Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label future. Show all posts
Showing posts with label future. Show all posts

Jul 23, 2011

Best ke kawen ?

Hello. Assalamualaikum.

OK, title entri aku kali ni kedengaran  agak gediks dek kerana aku nk maseh muda lagi untuk fikir pasal kawen bagai ni.

Prince Charming. Wujudkah??


Hari ni dan semalam aku sangat sibuk pergi ringan-ringankan tulang tolong mak sepupu aku yang wat kenduri sambut menantu hari ni. Majlis yang agak grand walaupun hanya majlis sambut menantu sebab dua pupu aku tu kawen dengan Mat Salleh. Walaweyh! Gempak satu kampung (hiperbola aje) :P

Macam-macam performance bole lihat hari ni. Silat, tomoi bagai ade. Agak teruja la, sebab 4 orang akak aku yang dah kawen tu, tak pernah pulak mak aku wat cenggini. Haih, dah lawan tokey (tauke) nampak. Haha.

Bila tengok orang pakai lawa-lawa, bersanding atas pelamin, terasa penyakit gedik di datang menyerang pulak. Gatai! Taw dek mak aku maunyer kena sembur. Degree pon tak habes lagi. Hehehe. Ok, drop the subject.

Back to topic, best ke kawen? Bukan ke kawen ni menjadikan kita lebih banyak tanggungjawab ke? Tanggungjawab kat suami/isteri, kat mertua, ipar duai bagai. Kecut pulak terasa bila fikir betul-betul pasal kawen kan? Risau giler kot-kot, calon suami aku nanti ni anak mak, haih, maunyer dia dengar kata mak dia aje. Kita ni tolak tepi.

Trend sekarang ni kawen laaammmbat sangat dan ceeeeepat sangat. Yang tengah-tengah tu jarang-jarang je. Haha. Kalau tak umo 20 dah kawen, umo 30 la pulak diorang kawen.

Yang umor 20 tu, most of them dah tak nak belajar, konon-kononnya dah pandai pikul tanggungjawab jadi suami/isteri. Yeke? Mak ayah pon belum tentu boleh tanggung lagi. Ni aku cerita bukan refer kat semua okay, kay sesetangah aje. Kang tak pasai-pasai ade yang melenting pulak. Peace =.='

Kalau yang umor 30 tu pulak, biasanya kalau laki orang tak pelik la kawen umo 30. Kira ikut piawaian antarabangsa la tu kot. Haha. Tapi kalau pompuan ni pelik sikit. Mostly, wanita yang sangat pentingkan kerjaya akan kawen lewat. Ekonomi mesti stabil dulu beb!

Kalau aku la, aku rela kawen lewat. Tolong kemaskan dulu poket mak ayah aku (insya-Allah panjang umor diorang) dulu, baru la aku akan fikir pasal kawen nikah ni. Tapi jodoh dan takdir semua kat tangan Tuhan. Kita cuma rancang je. Kalau jodoh sampai awal, alamatnyer kena redha jer lah kan. Tu namanya rezeki. Haha.



gtg~
c ya!

Jul 15, 2011

Jangan Cepat Melatah.

Hello. Assalamualaikum.

Salam hari Jumaat. Pertama-tama sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak kat teman-teman blogger yang dah datang golek-golek kat blog aku, tapi aku belom sempat lagi nak balas kunjungan korang. Semalam aku tengah sibuk buat header baru, and then bila dah nak siap laptop aku pulak takde pasal-pasal ter-restart. So, habis la terbang segala mood nak meng-update entri bagai. Hehehe.

Ok, yang keduanya, since hari ni result UPU dah keluar kan, aku nak congratulate la dekat sape-sape yang dapat kos yang diorang nak. Aku ade jugak dengar khabar angin memang ramai giler applicants yang dapat kos yang mengarut bagai tuh. Memang nak menjatuhkan bangsa ke ape. Hm.



Aku taw sebab ramai jugak kawan aku yang jadi mangsa. Even yang 3 pointer pon dapat kos yang memang takde dalam choices diorang, apatah lagi bagi orang yang dapat legi rendah dari tu kan. Sistem tahun ni memang pelik. Susah nak jangka. Tapi korang jangan mudah melatah, jangan salahkan takdir. Jangan cepat mengeluh dan menyesal dengan ketentuan-Nya. Insya-Allah apa yang korang dapat adalah yang terbaik dari Dia.

Kawan aku ade mesej, cakap dapat kos ngarut giler. Dia dah fedup giler, memang nak reject terus offer tu. So, nasihat aku dekat kawan-kawan, jangan terlalu cepat menyerah kalah. Try surf dulu pape yang korang perlu taw pasal kos yang korang dapat tu for instance cari pasal peluang kerjaya etc. Kalau korang rasa tak yakin korang boleh, mintak pertolongan dari Dia. Itulah yang sebaik-baiknya.

Aku bukan saja-saja cakap pasal ni. Tapi aku memang dah pernah rasa. Ya, dulu aku frust giler bila tak dapat wat farmasi dekat UIA. Berapa hari tah aku nangis. Masa tu aku tak sedar yang Tuhan nak aku masuk matriks. And you know what kat sana aku dapat score. Memang bukan yang TER-tinggi tapi Alhamdulillah aku manage to be one of USM-ians this Sept. See, Dia dah rancang yang sebaik-baiknya buat kita. So, terima la dengan redha. :)

Just bear in mind, tak dapat ape yang korang nak tak bermakna korang takde masa depan dah. Semuanya dah hancur dah. Ye, mungkin cita-cita korang terkubur tapi siapa tahu suatu hari nanti korang mampu jadi lebih baik dari yang korang nak kan?Ada kalanya kita perlu berkorban dulu sebelum dapat yang terbaik pada suatu hari nanti.

Aku taw, korang mesti cakap, 'ala, engkau cakap aje boleh la, beban atas bahu aku bukan bahu engkau' kan? Memang bercakap lebih senang dari membuat, tapi Tuhan takkan bagi dugaan yang hamba dia tak mampu untuk tempuhi. Percayalah, aku pon pernah rasai semua ni. Just pray the best for the future.

Ok, kawan-kawan ku sayang, jangan jadi macam kucing ni keyh?

comel pulak mende alah ni. HAHA
gtg~
c ya! 


Jul 10, 2011

menolak yang lebih baik bukan bermakna kita rugi.

Hello. Assalamualaikum.

Hari ni 10hb, meaning that my last day nak wat confirmation dengan pihak MARA either nak terima offer diorang or not. Ok, for those (member-member lama) yang tak tahu, hari ni aku nak confess la sikit. Pasal interview Mara yang hari tu, sebenarnya memang aku pass.

Sebelum tu, baca sini dan jugak sini.

Mungkin ada sesetengah je yang taw. So, to make it clear for everbody, lebih baek aku post aje dekat cni kan. Harap-harap korang baca la. Kat korang-korang yang aku tak sempat nak mesej tu, harap-harap no heart feeling la ngan aku yer, sebab dua tiga hari ni aku pon tak berapa betul. DILEMMA.



Sesetengah orang mungkin cakap why nak fikir panjang-panjang lagi kan. Terima je la offer tu, bukannya senang nak dapat offer belajar kat luar Malaysia, under MARA lak tu. Aku yakin 100% yakin, dala ramai-ramai yang dapat, aku sensorang je yang tak konfident nak terima ke tak offer ni. The reasons is, aku taw yang aku bukan la otai subjek biology dan aku taw minat aku bukan menjurus ke arah Medic.

I'm more to Maths okay. Yang lebih parah lagi, subjek yang memerlukan memorising ni la yang selalunya jadi subjek killer aku every exam yang aku sejak dari zaman comot kat sekolah rendah lagi. Even though aku manage untuk dapat A or lulus, tapi orang yang selalu ada dengan aku je yang tahu macam mane seksanya aku belajar untuk memorise everything. Penat dowh camnieh hahax.

Orang yang dekat dengan aku selalu cakap, ' Engkau ni tak pernah-pernah settle dengan masalah dilemma. Dilemma, dilemma dan dilemma' .Hm. Even mak aku sendiri cakap macam tu. Sampaikan dia pesan dekat aku, 'Jangan nanti nak kawen pon engkau jadi macam ni jugak' *errr..??

To decide something for the sake of our future is not that easy right? To be frank, this is the first time aku rasa terbeban yang amat. Sebelum ni, aku memang seorang yang susah nak decide something. Tapi, aku rasa this time is the hardest one. Kalau salah pilih, memang merana la aku, gelap masa depan. Aku tak taw nak tanya sape, nak share ngan sape. Not because aku takde kawan or what, tapi sebab takde orang yang betul-betul faham perasaan aku. Hanya orang yang macam aku je yang akan faham aku. Eh, ape aku melalut ni. Just ignore ok. :P

Ok, tadi aku dah google la pasal mende yang akan belajar bila amik medik nanti, and i've found this. Klik je kat situ kalau korang nak try usha. Then, first thing comes in mind

"Yeah. Reject the offer"

Pastu, akak aku datang umah, than aku cite la aku dapat offer, but aku belom wat decision. Than akak aku kata, 'Takkan la engkau nak giveup awal-awal lagi, try pon belom. Lama-lama u'll get used la dengan medic tu'. Then, aku mula rasa

"Ok, aku kena fikir balik pasal ni"

Hmmm. Giler betul kan aku ni. Tapi last-last jawapan aku REJECT adalah yang terbaik. Aku tak pernah berharap untuk jadi seorang doktor yang kaya raya tapi asyik stress aje, tapi aku nak jadi seorang yang yang sentiasa gembira dengan ape yang aku buat, ape yang aku belajar. USM is waiting. So, i think this is the best choice.

Dengan bangga aku tolak. -.-'

Menolak tawaran yang sangat HEBAD bukan bermakna kita menolak peluang untuk menjadi salah seorang yang berjaya. It's just we have to think and give some time and space to ourselves to succeed like others in different ways. In our own ways. Mungkin ada hikmahnya. Well, everything happens for reasons. :)

Pendapat anda? *nak jugak tanye pendapat orang HAHA.

gtg~
c ya!

Jul 8, 2011

Akhirnya..

Hello. Assalamualaikum.

Hari ni agak lewat aku update entri baru sebab pagi tadi aku sibuk kena kemaskan rumah, basuh kain dan lipat kain bagai, lepas tu pulak aku pegi ringan-ringankan tangan tolong mak aku dengan bisnes kuih raya dia. Mana la tau kan, nanti raya terbuka pintu hati mak aku nak bagi duit raya lebih hehe. *kerja tak ikhlas :p.

Tapi bukan tu yang aku nak share dengan korang hari ni. Well, semua orang tahu kan hari ni 8 Julai, tapi tak semua tahu yang hari ni result interview MARA bagi tajaan mengikuti medic-twinning-programme dekat Bandung.

Sebelum tu, baca sini.


Tahniah la kat sape-sape yang berjaya interview tu, hope korang pergi. Jangan lepaskan peluang yang dah ada depan mata. Kalau diikutkan susah, belajar semua benda pon susah kan. Nah, kalau nak senang kawen jela. :p

Aku pulak? Pass ke failed?
Komen aku cuma "ALHAMDULILLAH" . Rezeki masing-masing kan. :)

gtg~
c ya!

May 27, 2011

berserah ^_^

Hello. Assalamualaikum =D

OK, sharp on 12.00a.m , 27th may 2011 the Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/setaraf Sesi Akademik 2011/2012 ( Lepasan Matrikulasi FASA 2 ) is officially closed. I'm done with all the kemaskini thing eventhough it was hard for me to make decision. The decision that will determine my future to be. However, GOD is still there. Praying for the best in my life will always be my routine after prayers as I know GOD always knows what's the best for me. And I strongly believe that things happen for reasons.


And here is my final decision. It is pretty hard to make these choices. However, we could not turned the time back so the only thing we could do is PRAY.




As for now, I'm surfing about the scholarships and their datelines. Any information about them please shortly left in my chatbox.

thx guys.
gtg :)