kan somebody special kat kita. Cuma kita aje yang perlu sabar menuggunya. huhu.
gtg~
daa
c ya!

Jun 27, 2011

ohh, i wish !

Hello. Assalamualaikum.

Tengahari tadi aku dok lipat kain yang bertimbun-timbun *bapak banyak kat depan tv sambil-sambil tengok cartoon ngan anak sedara aku.Then, mase iklan tu, terasa macam naknak aje picit remote control yang dah usang tu. Biasanya aku suruh aje anak sedara aku. Belek punye belek channel, opssss iklan dari McD, ngah promo GCB diorang yang memang ada at only limited time. looks yummy. speechless kjap aku. HAHA umm marvellous..tapi bila nengok di hargonye, cek raso aih, telan ayaq liuq ja la kot. well, ekonomi gawat la katokan. =.='

guulllppp~
aku nak! nak jugak! nak jugak! nakkkkkk !! *sambil hentak-hentak kaki. hekhek~
tape,tape. ckit mase je lagi..dia pasti akan jadi milik aku. akan aku pastikan! HAHAHA *gelak jahat =]

enuf. mood ta le blah. huhu
c ya!


shawl pertama =p

Hello. Assalamualaikum.

ari ni agak awal aku ber-blogging sebab hari hujan. so, xperlu nak jemur kain ke ape ke, sebab xde tempat nk jemur. tambah menyenangkan kerja aku lagi, ari ni aku xperlu nak susa-susa untuk serve-kan brekfes sebab abah aku puasa. puasa? YELA, sunat ari insin && bulan rejab. walaweiii, aku pon da ilang ingatan lahh. ^^ seperti yang korang taw *walaupon korang xtaw pape, wat-wat taw je haha, aku neh sorang yang agak susah nak buat perubahan. Keyakinan diri tu agak kurang berbanding orang lain. Kadang-kadang, orang dah sampai ke Europe, tapi aku baru dok kt KLIA. Kalau tak caye, tanye cik miera, HAHA.

Mira selalu gak ajak aku join dia pakai shawl. Aku ni bukan ta nak, kadang-kadang terasa gak nak bergaya ngan shawl ke, pashmina ke, ape-ape lagi la, tapi aku risau ta sesuai ngan muka aku. Well, muka aku kan sebulat BULAN. fobia dowh ^^
OK, akhirnya aku berjaya membuat perubahan setelah di promo oleh miera haha. Jalan punyer jalan ngan dia kt mall, lastly aku borong jugak sehelai pashmina. hmm. see! aku tidak fobia lagi. HAHA

ni la hasilnya.
*comot kan budak ni. xpela, first trial la kataka. hekhek ^^
oklah.
gtg~
c ya!