Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Aug 18, 2011

Kata yang bermakna, tapi sukar di lafaz!

Hai !


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta



Tiga kata -KRU

Pernah dengar lagu ni tak? Aku suka lagu ni, giler kentang punyer suka. Bagi aku ni bukan lagu gedik dari seorang kekasih untuk kekasih dia aje. Ehem. It is universal.

Tak caya? Hayati lirik dia.

Ok, aku taknak cerita pasal i lap u, u lap me, between lovers. Tapi, between friends and family.
Sama ada korang perasan atau tak, lidah kita memang terkelu untuk cakap

' I love u, my fren'  'I love u mak' 'I love u abah'

Jarang didengar dan jarang disebut. Ye dak?

Mungkin ada antara kita yang memang dah terbiasa dengan semua ni. Tapi aku sendiri admit yang aku pon kadang-kadang susah nak cakap mende-mende cenggini. Ehem. Setakat cakap dalam hati je.


Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa


Kalau nak cakap-cakap 'aku sayang kau' kat wall FB kawan tu memang tadak hal la. Tapi bila berdepan, semua tu cuma hadir dalam hati je, tak terzahir di mulut.

Kenapa susah sangat yer? Sedangkan diorang adalah orang yang kita sayang..

Korang pernah rasa cenggitu tak? Aku 100% yakin, lelaki lagi la susah nak cakap-cakap mende cenggini kat kawan-kawan and family diorang. Kalau kat awek tu boleh pulak kan, dah cakap 100 kali dalam sehari pon still nak cakap lagi.


Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar



Kadang-kadang kita tak sedar betapa berharganya orang sekeliling kita. Kita tak hiraukan perasaan diorang. Kadang-kadang bila nak tegur, kita main tegur je. Maklumla dah lama kenal kan. Mungkin kita terlalu selesa dengan title KAWAN tu. Tanpa kita sedar, dah banyak perasaan kita guris. 


Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah



So, kawan-kawan aku, andai tiada hari esok untuk kita, aku nak korang tau aku sayang korang *malu
Tak cakap woaini tak bermakna aku tak sayang korang, tapi mungkin aku terlepas pandang tentang ni. Aku taw ade je kawan yang berjauh hati dengan aku. Aku tak sengaja ^_______________________^



c ya!

Untuk kawan-kawan blogger : saya sayang awak semua. tima kaseh support saya! hee :D

Aug 17, 2011

bila cikgu tak bertauliah menjalankan tugas..

Hai !

pic : ehsan gugle.

Today is a very hectic day for me. Ter-speaking pulak. Maklumla dah lama tak practise MUET macam kat kolej dulu. Ehem.

Penat yang tak terhingga. As for now, aku tiap-tiap hari, dari pagi sampai petang kena p tolong mak aku wat bisnes kueh raya. And u know what, 2 minggu lagi lebih kurang nak raya kan? Beribu-ribu lagi tempahan biskut tak siap. Kaler mata aku pon dah jadi wane kuning semacam, sebab lama sangat tengok tepung adunan. Ngahaha!

Hari ni aku terpaksa siapkan order yang orang nak datang amik hujung minggu ni. Ape lagi, marathon aku sorang-sorang dalam rumah. Ade sepupu pon cesdale jugak. Selamba dia tinggal aku sensorang buat kueh raya. Kalau ada dia cepat la sikit kerja aku. Bole la aku suruh dia wat. kahkahkah.

Drop the subject.

Tengah-tengah syok layan perasaan sensorang, mak sedara aku mintak tolong mark paper student dia. Student standard one, ape la sangat kan paper dia. So, aku terima aje la. Bukan susah pon. *berlagak



Ok, nak buat confession sikit. Malam ni aku skip terawih. kehkehkeh.

Before g terawih, ade 4 bungkusan mak sedara aku tinggalkan dekat aku. Paper yang aku kena mark lah tu. Hamekkau. Ingatkan sikit. Tapi takpe, standard one je pon. *still berlagak lagi

Setelah sejam berlalu, korang taw ape yang jadi?


Guess what? Aku tertido dekat meja. Penat dok terlentok kat meja, aku p berlunjur dekat sofa sebelah meja tu pulak. Ni lah yang jadi bila cikgu tak bertauliah duduk marking paper! kehkehkeh. 

Penat dowh nak mark paper. Plus pulak bila budak-budak bagi jawapan yang memang takde dalam skema. Jawapan tak salah, tapi tak 100% betul la. Camane nak tanda? Pening..pening. Lalat pon tak sepening ni. Ngahaha!

Moral

Jangan ingat jadi cikgu ni senang. Nak layan karenah budak-budak ni pon satu. Yang kecik dengan cara budak kecik dia lah, tak dengar kata. Yang besar dengan cara tak sememeh dia lah, ponteng kelas segala bagai.

And, bukan mudah nak ajar student something sampai dia faham. Andainya student dia tak faham mende yang dia ajar, masa exam nanti dia jugak susah. Pening nak mark paper budak yang jawab entah pape tu pulak kan? kehkehkeh.

Konklusinya, jangan amik risiko untuk jadi seorang cikgu. ngeh3!

p/s : to our teacher-to-be Amira, maap yer. kihkihkih!

c ya!

Aug 14, 2011

takut ker dengan hantu?

Hai !

Disarankan baca entri ni dalam gelap. Lebih afdhal la katakan.. kihkih ^_^

Korang percaya ker kat dunia kita ni wujudnya makhluk Allah yang di panggil HANTU tu? Dulu aku tak percaya mende alah tu wujud, tapi sekarang ni bila dah semakin besar, dah macam-macam mende aku lalui kat sekolah. Now, dah percaya kot sikit-skit. Kihkihkih ^.^

Betul-betul wujud atau tak, Wallahualam. 

So, back to my question. Takut tak dengan hantu? Kalau pompuan jawab 'YA' tu memang aku tak heran la, tapi kalau lelaki jawab camtu, boleh dikira sebagai LEMBIK ke? HAHA. Just joking okay.












p/s : jangan ingat pocong takde dalam bulan pose ni. hi hi hi !

c ya!


babysitter or bibik?

Hello. Assalamulaikum.



Well, soalan tu ditujukan untuk aku. Aku pon kompius aku ni yang mane satu. Mana tak nya, semua kerja rumah aku sorang yang buat. Sepatutnya aku jaga budak kecik je. Kes dera betol..

Habes aje belajar dekat KM Kulim, akak aku dah awal-awal tempah aku jadi pengasuh anak dia. Nak tak nak, kena terima jugak la. Penat dowh jaga budak kecik. 
Plus pulak kena jaga budak kecik yang tak berapa kecik. Haha. Giler kentang punyer nakal. Sekali dia sepahkan rumah, peluh menitik ibarat tengah bertani kat sawah bila kita nak simpan balik.

Ha, part sepahkan rumah memang aku hangennn. Penat simpan satu rumah. Then, in a blink of an eye, rumah jadi macam tongkang pecah balik. Nah, ni nama dia bukan lagi babysitter, tapi bibik.

Tu tak masuk lagi part diorang dok gaduh segala bagai tu. Sekali nangis, alamak terbalik dunia aku. Memang takkan berhenti punyer kalau tak cukup setengah jam sorang nangis. Adeh.

Aku pulak memang terkenal dengan mak sedara yang garang. Ehem. Pantang aku tengok budak-budak ni buat sampah. Sekali tegur takpa lagi. Tapi bila berkali-kali dah tegur, and diorang buat lagi, memang melangit la tinggi suara aku nanti. Haha. Kejam tak kejam, budak-budak ni kena ajar sikit.

Dok ngan papa mama diorang boleh la nak manja-manja, tapi dengan aku, rotan la aku hulur sebijik sorang. Tapi tak bagi real pon. Acah-acah je. Kihkih~

Orang kata marah tanda sayang kan? Aku memang sayang budak-budak tu. Plus pulak aku takde adik. Tapi aku tak manja okay! Ehem. Kalau budak-budak tu takde, sunyi giler aku rasa. Bosan pon ye. Takde orang nak bergaduh la katakan.


p/s : budak pompuan tu, budak kecik yang paling nakal. aku pon kadang-kadang rasa nak nanges bila kena buli ngan dia. :p

c ya!

Aug 4, 2011

Alhamdulillah, nenek tak seteruk yang di sangka.

Hai!



Alhamdulillah sebab maseh sempat jumpa nenek aku. Tengah malam semalam kitorang sampai, tapi disebabkan dah terlalu lewat, budak-budak pon dah penat, so malam tadi mak aku syorkan tido kat rumah akak aku dulu. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umor nenek. Petang tadi baru berkesempatan jumpa nenek dekat hospital.

Syukur sebab dia tak seteruk yang aku bayangkan. Nenek maseh boleh bercakap segala bagai. Cuma kitorang tak berapa nak faham butir bicara nenek. Nenek diserang stroke. Tapi alhamdulillah Allah tak bagi dugaan yang terlalu berat untuk nenek, cuma bahagian kiri aje nenek tak boleh bergerak. Kata mak sedara aku, nenek tak teruk. Memang sebelah badan dia tak boleh bergerak, tapi nenek maseh boleh rasa bila nyamuk gigit, atau bila kena cubit.

Akhirnya, mak aku mampu tersenyum. Walaupun agak terasa sebab tak dimaklumkan lebih awal dengan keadaan nenek, tapi mak aku faham. Mungkin sebab kami dok jauh, so diorang taknak susahkan kami balik sebab nenek masih belum nazak.

TAPI, tapi yang sedihnya nenek dah tak kenal aku. Parents aku dia kenal aje. Mungkin sebab proses tumbesaran yang berlaku menyebabkan nenek tak cam aku. Yela, dah lama tak balik kampung kan. Bila plan nak balik, ada-ada aje kekangan yang datang.

Tapi yang lagi sedih, bukan setakat nenek tak cam aku, mak sedara aku yang lain pon dah tak berapa ingat aku ni sape. Haih, kena balik kampung selalu-selalu la kalau macam ni. :P

p/s : sekarang aku on9 di rumah nenek, pakai berukband. so, i have to postpone all the blogwalking activities sebab line laju sangat macam kura-kura jalan catwalk. grrrr! i'll view ur site soon!

c ya!

Jom tengok kot-kot korang salah seorang blogger yang wat salah macam ini.

Jul 23, 2011

Best ke kawen ?

Hello. Assalamualaikum.

OK, title entri aku kali ni kedengaran  agak gediks dek kerana aku nk maseh muda lagi untuk fikir pasal kawen bagai ni.

Prince Charming. Wujudkah??


Hari ni dan semalam aku sangat sibuk pergi ringan-ringankan tulang tolong mak sepupu aku yang wat kenduri sambut menantu hari ni. Majlis yang agak grand walaupun hanya majlis sambut menantu sebab dua pupu aku tu kawen dengan Mat Salleh. Walaweyh! Gempak satu kampung (hiperbola aje) :P

Macam-macam performance bole lihat hari ni. Silat, tomoi bagai ade. Agak teruja la, sebab 4 orang akak aku yang dah kawen tu, tak pernah pulak mak aku wat cenggini. Haih, dah lawan tokey (tauke) nampak. Haha.

Bila tengok orang pakai lawa-lawa, bersanding atas pelamin, terasa penyakit gedik di datang menyerang pulak. Gatai! Taw dek mak aku maunyer kena sembur. Degree pon tak habes lagi. Hehehe. Ok, drop the subject.

Back to topic, best ke kawen? Bukan ke kawen ni menjadikan kita lebih banyak tanggungjawab ke? Tanggungjawab kat suami/isteri, kat mertua, ipar duai bagai. Kecut pulak terasa bila fikir betul-betul pasal kawen kan? Risau giler kot-kot, calon suami aku nanti ni anak mak, haih, maunyer dia dengar kata mak dia aje. Kita ni tolak tepi.

Trend sekarang ni kawen laaammmbat sangat dan ceeeeepat sangat. Yang tengah-tengah tu jarang-jarang je. Haha. Kalau tak umo 20 dah kawen, umo 30 la pulak diorang kawen.

Yang umor 20 tu, most of them dah tak nak belajar, konon-kononnya dah pandai pikul tanggungjawab jadi suami/isteri. Yeke? Mak ayah pon belum tentu boleh tanggung lagi. Ni aku cerita bukan refer kat semua okay, kay sesetangah aje. Kang tak pasai-pasai ade yang melenting pulak. Peace =.='

Kalau yang umor 30 tu pulak, biasanya kalau laki orang tak pelik la kawen umo 30. Kira ikut piawaian antarabangsa la tu kot. Haha. Tapi kalau pompuan ni pelik sikit. Mostly, wanita yang sangat pentingkan kerjaya akan kawen lewat. Ekonomi mesti stabil dulu beb!

Kalau aku la, aku rela kawen lewat. Tolong kemaskan dulu poket mak ayah aku (insya-Allah panjang umor diorang) dulu, baru la aku akan fikir pasal kawen nikah ni. Tapi jodoh dan takdir semua kat tangan Tuhan. Kita cuma rancang je. Kalau jodoh sampai awal, alamatnyer kena redha jer lah kan. Tu namanya rezeki. Haha.



gtg~
c ya!

Jul 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban.

Hello. Assalamualaikum.

Ahaiiii, bising pasal bola lagi ek? Hmm. Tadi dah cite pasal bola, laa ni pulak aku nak cakap pasal kita orang Islam pulak.

Hmm, dok bising-bising pasal bola ni, tadi korang bace Yaasin tak? Korang taw tak malam ni malam Nisfu Syaaban? Mungkin ade sesetengah taw, mungkin jugak de yang tak taw.

To be frank, aku sebenarnya lupa and tak notice pon esok 15Syaaban, maksudnya malam ni kena baca Yaasin 3 kali kan. 1 family aku tak ingat. Dahsyat kan? Astaghfirullah, lalainya hamba Allah ini. Tapi Alhamdulillah sempat jugak habiskan Yaasin 3 kali.

Aku nak tima kaseh sangat-sangat dekat seorang facebooker ni. Dia sangat mulia sebab dah beramal sambil ber-FB. (cewah)


Sebab ter-tengok komen tuh la, baru aku tersedar malam ni malam yang sangat baik. Insyaallah kita akan sentiasa panjang umur (sentiasa boleh beramal), murah rezeki dah sentiasa dalam iman. :)

setakat ini sahaja tazkirah malam ni. Ustazah Nadia ni belom graduate lagi pasal-pasal agama ni. Sekadar peringatan buat semua >.<

gtg~
c ya!

Jun 28, 2011

ulangtahun ke-10 !

Hello. Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang tak tahu aku ni seorang mak sedara kepada 12 orang budax2. Amacam? Hebad tak? hehe macam da tua sangat lak aku ni. Tapi tak kesah la kan, nampak la mature ckit. Orang kata, sifat-sifat keibuan dalam diri tu dah tersemai hahax *berlagak giler. Kalau orang tua-tua tengok mesti dicanainya aku, mesti diorang dah letak aku dekat ranking yang paling top punyer lah nak wat menantu. Advantage tu, biasala kan orang tua-tua dekat kampung ni, memang suka bawak cerita. ye dak? HAHA

OK, today 28th June is my eldest nephew's birthday. Hari ni dah genap 10 tahun umur dia.



Hmm. Kalau dia xmau solat lagi, dah boleh la aku sebat dia dengan rotan. Kan dah genap 10 tahun!. haha. padan muka ekau wahai budak. Well, kat rumah ni aku memang terkenal dengan keGARANGan aku. Diorang semua memang tak berani punyer-lah nak menentang kata-kata mak sedara dia yang seorang ni haha. TAPI, ade tapi jugak haha, kadang-kadang tu ade la yang tak dengar kata. Mamat yang sorang ni la. Aku memang kurang garang ckit dengan dia, sebab ape-ape aku suke share ngan dia. Dia jugak la partner aku bila nak tengok bola. Memang gempak la bila suara kami berpadu. Lagi best bila mak aku join. *Hebad kan mak aku? hehe. Budak ni bila aku buat baik mula la dia nak pijak kepala. Ape yang aku cakap buat tak endah aje. Kadang-kadang aku sabar je, sebab dah penat nak gadoh ngan dia, kadang-kadang pulak, aku rase macam nak terajang je. Biar patah tulang-tulang kau tu. Kejam kan mak sedara macam ni haha. Takde la, paling menyengit pon, dia kena cubit && tarik telinga je. Takkan la aku nak smackdown lak, aku sayang lagi dia. Ibarat macam adik aku dah. Tambah pulak dengan badannye yang besar & takde rupa budak standard 4 tu.   Paling aku tabik, dia memang sayang giler kat adik-adik dia. Memang risau giler muka bila kitorang acah nak jual adik dia. HAHA.

kek birthday. akak aku lupe typo name2 kat atas tu. HAHA

upacara potong kek?

ni la birthday boy tu. standard 4.
mesti korang susa nak caya kan? HAHA

swit x budak tu? adek dia ler tu. ;)
Well, aku belom pon introduce-kan lagi birthday boy kan? Actually aku terlupa hehe.

Name : Muhammad Luqman Nur Hakim
Nickname : Hakim @ Along
Umoq : 10 Tahun
Briefly description : seorang yang sangat lembat dalam pelajaran tapi sangat cekap bila masuk bab-bab komputer ni. Kadang-kadang aku terkagum sendiri dengan kelincahan otak dia yang nak taw pasal semua benda tu. huhu

Wishes : SELAMAT HARI LAHIR. Along, ekau ni besar dah la. Ce dengar ckit nasehat-nasehat berguna dari mak sedara tersayang nii. HAHA

enuf dulu
gtg~
nunite 
c ya !

Sep 15, 2010

3 more days to go~~

hi ! wish u a very good monin (since now is about 2 am.hahaks~).

first of all..
since that i'm not greeting u officially yet before,
so SIR LUM MUD HURRY RARE YEAR,, maaf zahir batin
i wish to everyone either muslim o non-muslim.
well we're 1malaysia rite? :))

ermm..
something fer sure, this is the 5th day we're celebrating raya,
n fer all da members of my lovely family, the only 1st n 2nd raya is raya fer us.
ishhh,,belitbelit ayat aku.
i mean, ary raya yg seterusnya da x macam raya buat famili aku. mne tak nye, sume da blah,,balik umah masingmasing. tinggal aku,mami aku, n abah aku jew. pape pon, xkesah la,,sebab ktorang memang raya sakan.

neh sempat aku rakam beberapa pic untok titipan korang~



ouch, skang neh umah aku da x macam raya. people said; BACK TO NORMAL. haha~
aku pon plek, raya taon neh, x ramai bdak2 yang datang umah nk beraya. biasanya, bersilih ganti yang datang beraya, hinggakan naek menyampah aku ase sebab in-charge bahagian wat air. haha. nak je aku tggu depan pagar. kalo ade yg datang, terus je hulur duet raya, so xyah la susa2 wat air. ahaha~ kejam kan? :PP

bila raya da berlalu, aku pon da terpaksa memaksa diri yang sememangnya sentiasa terpaksa neh, untok wat assignment. ye la, break da nak abes,,keje lak bertimbun. this coming month, aku de final exam. walopon agak lewat berbanding kawan2 laen, tapi keSTRESSan aku lebih teruk dari diorang. maklumlah, aku neh kan memang lembab gile subjek membaca. t cane nak score ak punyer bio? alahai,,,cik siti. tolong la gue :((

well.
it's already late.
enuf fer now.
t8 care.
^_~

Sep 9, 2010

home cwitt home!

salam akhir ramadhan.
hehe

akhirnye, ary neh da ari last kite sume berpuasa pd taon neh..aku rase cam kejap glew jew sbulan.. tdo bangun, tdo bangun, da cukop sbulan. plus lak taon neh aku sbulan berpuasa kt kolej..so x merasa sgt la kehangatan bulan ramadhan. terlampau sebok ngan study, hinggakan puasa pon macam x puasa..
p kelas, then balik. take a nap, n bila da bangon, da  azan maghrib. malam lak, aku n kawankawan akn p join terawikh kt surau. diorang wat 20 tp bila da ckop 8 aku stop ah. ha-ha!. tu la rutin aku tiaptiap ary kat kolej..

2 3 ary sblom eidul break, kolej aku d serang ngan satu penyakit misteri. yg ntah pape pnyer pnyakit. n i'm one of da victim. :( sakit yg lau owang dengo, mesti gelak pnyer. SAKIT SENGALSENGAL SENDI. huahua~ lawak kan? cam penyakit owang tuatua jew. tp 2 lah kenyataannye. majoriti dak2 puteri jadi mangsa. termasuklah aku n cubemate aku. ntah pe punce. mybe kitorang pnyer DS (dewan selera) yg kotor, xpon kena serang ngan nyamok. ade spekulasi mnagatakan yg sakit camtuh adalah simptomsimptom CHIKUGUNYA. waaa~ takot siot weh. dah la da dekat ngan ary raye. urmm..aku da skip kelas se-ary due to this nonsense disease. pakcik sickbay antar ak p klinik. but, guess what the doc said to me?
'u neh sakit scara psikology. demam nk raya kot'
adoiii~ aku rase cam nk lempang ke doc india tuh. nk marah pon ade, lawak pon ade. ade ke patot dye bagi ubat gastrik kt aku. haha!

smalam aku btolak balik from kulim to kelantan around 12.30pm. nk balik tuh memang hepi, tp yg sedehnye, aku tade seat nk dudok. seat ade 40 tp kitorang sume 45. so terpaksa la merempat kt tempat tdo pakcik bas. skali bas masok lubang, alahai melambung ke langit la kitorang. haha. tp kire ok lah, pengalaman la katakan. hakhak~

sempat berpuasa se-ary kat umah..tp aku tak rase cam puasa. hepi giler bila sume kakak-kakak n abang aku da balik. terubat kesedihan berpuasa kt kolej yg terpaksa tahan perut dgn makanan yg ta bape menarik. huahua~ ary neh, akak aku nk buat ayam percik..perghhh! best siot la kot.. da lame mengidam nk makan mende tuh, tp puas aku ronda bazar ramadhan kt kulim, tp hampeh. dah la mahal siot. sate sbatang da se-inggit. adusss! boleh pokai aku kalo puase staon. :P

hokei lah dulu.
t8 care.
:DD

syawal kembali !

hye everybody!
:))

last nite, around 8.30 ..an announcement had been made by ... arghh. i'd forgotten his name lahh.
HARI RAYA PUASA @ eidul fitri date had been declared on friday,10th september 2010.
wahh, i feel so relief coz b4 coming home, there's one of my friends said that hari raya will be on thursday, 9th sept, meaning dat, TODAY lah. uhh, my baju raya were not completely sew by my mom yet lah. how come i can celebrate raya? haha. even thought there is not  a MUST, but it is sunat to wear new clothes during the raya day, . :PP

hari raya 2010's goal:
to get more duet raya from my sisters.
hahaha!

p/s :
aishhh.. berbelitbelit lidah aku nk speakim ong putes. haha.
well, biasela.. demam MUET la katakan. ;))