Thank you for dropping by. Love you!

Oct 31, 2011

Pengalaman blog diremove. Oh damn!

Hai. Assalamualaikum.

Dua hari (kot) blog aku di remove Google, atas alasan ape entah. Aku tak baca sangat pon Google cakap ape, aku dok sibuk dah suruh Google recheck and bagi balik blog ak je. Haha. Tapi kiranya aku ni melanggar hak asasi segala bagai la kot sebab spam link dalam blog.
#alasan common untuk sesape je yang blog dia kena remove

Hilang terus mood aku, nak study pon asyik dok terfikir aje, pasai pa blog aku malang sangat sampai blacklisted. Maybe sebab aku join banyak GA and segmen kot dulu, then diorang ne pulak suka sangat kan tinggalkan link dekat comment box. Uh takpe la, mende dah lepas. Blog aku pon dah dapat balik.

#senyuman kegembiraan :)

BTW, a special gratitude to En Shah sebab dah tolong aku via email. #Naseb baik saya tak nanges kan kan? T_T Thanks jugak to Ifwat sebab tolong dengar masalah saya *padahal tak tolong sangat pon haha :P


OWH OK, for those yang lepas ni dapat pengalaman 'manis' macam aku ni :

* firstly jangan nak sibuk nak nanges (aku lettew :P), cool je ok. blog hangpa bukan kena delete terus, still ada lagi dalam data cuma dia hide kejap je, saje nak test emosi hangpa kehkehkeh

* next, click aje dekat I can't find my blog on the Web, where is it? and ikut aje steps yang ada kat situ.

* kalau tak taw nak buat jugak, click dekat contact us #ade dekat bawah sekali. Hantar aje verification tu sebanyak mana yang hangpa mahu sampai Google activekan balik blog hangpa.

Okeh, nak pergi makan dah. Baru lepas test calculus tadi, Alhamdulillah dapat jawab dengan tenang. *sigh of relief*

c ya!

p/s : maseh belum terlambat nak congrates to all nogori-an sebab menang 2-1 heeee!

Oct 26, 2011

mengidam macam orang mengandung.

Hello. Assalamualaikum.

Adakah perkataan 'mengidam' hanya sinonim dengan orang yang mengandung aje? Aku memang tak faham betul, sebut aje mengidam, mesti orang tanya 'Haii ko ni dah berapa bulan yer?' atau 'Siapa bapaknyer?' Eceh. Sengall!

Pernah suatu hari aku mengidam nak makan asam. Dan aku suarakan hasrat hati aku tu kat kengkawan. Dan secara tak sengajanya volume suara aku naik ke level8. Orang sekeliling yang agak ramai masa tu asyik pandang-pandang aje dekat aku. Mimik muka diorang tu macam menggambarkan persoalan 'budak ni mengandung ke' HAHA.
Ape pon ta boley kan. Masyarakat kita ni terlampau memandang negatif sesama sendiri. Just take it as only a request sebab dah lama tak makan mende tu, tak boleh ke? Grrr !

Cakap pasal mengidam, aku teringin sangat nak makan JAGUNG BAKAR.


Wowww. Favourite zaman kecik-kecik dulu kot. Rembat je semua. Kalau orang offer mesti tak tolak punyer lah. Dan yang paling tak boleh blah, bila offer got rejected, mesti mak ngan akak aku tanya 'adik demam ke?' kehkeh~
( panggilan adik hanya melekat sehingga tahun 4 kot. Bukan sampai sekarang ok :P )


 Jagung neh dia letak keju ke ape? Aku tak pernah try lagi. Tapi nampak macam best. HAHA

c ya!

Oct 22, 2011

i'm just turn out 19 ^^

Hai.


Lastly, cukup jugak umor 19 taun. Dah lama tunggu. Sejak dari awal 2011 lagi. Mana tak nya, cousin aku 4th Jan dah sambut birthday. Aku? baru je baru 18. Tapi kira okay la kan, orang kata lagi MUDA. kehkeh.

Alhamdulillah, dah 19 tahun bernafas. Da banyak mende aku lalui sepanjang 19 tahun ni. And the most important thing, aku dah semakin dewasa. Harapnya thinking pon menjurus ke arah orang dewasa lah yer. Tapi perangai still macam tak mature lagi #orang habaq.

Betul ke? hikhik. Maybe betul la. Kalau tak, takkan ada orang cakap cenggitu kan. Aku tak kesah orang nak cakap ape pon, jangan cakap aku comel sudah, segan dowh. ngahaha [?]

Dalam pada orang dok kata aku perangai giler-giler ni, ade jugak certain orang label aku seorang yang
?SERIUS?. Ok what. Mesti korang takot ngan aku kan? ngahaha [!]

i tell u what sayang, saya tak serious pon, cuma muka je nampak macam ala-ala brutal sikit. bila dah stress tu memang la moncong sedepa. Haaa, time tu jangan nak loqlaq sangat la yer ngan saya. kehkeh.

Btw, ak baik ape. Sila bergegas ke sinki untuk muntah yer. [:p] Certain people yang betul-betul kenal aku je taw aku macam mana. Belum kenal memang la nampak cam sombong cenggitu kan, tapi bila dah kenal surely u'll miss me. peace (",)

c ya!
*wish la happy belated birthday kat i* #gediks.


Oct 14, 2011

lelaki setia, wujudkah?

 Hello.!

                     BERDUA BERSATU-FORTEEN

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


Ape pon ta boley kan lagu ni? Rasa macam impossible giler orang yang macam ni wujud..
Bagi aku, Ok what i share is only my thought, maybe betul maybe salah kan. So jangan la pulak nak hentam aku tetiba. Haha. For me, nak cari lelaki yang betul-betul setia memang susah. Bukan takde, tapi orang kata satu dalam seribu. Sapa yang dapat memang bertuah kan..

Abang aku. Boleh dikategorikan sebagai setia. Untung bakal bini dia. *tetiba promote abang pulak. >.<

Kalau perempuan, dah ramai yang ak jumpa memang setia tahap boleh buat bini. Biasala, perempuan ade 9 perasaan kan.. Laki dia watpa pon dia terima aje selagi dia boley tahan kan..aku memang salute la orang macam ni.

Kalau aku memang dah lama blah dah. Dats y sampai sekarang single. Kehkehkeh. Ape dia ingat muka handsome, market tinggi then boleh wat main-main perasaan pompuan ka? ceitt.



Oct 11, 2011

Dulu kata TAKNAK, sekarang tercari-cari pulak.

Hello. Assalamualaikum.

OKAY, pic yang tadak kena mengena. Cuma mengidam, lama tak santap mende alah ni =.=

Sama ada korang perasan or tak, mende yang korang dulu-dulu kata 'TAKNAK' 'NO' tu la yang korang dapat sekarang ni. Maybe it is not referring to everything, BUT majoritinya macam tu lah kan.


Frankly speaking semua bende yang aku dapat sekarang and pernah dapat dulu bukan la ape yang aku nak. Memang hardcore punyer taknak lah gua cakap lu.

Firstly, OK aku admit dulu aku sekolah agama. Sekolah alim la katakan (tapi aku tak alim-alim pon, dasar keras hati haha :P). Well, zaman kecik-kecik dulu, sapa yang nak pergi sekolah agama kan. Grad aje darjah 6 semua dok aim nak masuk SBP la kononnya. Plus pulak sekolah aku tu brapa kilometer aje dari umah. Tak mencabar langsung (poyo) HAHA. Tapi lastly selamat jugak aku kat sekolah tu, sampai form5 pulak tu. haihh.

Then, masa form 5, selalu la dok citer-citer ngan kawan, lepas spm nak pergi mana kan.. Semua dok kata taknak masuk matriks, blaja kat matriks ni susahh tak boleh nak follow up. Aku pon masuk geng sekali lah. Kitorang ni boleh jadi geng ANTI-matriks dah. Tapi ended, tercongok jugak aku kat Kolej Mara KULIM. Hamekkauu. ^^

Lepas abes matriks pulak hala tuju entah kemana lagi. Tapi matlamat utama nak masuk UKM. Tak main la USM ni, dok Penang ape kelas kan. Nah, sekarang aku dok bertapa dalam lecture hall USM.

Ape yang kita nak ,idamkan tu selalunya susaaahh sangat nak dapat. Kalau yang taknak tu datang bergolek-golek aje depan mata. Contohnya duet. Sapa yang taknak duet..tapi nak dapat seringgit tu bukan main la susahnya kan.

And now, honestly aku betul-betul rindu  kat sekolah aku, matriks aku. Miss all the things that happened there. Kalau la boleh kembali ke zaman tu,, WOW! Best giler bai.

Konklusinya (cewahh) kita tak boleh terlalu berharap untuk dapat sesuatu. BUT it is not possible for us to own it if work for it hardly. And we have to always bear in mind, for everything that happen, there will always be reasons for it to happen. Terima aje la semua sebagai takdir. Macam aku ni, asyik pakai konsep REDHA aje. kehkehkeh.

p/s : sekarang ni aku dah tak nak lagi demand lebih-lebih pasai myhusband-to-be sebab takut dapat yang opposite punyer. HAHA

gtg
c ya!

Oct 9, 2011

budak kiut kembali aktif :P

HELLO. Assalamualaikum.



Wahh, dah lama giler tak blogging. Dah masuk sebulan dah kot. Aku pon dah terasa kekok nak menaip dalam blog usang ni sampai kena belek-belek semula older posts sebab dah lupa camana gaya penulisan aku dulu. cewahh :p

Lama tak on9 tapi ade jugak yer yang tercari-cari aku. Ehem. Sila muntah dalam toilet yer. TQ banyak-banyak la beb sebab dah naikkan BE aku. *poyo aje. HAHA. Kat sini aku pon tak faham nape xbole nak buka website Nuffnang tercenta. Tak dapat la den nak menge-check earning sekarang ni. BTW, aku tak kesah, blogging bukan semata-mata untuk duit kan.. =.='

Ade la jugak yang tertanya-tanya kemana budak perasan kiut ni pergi kan, sampai ta sempat langsung nak hapdate blog. Dulu kemain lagi hapdate tiap saat. Haha. Actually, laptop cap ayam ni rosak. Lebih specific lagi, hardics rosak. Bila orang yang agak haji bakhil macam aku ni dilanda masalah macam ni, so for sure la aku nak claim warranty. Dats y la baiki laptop sampai berbulan-bulan baru siap. Grrr ~

Cakap pasal laptop cap ayam ni, memang untung GILER jadi owner dia. Seminggu aku menapak dalam kampus, dia dah sibok nak buat hal aih. Memang bertuah! Kalau ikutkan hati mahu je aku campak-campak atas tilam :P (gimik)

gtg. belum brekfes ni. :p

c ya!