Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts

Jul 10, 2011

menolak yang lebih baik bukan bermakna kita rugi.

Hello. Assalamualaikum.

Hari ni 10hb, meaning that my last day nak wat confirmation dengan pihak MARA either nak terima offer diorang or not. Ok, for those (member-member lama) yang tak tahu, hari ni aku nak confess la sikit. Pasal interview Mara yang hari tu, sebenarnya memang aku pass.

Sebelum tu, baca sini dan jugak sini.

Mungkin ada sesetengah je yang taw. So, to make it clear for everbody, lebih baek aku post aje dekat cni kan. Harap-harap korang baca la. Kat korang-korang yang aku tak sempat nak mesej tu, harap-harap no heart feeling la ngan aku yer, sebab dua tiga hari ni aku pon tak berapa betul. DILEMMA.



Sesetengah orang mungkin cakap why nak fikir panjang-panjang lagi kan. Terima je la offer tu, bukannya senang nak dapat offer belajar kat luar Malaysia, under MARA lak tu. Aku yakin 100% yakin, dala ramai-ramai yang dapat, aku sensorang je yang tak konfident nak terima ke tak offer ni. The reasons is, aku taw yang aku bukan la otai subjek biology dan aku taw minat aku bukan menjurus ke arah Medic.

I'm more to Maths okay. Yang lebih parah lagi, subjek yang memerlukan memorising ni la yang selalunya jadi subjek killer aku every exam yang aku sejak dari zaman comot kat sekolah rendah lagi. Even though aku manage untuk dapat A or lulus, tapi orang yang selalu ada dengan aku je yang tahu macam mane seksanya aku belajar untuk memorise everything. Penat dowh camnieh hahax.

Orang yang dekat dengan aku selalu cakap, ' Engkau ni tak pernah-pernah settle dengan masalah dilemma. Dilemma, dilemma dan dilemma' .Hm. Even mak aku sendiri cakap macam tu. Sampaikan dia pesan dekat aku, 'Jangan nanti nak kawen pon engkau jadi macam ni jugak' *errr..??

To decide something for the sake of our future is not that easy right? To be frank, this is the first time aku rasa terbeban yang amat. Sebelum ni, aku memang seorang yang susah nak decide something. Tapi, aku rasa this time is the hardest one. Kalau salah pilih, memang merana la aku, gelap masa depan. Aku tak taw nak tanya sape, nak share ngan sape. Not because aku takde kawan or what, tapi sebab takde orang yang betul-betul faham perasaan aku. Hanya orang yang macam aku je yang akan faham aku. Eh, ape aku melalut ni. Just ignore ok. :P

Ok, tadi aku dah google la pasal mende yang akan belajar bila amik medik nanti, and i've found this. Klik je kat situ kalau korang nak try usha. Then, first thing comes in mind

"Yeah. Reject the offer"

Pastu, akak aku datang umah, than aku cite la aku dapat offer, but aku belom wat decision. Than akak aku kata, 'Takkan la engkau nak giveup awal-awal lagi, try pon belom. Lama-lama u'll get used la dengan medic tu'. Then, aku mula rasa

"Ok, aku kena fikir balik pasal ni"

Hmmm. Giler betul kan aku ni. Tapi last-last jawapan aku REJECT adalah yang terbaik. Aku tak pernah berharap untuk jadi seorang doktor yang kaya raya tapi asyik stress aje, tapi aku nak jadi seorang yang yang sentiasa gembira dengan ape yang aku buat, ape yang aku belajar. USM is waiting. So, i think this is the best choice.

Dengan bangga aku tolak. -.-'

Menolak tawaran yang sangat HEBAD bukan bermakna kita menolak peluang untuk menjadi salah seorang yang berjaya. It's just we have to think and give some time and space to ourselves to succeed like others in different ways. In our own ways. Mungkin ada hikmahnya. Well, everything happens for reasons. :)

Pendapat anda? *nak jugak tanye pendapat orang HAHA.

gtg~
c ya!

Jul 8, 2011

Akhirnya..

Hello. Assalamualaikum.

Hari ni agak lewat aku update entri baru sebab pagi tadi aku sibuk kena kemaskan rumah, basuh kain dan lipat kain bagai, lepas tu pulak aku pegi ringan-ringankan tangan tolong mak aku dengan bisnes kuih raya dia. Mana la tau kan, nanti raya terbuka pintu hati mak aku nak bagi duit raya lebih hehe. *kerja tak ikhlas :p.

Tapi bukan tu yang aku nak share dengan korang hari ni. Well, semua orang tahu kan hari ni 8 Julai, tapi tak semua tahu yang hari ni result interview MARA bagi tajaan mengikuti medic-twinning-programme dekat Bandung.

Sebelum tu, baca sini.


Tahniah la kat sape-sape yang berjaya interview tu, hope korang pergi. Jangan lepaskan peluang yang dah ada depan mata. Kalau diikutkan susah, belajar semua benda pon susah kan. Nah, kalau nak senang kawen jela. :p

Aku pulak? Pass ke failed?
Komen aku cuma "ALHAMDULILLAH" . Rezeki masing-masing kan. :)

gtg~
c ya!

Jun 30, 2011

interview mara

Hello. Assalamualaikum.

First of all, credit to Azeelia Nadhirah sebab tanye aku tentang interview MARA yang aku dah pergi minggu lepas. Actually, aku dah lupe pasal ni, naseb baik ade orang tanye kan? hehe ^.^

Ok, aku dah lupe exact date tapi around 17th May kot, pihak MARA call rumah aku, bagi berita yang boleh buat jantung aku shock ! Memang aku tak pernah terfikir nak dapat offer interview dari MARA untuk buat Medic for twinning program UKM-UNPAD. *untuk sape-sape yang tak tahu, UNPAD - Universiti Padjadjaran, Bandung. Meaning that 3 years in Bandung & 3 years in Malaysia. Sangat tak sangka sebab aku punyer pointer pon biasa-biasa je. Takde la sampai 4flat. Well, tuah kucing nampak di kaki, tuah manusia takde sape yang taw kan? :D Awal-awalnya aku memang taknak pergi pon interview tu. Yela, dah jauh kan, interview kat HUKM Cheras, rumah aku ni pulak dok kat Kelantan. Tambah-tambah pulak, bila aku roger kat mak aku, dia senyap aje. Hmm. Dah reaction mak aku macam tak brape nak ON je, aku pon wat dunno je la. Then malam tu akak aku call cakap setuju nak hantar aku. Rase bersalah menyerbu kat kepala aku ni ha. Yela, abang ipar aku tu dah la bz-man, kerja banyak, pastu kena cuti pulak sebab nak hantar aku. Tapi  aku setuju jugak last-lastnye,,,peluang ni haha :p

20th June :

pic : ehsan google!
Hari interview. Biasalah kan MARA, interview one-by-one. Aku pulak tak biasa interview macam tu. Aku pernah la pergi interview JPA, tapi interview dia wat by group. So takde la nervous sangat. Kalau stuck pon, membe boleh tolong kan. Hari yang meeemaangggg sangat bertuah bagi aku ; i'm the 2nd person to be interviewed. *OMG ! Mau nye senak perut aku kejap. Nervous babe!

Tapi bila masuk Okay aje. Dua orang panel dah tersengih tunggu aku. Both of them are women. *naseb baek hehe.
1st Q's , what language do you prefer? *mak aii. kata interview MARA fully english, ni ape kes dia tanye macam ni. nak jerat ke ape? tapi aku jawab je, i'm comfortable with both. *lagi selamat.
2nd Q's , why u choose medic? Part ni memang aku rembat la sebab sepanjang hidup aku memang tak pernah terfikir pon nak amik medic. plus, bio memang sentiasa jadik subjek killer aku time exam. Tapi result tak lah teruk sangat, just oke oke aje.
soalan seterusnye tu aku dah tak bape ingat sebab mostly ade kaitan ngan jawapan aku kenapa nak amik Medic. Ade la satu soalan yang paling ta ley blah bagi aku, panel tu tanye " Have u ever thought to quit ur study if u found that studying Medic is very very hard? or u want to hang urself anywhere when u could not handle ur study anymore?". Ffuhhh~ I never thought of that la mam. I'm muslim haha.

Overall, aku tak rase pon dia punyer interview susah. Cume aku je yang tergagap-gagap sebab terlampau nerbes. Lagipon interview tu about 10minutes je. Pesanan ikhlas dari aku, kalau nak attend mane-mane interview, jangan la gabra sangat macam aku. Nanti semua tak jadi, otak lak jadi blank, lidah pon jadi clueless, last-last korang spechless. HAHA. Yang penting, don't memorise things. Jawab secara natural, kay? Pastu, nak masuk bilik interview tu, bace la selawat dan ayat seribu dinar dulu. Insya-Allah semuanye OK. ^_~

21st June :

pic : ehsan google !
Hari test. Dua test yang jawib dijawab ; psychology test and teory test. Psycho test tu aku tak kesah sangat. Sape-sape yang pernah jawab test Munsyi, ala test yang nak masuk USM tuu, ha lebih kurang macam tu la. Jawab YES and NO aje. Cuma kena alert ngan ayat pasif @ aktif dye tu je. Yang tak ley blah-nya test ni ade 567 soalan kala tak silap aku. Plus-minus la, aku pon da lupa. Bapak penatnye tangan aku nak menanda. Dah la soalan lebih kurang sama je. Hm. Teory test pulak, bapak la susahnya. Bayangkan, otak aku yang dah berkarat sebab dah dekat dua bulan tak sentuh buku, tiba-tiba dapat soalan yang ada kira-kira tapi tak bole pakai kalkulator. 100 soalan, including Maths, Bio, Physics and Chemistry. aduhyai bapak, mau pitam di situ jugak rasanya. -.-'

Dua hari yang amat memenatkan bagi aku. Tambah-tambah pulak abag ipar aku sesat mase nak cari HUKM. Balik aje dari jawab test, aku dapat rase dahi aku panas. Bintang berlegar-legar dekat kepala aku. *errr,,,exam fever ke haha. Anyway aku saje post pasal ni, mane la taw kot-kot ade junior tahun depan dapat p interview sama macam aku jugak. Tuah orang kita tak nampak kan? Harap dapat la bagi gambaran macam mana perjalanan interview tu walaupon aku takde la membantu sangat hoho.

Result interview aku akan keluar esok. Aku takde la berharap sangat sebab aku taw aku bukannya bagi yang terbaik pon. Kalau xdapat pon, aku takde la frust sangat. Kalau dapat, Alhamdulillah. Macam tu je la hehe.

more infornation about MARA interview, click this. Memang sangat membantu ;)

enuf dulu. gtg~
c ya!