Thank you for dropping by. Love you!

Showing posts with label semangat. Show all posts
Showing posts with label semangat. Show all posts

Nov 9, 2011

terbaikk kau jah!!

Hai. Assalamualaikum.

Fuhh dah lama xblogging. Blog bukan stakat bersawang dah aku rasa, viewer pon dah tak ramai. Rindu pulak bila teringat zaman kegemilangan [gemilang la sangat] blog ni. Kemesraan dengan blogger lain tu sangat terasa. Tapi sekarang ni dah jarang aku blogwalking. Nak buat macam mana kan, busy melampau kot. Ni baru first sem, nanti bila dah ber-semsem nanti lagi la teruk nampaknya. Cis.

Hokeii, sapa yang tengok Malaysia-Thailand live petang tadi? Huh, mesti korang tak tengok kan? Sibuk dok makan lembu je semua. :P Owh lupa pulak, SELAMAT HARI RAYA KORBAN untuk semua yang menyambutnya. Tak sempat langsung nak hapdate. adehh T_T

Aku pon sebenarnya tak taw pon ada game petang tadi, naseb baik abang ipar tolong ingatkan. heee :D

Tahniah to Harimau Malaya for 2-1 score! Aku expect 2-0. Dushh~ Tak ape lah, maybe rezeki diorang kan. huhuhu. Sape entah yang score. Err, Baddrol Bakhtiar dan Izzaq Faris Ramlan. Terbaekk lah. :D

Tapi petang tadi, i admire Syahrul Azwandi Ibrahim so much. He's the youngest one among others lol. (pengsan)

Entah berapa kali kott tadi dia nak score, tapi asyik tak kena aje.
tape-tape, cuba next time yer dik :D

Ohh ya, cerita pasal assignment aku yang bertimbun-timbun ni pulak, alhamdulillah dah 2 out of 10 yang siap. Sangat membanggakan kan? yehaa! :P

c ya! :)

Aug 12, 2011

News : Pelajar kena liwat?

Hai!

Kita bako aje cikgu macam ni..
p/s : click pic for enlargement.

Kalau korang baca paper BH hari ni korang akan tahu betapa bangangnya seorang cikgu bila dengan perasaan tak bersalah meliwat student dia sendiri.

Ape dia tak tahu ke yang mak bapak budak tu hantar anak diorang untuk pergi belajar, bukan nak suruh engkau liwat anak dia wahai cikgu!

Aku memang hangenn baca berita ni. Memang tak patut! Naseb baek la budak tu dapat kumpulkan keberanian dia nak lodge report. Kalau tak, aku rasa sampai habes sekolah pon budak tu akan jadi mangsa nafsu serakah dia.

" Pelajar lelaki yang berusia 13 tahun yang tinggal di asrama sekolah itu dikatakan sering diajak guru berusia 41 tahun itu ke rumahnya.. "

" Mangsa mendakwa diliwat tiga kali oleh guru lelaki itu antara Mac hingga Jun lalu.. "

Kesimpulannya, takde sesape yang kita boleh percaya sekarang ni. Famili pon kadang-kadang tak boleh nak percaya sangat. Dah banyak dah pon kes haruan makan anak.

Masya-Allah. Apa la nak jadi ngan dunia sekarang ni eh? Hari tu bising pasal hal gereja nak murtadkan orang Islam, hari ni kes cikgu liwat anak murid, esok-esok ape pulak?

p/s : maaf andai penggunaan bahasa hari ini buat pembaca sekalian SENTAP!

c ya!

Semoga kita sentiasa di bawah peliharaan-Nya. Insyaallah.

Aug 4, 2011

Alhamdulillah, nenek tak seteruk yang di sangka.

Hai!



Alhamdulillah sebab maseh sempat jumpa nenek aku. Tengah malam semalam kitorang sampai, tapi disebabkan dah terlalu lewat, budak-budak pon dah penat, so malam tadi mak aku syorkan tido kat rumah akak aku dulu. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umor nenek. Petang tadi baru berkesempatan jumpa nenek dekat hospital.

Syukur sebab dia tak seteruk yang aku bayangkan. Nenek maseh boleh bercakap segala bagai. Cuma kitorang tak berapa nak faham butir bicara nenek. Nenek diserang stroke. Tapi alhamdulillah Allah tak bagi dugaan yang terlalu berat untuk nenek, cuma bahagian kiri aje nenek tak boleh bergerak. Kata mak sedara aku, nenek tak teruk. Memang sebelah badan dia tak boleh bergerak, tapi nenek maseh boleh rasa bila nyamuk gigit, atau bila kena cubit.

Akhirnya, mak aku mampu tersenyum. Walaupun agak terasa sebab tak dimaklumkan lebih awal dengan keadaan nenek, tapi mak aku faham. Mungkin sebab kami dok jauh, so diorang taknak susahkan kami balik sebab nenek masih belum nazak.

TAPI, tapi yang sedihnya nenek dah tak kenal aku. Parents aku dia kenal aje. Mungkin sebab proses tumbesaran yang berlaku menyebabkan nenek tak cam aku. Yela, dah lama tak balik kampung kan. Bila plan nak balik, ada-ada aje kekangan yang datang.

Tapi yang lagi sedih, bukan setakat nenek tak cam aku, mak sedara aku yang lain pon dah tak berapa ingat aku ni sape. Haih, kena balik kampung selalu-selalu la kalau macam ni. :P

p/s : sekarang aku on9 di rumah nenek, pakai berukband. so, i have to postpone all the blogwalking activities sebab line laju sangat macam kura-kura jalan catwalk. grrrr! i'll view ur site soon!

c ya!

Jom tengok kot-kot korang salah seorang blogger yang wat salah macam ini.

Jul 22, 2011

berbaloikah dengan 1 gol?

Hello. Assalamualaikum.


VS

Malam ni, isu bola maseh hangat diperkatakan. Hahaha. Aku tak tahan gelak kat Chelsea. Yeah. Menang 1-0 dengan Harimau Malaya malam ni tapi it was not a very impressive kick for me. Korang pn mesti rasa macam tu jugak kan?

Pengadil macam tak adil. HAHA. Bola macam dok atas line aje, tapi kira gol pulak. It's okay lah, friendly aje pon kan? Sorry to Chelsea's die hard fans, aku bukan nak boikot ke mogok ke kutuk bagai, cuma bagi pendapat aje. Kalau korang rasa nak sangkal pendapat aku ni, aku tak kisah. Just leave them in the comment box. :)


Credit to Didier Drogba for the only goal for tonight. Huh, minit ke 80? Wahhh, satu pencapaian yang membanggakan dari team Harimau Malaya. Hebat dowh. Aku rasa game malam ni adalah game terbaekk compare dengan last two game with Arsenal and Liverpool.

Sekali lagi, TAHNIAH untuk Harimau Malaya. Penonton pakai baju biru agak ramai malam ni. Lagaknya ramai rakyat yang tak sokong negara sendiri. Aku nak tanya kat korang-korang yang pakai baju biru ni ; awat tak p ikot tinggal kat negara depa teros? :p

gtg~
c ya!

Jul 18, 2011

Alamak, jerawat lagii !

Hello. Assalamualaikum.

Korang mesti taw kan pasal musuh utama wanita. Si jerawat yang kiut miut tu. Memang tak semestinyer pompuan je yang ada jerawat, laki pon ade. Laki ni kadang-kadang tak kesah pon dengan jerawat dia tu. Tapi ade jugak lelaki metroseksual yang sangat-sangat kisah dengan mende alah ni. Macam abang aku, tapi dia takde la metroseksual sangat. Tapi dah macam-macam produk yang dia guna untuk muka jerawat dia tu (macam pompuan pulak kan).



Aku memang sangat-sangat alah dengan encik Jerawat ni. Kalau dia datang aje bertenggek kat muka aku ni,mula la aku rase sakit hati,geram. Yalah,datang tak diundang. Rasa macam nak keluar rumah pon malas. Malu kott nak jumpa orang. Haihh.

Lebih menyedihkan lagi bila resdung aku menyerang. Kalau korang nak taw encik Jerawat ni datang bawak geng taw. Fffuhhh, memang tak nampak rupa sebenar aku. Time ni la jugak kalau korang nak tengok aku nangis sensorang dalam bilik. Haha.

Susah aku nak describe how i feel kalau naik jerawat, tapi something for sure, hanya orang yang pernah dok kat tempat aku je yang taw macam mana terukya perasaan tu. Alahai, sabarla hati. Nak mintak SK II dengan mak pon tak mampu(berlagak).

Tapi sepatutnya kita tak boleh la nak merungut sangat bila tetamu tak diundang ni datang melawat. Ye,memang nampak hodoh giler kan, tapi jerawat ni merupakan penyeri wajah, wat kita lagi bertambah manis (untuk bagi semangat) haha.

Janagn la terlalu rendah diri dengan kekurangan kita. Dan orang-orang yang kulit dia flawless tanpa cela,jerawat bagai tuh jangan la pulak nak pandang serong kat orang yang ada masalah kulit macam aku ni. Malu engkau taw tak.


p/s : Aku teringin giler la nak dapat kulit yang flawless ala-ala artis tu. Mesti bestt kan. Hehehe.

gtg~
c ya!

Jul 16, 2011

Malaysia Menang!

Hello. Assalamualaikum.

Malaysia atau Harimau Malaya menang 3-6 menentang Liverpool. Hahaha. Taw tak kenapa aku cakap Malaysia menang? Sebab dah berjaya jaringkan 3 gol dengan Liverpool. Liverpool tu beb! Memang aku salute la dengan player Malaysia. Even though game ni cuma friendly game je, tapi tu dah membuktikan Malaysia layak untuk bertanding kat peringkat lebih tinggi.

Semangat kan aku? Hehehe. Tapi malam ni aku sedih tengok buah hati aku (khairulfahmi) sebab performance dia lemah sikit malam ni. Mungkin penat sebab banyak sangat game dalam masa terdekat ni. Jangan salahkan dia okay. Setiap orang akan ada buat silap. Adat permainan la kan menang and kalah tu.

Aku tabik springggg la dekat Harimau Malaya punyer supporter. Terbaekk. Korang tetap bangga dengan diorang walaupun kalah kat negeri sendiri. Bila aku bukan aje Facebook, makkAi, semua dok update pasal bola. Semangat tu la yang kita perlu untuk Malaysia terus majuu.

Ok, now let the pics talk.






Nah, hamekkauuu. Bapak besar gambar aku letak! Semangat dowh. Haha. Papepon, Go HARIMAU MALAYA Go!

gtg~
c ya !