Thank you for dropping by. Love you!

Aug 31, 2011

argh, kereta batuk dalam jammed! Haha

Hai.

Mood nak meng-update kurang sebab tengok rata-rata blogger maseh lagi belum update entri baru. Nampak bebenor tengah sakan beraya lagi. Haha.

Hari neh akak aku yang first tu dah start kerje, biasala tu nurse kan,, yang second tu sibuk dengan kenduri kawen anak sedara suami dia,, yang third tu dah balik umah dia kat Dungun,, abang aku pulak dok berlingkar atas katil, so rumah aku tinggal aku and akak yang fourth tu je. Bosan tu terasa la jugak..

Tadi petang ontheway pergi kenduri, makk aiii, merangkak-rangkak kereta atas jalan. Panas tak usah cakap lah. Plus pulak keta bapak aku tu, aircond rosak. Maklumla kereta antik. kehkehkeh. Habes cair makeup aku nyah! *makeup la sangat. 

Esok ada reunion dengan rakan sekolah dulu. Nak pergi or tak? Terasa macam malas pulak tayang muka kiut ni dekat diorang *muntah darah

Salah satu sebab taknak pergi sebab takut tersekat dalam jammed. Bukan senang nak drive keta manual dalam jam. Mahu nyer asyik terbatuk-batuk aje tengah jalan, malu akak nyah! Kang turun saham pulak.

Aku geram jugak dengan sesetengah driver yang rasa diorang dah superb giler driving neh. Mentang-mentang tengok kereta orang lain maseh pakai P lagi, suka suki aje nak hon-hon orang. Ape salahnya bertimbang rasa sikit kan, bukan sengaja pon orang nak tersedak tengah jalan tu *cubaan mem-backup diri. Hahaha. Biasanya, orang laki la yang suka picit-picit hon ni. Malu la bang taw takk!


Aku paling hangenn bila ade driver suka judge driver yang drive macam hampeh tu pompuan. Hey, warga emas pon bawak keta slow lah! *emo, haha*


c ya!

Aug 29, 2011

Dapat kad raya lagi! Follower mencecah 400!

Assalamualaikum.

Urgh, sangat busy lately. Aku rasa korang pon sama kan? Tak ramai sangat dah aku tengok orang dok ping entri kat fb group, sibuk dengan preparation raya barangkali.

Straight to the point. 


1. Aku Dapat Kad Raya Lagi laaaa

Sebelum tu, baca sini. Actually mende ni dah lama aku nak gtaw kat korang. Tapi selalu je terlupa plus pulak masa tak berapa mengizinkan. Maaf yer tuan pengirim. Bukan niat tak nak menghargai masa yang u luangkan untuk pergi post office sebab nak hantar kad raya untuk saya ni yer. Ni adalah kad raya ketiga yang aku dapat tahun ni. Alhamdulillah. Walaupun 3 je tapi naseb aku dah boleh dikira baek dah. Ada aje kott yang tak dapat langsung. Kehkehkeh.


Kad raya neh aku dapat dari MR ZOUL . Jom p beraya rumah dia. Dia ajak tu.
[tapi alamat tak bagi,,ape laa mr zoul ni] hahahaha. =P


2. Followerku Dah Mencecah 400+

Alhamdulillah, akhirnya follower aku berjaya cecah angka 400. Aku sebenarnya tak berapa bangga sangat sebab aku taw follower bertambah sebab aku join segmen. Tapi takpe, tu lah rezeki namanya kan. Kadang-kadang wondering gak, korang follow aku ni sebab nak aku folow balik ker memang sebab tertarik dengan blog ni. Nyway, aku tetap hargai semua susah payah korang tekan button FOLLOW kat site aku neh.


Follower ke 400 jatuh kepada(cewahh ayat) Cik Tieykah. Mekaseh yer, walaupon follower dia dah beribu, tapi still follow lagi blog tak sememeh aku ni. heeee :D

Sebelum tekan X kat sebelah kanan page ni, jangan lupa terjah SINI dan SINI yer. Bagus bila beramal ni, plus pulak di bulan puasa. hehe :))

Aug 27, 2011

Kisah Dua Sekawan : Tak patut betul! Haha.

nota kepala : sorry yer buat temanteman bloggers yang dapat sini dua tiga hari ni. tak sempat nak terjah blog u all balik sebab sibuk ngan raya. kehkehkeh.

Hai !


Di suatu petang, ayam dan lembu sedang meluahkan perasaan masing-masing..

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telur aku, macam mana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!


kehkehkeh ! tak boleh blah betul kan?

c ya!