Thank you for dropping by. Love you!

Sep 10, 2011

baru perasan,dah bersawang!

Hai !

Wahh, rasanya dah nak genap seminggu aku tak update blog. Ke dah lebih seminggu hah? Lantakla pape pon, yang penting aku dah memang dah rendu giler nak blogging. Jejari runcing aku ni dah lama tak menari atas keyboard. Ehem. Sila muntah yer.

Sekarang ni minggu orientasi belum abes lagi. Tapi la ni free sebab registration course kat school aku abes awal. Maklumla kos tak famous, tadak orang sangat la kan. Grr. 

Paling aku geli hati, ade 3 orang je kot Malay boy yang amik pure chemistry. Poor them right? Dah boleh masuk kategori ENDANGERED SPECIES dah. hahahahah. Sori yer kaum adam, dah memang hakikat nyer. kakaka.




Orientasi memang busy! Penat giler naek turun bukit, hujan ribut petir semua kena redah. Nak makan pon tak sempat. Naseb baik perut aku tak buat hal. Makan ke, tak ke, dia dok diam-diam je. Acid hydrocloric dah habes kot, sebab tu gastric dah tak serang aku dah. :P Perasan or tak, dah memang bersawang giler la blog ni. Tapi ade jugak yang datang, mekaseh yer sahabat blogger sekalian. Peace =.='





p/s : tadak pic nak tayang kat sini. datang kampus tak bawak kamera. henfon pon guna yang cikai ja, cap ayam punya! haha

Sep 5, 2011

new life begin, masa untuk tutup buku lama :D

Hai.

Raya kata BYEBYE
Study kata HAIHAI

Bila dah nak pergi dari rumah ni, mood raya baru la nak datang. Ni yang buat aku sedih ni. Dua tiga hari ni aku rasa macam cepat giler pulak masa berlalu. Esok nak bertolak ke Penang, pagi-pagi lagi. Tapi aku packing pon belum siap. Beratnyerrr hati ni..

Kelantan kata PERGI
Penang kata MARI

Dulu beria nak masuk U la konon, tapi bila dah tiba masa rasa macam nak gantung diri kat pokok la pulak. Serious cuak giler, first time masuk U la katakan. kehkehkeh.


Hari selasa ni, I will officially be an USM-ian. Bangga? Tak kot. Cuak + nervous + takut semua bercampur baur. Rasa macam diri tak layak nak masuk sana, tapi rezeki dah memang kat situ kan. Mungkin ada hikmah aku dapat masuk sana. Dapat jumpa jodoh maybe? kehkehkeh *tadak mende lain nak pikir :P

New life begin. Bukan bermakna semua yang dah berlaku kita kena lupakan, cuma jadikan setiap yang dah lepas tu sebagai bekalan untuk masa depan. Learn lessons form mistakes. Bukan dari kesalahan kita jer, dari kesalahan orang lain jugak. :)
Minggu depan ORENTASI! wargh. tak boleh ke kalau tak de mende alah tu. Rasa macam nak demam pulak *tiba-tiba, haha. Mesti busy giler kan? Mesti aku tak sempat nak blogging selalu macam dulu-dulu. *padahal dulu pon bukannya rajin blogging sangat, haha. 

c ya!


Aug 31, 2011

argh, kereta batuk dalam jammed! Haha

Hai.

Mood nak meng-update kurang sebab tengok rata-rata blogger maseh lagi belum update entri baru. Nampak bebenor tengah sakan beraya lagi. Haha.

Hari neh akak aku yang first tu dah start kerje, biasala tu nurse kan,, yang second tu sibuk dengan kenduri kawen anak sedara suami dia,, yang third tu dah balik umah dia kat Dungun,, abang aku pulak dok berlingkar atas katil, so rumah aku tinggal aku and akak yang fourth tu je. Bosan tu terasa la jugak..

Tadi petang ontheway pergi kenduri, makk aiii, merangkak-rangkak kereta atas jalan. Panas tak usah cakap lah. Plus pulak keta bapak aku tu, aircond rosak. Maklumla kereta antik. kehkehkeh. Habes cair makeup aku nyah! *makeup la sangat. 

Esok ada reunion dengan rakan sekolah dulu. Nak pergi or tak? Terasa macam malas pulak tayang muka kiut ni dekat diorang *muntah darah

Salah satu sebab taknak pergi sebab takut tersekat dalam jammed. Bukan senang nak drive keta manual dalam jam. Mahu nyer asyik terbatuk-batuk aje tengah jalan, malu akak nyah! Kang turun saham pulak.

Aku geram jugak dengan sesetengah driver yang rasa diorang dah superb giler driving neh. Mentang-mentang tengok kereta orang lain maseh pakai P lagi, suka suki aje nak hon-hon orang. Ape salahnya bertimbang rasa sikit kan, bukan sengaja pon orang nak tersedak tengah jalan tu *cubaan mem-backup diri. Hahaha. Biasanya, orang laki la yang suka picit-picit hon ni. Malu la bang taw takk!


Aku paling hangenn bila ade driver suka judge driver yang drive macam hampeh tu pompuan. Hey, warga emas pon bawak keta slow lah! *emo, haha*


c ya!